Setelah hampir 2 tahun di dalam pasaran, SimplySiti muncul dengan pelbagai aktiviti dan promosi istimewa buat pelanggan setianya. Kini, SimplySiti mengambil langkah selanjutnya untuk memberikan sedikit sumbangan buat insan yang kekurangan.
Kempen SimplySiti Di Hati akan bermula pada 1 Disember hingga 15 Januari, bakal menonjolkan Dato’ Siti Nurhaliza sendiri sebagai Perunding Kecantikan di kaunter SimplySiti terpilih. Bersama Siti. Derma & Menang! Sertai Siti untuk meraih dana bagi membantu Adik Siti Nur Syahira dan Adik Tan Jia Yong untuk meneruskan rawatan lanjut akibat menghidap penyakit jantung.
Dengan setiap pembelian RM100, sumbangan RM5 akan disalurkan ke dalam kempen SimplySiti Di Hati dan pelanggan boleh mengisi borang beserta slogan dan berpeluang untuk memenangi 2 tiket penerbangan Air Asia X.
Kempen SimplySiti Di Hati exklusif di Watson’s bekerjasama dengan penerbangan rasmi Air Asia X, rakan perubatan rasmi IJN Foundation ini akan diadakan di Hotel Rasmi Marriott, Putrajaya.