Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Lancar Ambulans Merah Jambu Pertama Malaysia di Malam Amal Pink Jazzy Affair
‘Pink Jazzy Affair’ Gleneagles Kuala Lumpur berjaya kumpul lebih RM100,000 untuk kempen kanser payudara
[dropcap]S[/dropcap]empena bulan kesedaran kanser payudara, Gleneagles Kuala Lumpur (GKL) bakal mengadakan majlis makan malam Pink Jazzy Affair pada 30 November ini di Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser payudara, majlis ini juga bakal diserikan dengan persembahan Datuk Siti Nurhaliza, Atilia Haron, Donne Ray Radford (The Platters) dan juga Harith Iskandar sebagai hos.
[pullquote align=”right”]Mahu datang, jom belilah tiketnya. Tiket bermula dari harga RM 450 sehingga RM1000. Tak mahal dan tak murah. :)[/pullquote]
Budiey dikhabarkan ramai juga VVIP yang akan hadir pada malam itu antaranya:
[list type=”check”][li]Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar[/li]
[li]Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajjah Kalsom binti Amdullah[/li]
[li]CEO Gleneagles Kuala Lumpur, Amir Firdaus Abdullah[/li]
[li]Presiden BCWA, Ranjit Kaur[/li] [/list]
Budiey diberitakan,‘Pink Ambulance’ atau Ambulans Merah Jambu Pertama Malaysia pertama di Malaysia akan dilancarkan dalam majlis makan malam amal, ‘Pink Jazzy Affair 2012’ sebagai kemuncak kempen kesedaran kanser payudara.
[dropcap]A[/dropcap]pa yang lebih menarik, Dato’ Siti bakal mempersembahkan kesemua lagunya pada malam itu dengan rentak jazz. Bekerjasama dengan Aubrey Suwito, Siti berkemungkinan akan mempersembahkan 10 – 12 buah lagu sepanjang 45 minit masa persembahan.
“Ini pertama kali saya membuat persembahan dalam muzik jazz, jadi saya rasa teruja dan tak sabar,” ujar Dato’ Siti Nurhaliza.
Sebagai seorang idola, Siti melihat jemputan dari Hospital Gleneagles untuk kempen kanser payudara merupakan satu tanggungjawab terhadap dirinya.
“Saya lihat ini sebagai satu tanggunjawab kerana kanser payudara adalah satu penyakit yang paling ditakuti oleh wanita.”
Tiket untuk persembahan pada makan malam ‘Pink Jazzy Affair 2012′ akan dijual pada harga RM450 & RM650 (dinner & show) manakala untuk tiket berharga RM1,000, para peminat dapat bertemu secara eksklusif dengan Dato’ Siti Nurhaliza beserta makan malam dan persembahan.
Hampir semua tiket bagi majlis makan malam amal ini telah habis dijual, jelas menunjukkan orang ramai tampil memberi sokongan terhadap kempen kesedaran kanser payudara.