Menggayakan imej rock sesuai tema yang ditetapkan pada minggu separuh akhir ini, penyanyi yang dikenali sebagai Nana ini mendapat tepukan gemuruh daripada penonton menerusi busana berlampu yang disifatkan kreatif oleh peminatnya.
Meninjau di ruangan platform X, ramai kalangan peminat menyifatkan Nana berani menggayakan busana tersebut sekali gus menyaksikan kelainan daripada penyanyi kelahiran Sendayan, Negeri Sembilan, tersebut.
Pun begitu, ada yang menyifatkan penampilan Nana itu agak berlebihan dan seolah-olah ingin bergaya seperti penyanyi yang sinonim dengan imej sedemikian, Aina Abdul.
Pada minggu separuh akhir, Nana ditugaskan membawa lagu Sudah Ku Tahu nyanyian asal Projector Band serta Hampa Hatiku daripada kumpulan Ungu.
Menurut Syafinaz, persembahan Nana memperlihatkan peningkatan dalam dirinya sebagai peserta ASGV sekali gus menyaksikannya berani mencabar diri.
Rancangan popular itu menyaksikan kesemua bintang diadili oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Syafinaz.
Konsert GV10 diacarakan trio pengacara, Nabil Ahmad dan Jihan Muse.
Juara GV10 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM200,000 beserta trofi sumbangan Astro.