in

Siti Nordiana, Mark Adam, Fynn Jamal & Forteen Meriahkan Program i-Popular

Berhibur dengan program santai bertajuk “i-Popular” menggunakan pendekatan artis bagi menarik penonton khususnya golongan remaja. Program ini memberi peluang kepada artis undangan bercerita kepada penonton tentang kerjaya mereka dalam industri seni hari ini.

Kembali menerusi musim kedua bermula 27 April ini, setiap Rabu, pukul 11.00 malam di TV2, sepanjang 13 episod program ini menampilkan Fizi Ali sebagai pengacara yang akan menemubual artis popular yang akan muncul sebagai artis utama. Setiap rancangan, terdapat seorang artis jemputan.

ipopular

[pullquote]S[/pullquote]iti Nordiana, Mark Adam, Fynn Jamal dan Forteen Antara Artis Meriahkan Program “i – Popular” di TV2

Menariknya sebuah kumpulan muzik akan mengiringi persembahan dengan lagu-lagu dance atau hip-hop/urban, selain turut diselitkan segmen klip video pilihan yang diambil dari youtube.

Menerusi episod pengenalannya, program ini mengundang Najwa Latif bersama artis jemputan Nomad. Antara lagu-lagu dalam episod ini adalah “Hilang”, “Kosong”, “I Love You”, “Menagih Cintamu”, “Tetap Menantimu”, “Sahabat” juga “Adamu”.

Episod dua menampilkan artis Amer Sofaz bersama artis jemputan Ernie Zakri. Antara lagu-lagu dalam episod ini adalah “Janjiku”, “Hanya Diriku”, “Kau Yang Satu”, “Pandangan Bererti”, “Sedetik Cinta”, “Kalimah Janji” juga “Dan Bila Esok”.




Saksikan kemunculan One Nation Emcee bersama artis jemputan Syura dalam episod berikutnya dengan lagu “Hoi Ya Hoi”, “Raja Gelek”, “Kuda Hitam”, “Gantung”, “Nazam Berkasih”, “Ajari Aku Cinta” dan “Anak Kampung”.

Menyusul episod berikutnya dengan Ainan Tasneem bersama artis jemputan Mark Adam dengan rangkaian lagu-lagu “Kamu Saja”, “Setengah Hati”, “Hanya Padamu”, “Si Katak”, “Pencuri”, “Malunya” dan “Aku Suka Dia”.

Tidak kurang menariknya episod enam menampilkan artis Kumpulan Iamneeta bersama artis jemputan Azri (AF). Antara lagu-lagu dalam episod ini adalah “Tuhan Tolong Aku”, “Jatuh Cinta”, “Marry Me”, “Selalu”, “Here Without You”, “Kau Pergi Jua” dan “Terima Kasih”.

Yang ditunggu-tunggu pastinya kemunculan Fynn Jamal & Tri haidzir bersama artis jemputan duo yang semakin meningkat naik namanya, Hani dan Zue. Antara lagu-lagu dalam episod ini seperti “Tahu”, “Arjuna Beta”, “Untukmu”, “Biar”, “Jauh”, “Situ” dan “Terbang Tunduk”.

Artis Tasha Manshahar dan Syed Shamim bersama artis jemputan Kaka turut muncul menyampaikan lagu-lagu “Selamat Ulangtahun Cinta”, “Our Songs”, “Be Mine”, “Terpulanglah”, “Royal”, “Infiniti Cinta” dan “Cuba Teka”.

Begitu juga Hafiz Hamidun bersama artis jemputan Aisha (Bintang RTM) dalam episod berikutnya menghiburkan penonton dengan lagu-lagu seperti “Cerita Hati”, “Jodoh Berdua”, “Nur Kasih”, “Fantasia”, “Padamu Ku Bersujud”, “Doa Dalam Lagu” dan “Hanya Tuhan Yang Tahu”.

Siti-Nordiana dalam i popular di TV2

Giliran dua artis iaitu Asfan dan Siti Nordiana menyampikan lagu-lagu bertajuk “Terhenti Disini”, “Maafkan Aku”, “Tak Cuba Kembali”, “Cinta Hanya Sandaran”, “Di Pintu Syurga”, “Tak Ada Cinta Sepertimu” dan “Alasan Untuk Bahagia”.

Artis lain seperti Kumpulan Awanband bersama artis jemputan Ramlah Ram, Keroz Nazri bersama artis jemputan kumpulan Chinterlizer juga Kumpulan Forteen bersama artis jemputan Sissy Imann.

Kumpulan-Forteen-

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syatilla Melvin Anggap Laporan Hamil Satu Fitnah

Sarah Geronimo & James Reid Join MTV Music Evolution Manila 2016