Konsert anjuran Yayasan Nurjiwa ini akan diadakan di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur.
Semua hasil kutipan tiket akan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa. Ini juga termasuk dana untuk sekolah yang dibuka penyanyi Cindai itu di Gaza, Palestin.
“Ini matlamat saya sekarang. Apa yang saya lakukan seperti konsert ini saya kembalikan kepada masyarakat dan membantu golongan yang kurang bernasib baik.
“Sejak dulu Siti melakukan apa pun bulan untuk dibanding-bandingkan, apalagi dalam penganjuran konsert. Semua yang dilakukan atas dasar karier dan permintaan peminat.
“Pada saya sekarang, Allah sudah bukan banyak rezeki kepada kita semua termasuk anak-anak seni selepas terkesan dengan pandemik.
“Banyak penganjuran konsert yang dibuat. Apa yang penting anak seni boleh cari makan.
“Bercakap tentang perbandingan, saya pula tak faham kerana matlamat saya adalah untuk menghiburkan, memberi semula kepada masyarakat. Contohnya apa yang Yayasan Nurjiwa buat.
“Ia lebih kepada saling menghargai walaupun ounya minat yang berbeza. Ini yang penting dan saya mahukan. Berkumpul untuk meraikan, bukan melihat Siapa yang lebih bagus atau siapa yang tak bagus,” ujarnya pada sidang media Konsert Satu Suara volume 3 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam pada itu, menurut Siti, beliau ingin menampilkan sesuatu yang berbeza setiap kali menjayakan konsert trio ini agar peminat dan penonton sentiasa teruja menantikan kedatangan siri konsert seterusnya.
Dalam pada itu, Siti turut menyifatkan kedua-dua penyanyi pilihannya pada konsert kali ini mempunyai kekuatan yang tersendiri.
“Bagi saya, kalau nak buat trio tu kena tiga-tiga tu sesuai dengan lagu yang kita akan nyanyikan. Macam Jay Jay lagu-lagu dia kita masih boleh menyanyi bersama. Bagi saya lagu dia sangat evergreen dan anak muda sekarang pun tetap boleh menyanyi sekali.
“Macam Ernie, selain kagum dengan kebolehannya bernyanyi, saya memang teringin sangat nak bekerjasama dengan dia. Dia antara nama yang memang sudah ada dalam senarai saya,” katanya.
Sebagai pengasas Yayasan Nurjiwa, Siti berharap agar konsert ini dapat mengajak penonton serta peminat bersama-sama membuat kebajikan.
Malah, orang ramai yang membeli tiket ke konsert ini secara tidak langsung telah membantu Yayasan Nurjiwa meneruskan pelbagai kerja amal.
Tiket yang berharga RM288, RM388, RM488 dan RM588 sudah boleh dibeli di www.myticket.asia .