Selaras dengan tema Ke Arah Kecermerlangan Filem Malaysia, satu langkah telah diambil dengan melaksanakan Tatacara dan Kaedah Penjurian yang seragam untuk digunapakai dalam penjurian FFM kali ini. Ini dapat mengurangkan masalah kontroversi yang sering dihadapi setiap kali keputusan penjurian diumumkan.
Antaranya:
- Menepati tema FFM21
- Mengurangkan masalah hasil penjurian yang dihadapi selama ini
- Ke arah keseragaman dalam aspek penjurian
- Ketelusan dalam penjurian
- Mencapai tahap ‘sah’ dan keboleh percayaan
- Jaminan mutu dalam tatacara, perlaksanaan dan kaedah penjurian
- Kredibiliti dan integriti juri yang dilantik.
Kaedah ini diperkenalkan oleh Prof. Dr. Naim Haji Ahmad melalui pengalaman, pemerhatian dan penglibatan beliau dalam pelbagai penjurian filem dan video sejak 1987 seperti Anugerah Skrin, Anugerah Seri Angkasa, Anugerah AMIN, Anugerah Trofi Samad Idris, Penjurian Skrip dan banyak lagi.
[tags]sistem juri, ffm21, pemenang anugerah skrin 2008, winner ffm21, senarai nama pemenang[/tags]