in , ,

Siso Kopratasa Sampai Mesej Menerusi Lagu Baru Puisi ALIF Sempena Bulan Merdeka

Ibaratnya Tiada Yang Baharu Jika Tiada Yang Lama. Siso Kopratasa Sampai Mesej Menerusi Lagu Baru Puisi ‘Alif’ Bagi Tatapan Dan Halwa Telinga Anak Muda Masa Kini Di Bulan Kemerdekaan

Lagu ini adalah lagu hasil ciptaan lirik oleh Alim Gutrah dan pencipta lagu nya oleh Siso Kopratasa. Lagu Alif dimulakan dengan 10 baris puisi yang penuh inti dan makna. Memaparkan ketinggian seni budaya yang masih memagarkan bacaan puisi  di dalam lagu.

Penulis mengambil masa selama 5 minit untuk membina ruang jejak keseluruhan pengisian lirik setelah membaca kitab tafsir Al-Azhar tulisan Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali Buya Hamka. Penulis terinspirasi dengan kehebatan Buya Hamka dalam melayarkan kedalaman tafsiran ayat 1-5 surah al- Baqarah lalu datang ilham untuk menulis lirik lagu Alif.

Pada Julai 2020 penulis bertemu tanpa sengaja dengan Siso Kopratasa ketika menghadiri konsert mini amal untuk mengutip dana kepada Pertubuhan Kebajikan Pondok Motivasi akibat tiga bulan tidak boleh beroperasi ketika PKP 1.0 .

Perkenalan di situ, Siso Kopratasa menerima hajat untuk diberikan nafas melodi dan gubahan muzik yang segar dan menyanyikan lagu ini memandangkan sudah lama beliau tidak mempunyai lagu solo.

Gubahan muzik lagu Alif mendapat sentuhan En. Hamzan Hj. Hassan dari syarikat Dominant Studio Sdn.Bhd. Seterusnya rakaman lagu dan video oleh Kashfy Empire Sdn. Bhd.

SISO 2

Menurut penulis, pada dasar awalnya, lagu ini berikan nama Khalifah Insani. Datangya ilham secara tiba-tiba melihat perkataan Alif di ruangan tengah perkataan Khalifah. Lalu penulis terdetik secara ilham, inilah rahsia jati diri orang Melayu terletak pada kekuatan dalam pengangan kepada ilmu tauhid. Ibarat Alif yang satu, tegaknya berdiri tidak sesekali condong ke kanan atau kiri. Sifat yang wajib ada dalam diri seorang pemimpin berjiwa Melayu dan Islam. Jangan sesekali rebah dengan 3 ta iaitu tahta, harta dan wanita.

Di atas minat pada lirik-lirik lagu bersifat ketuhanan yang dibawa oleh Sifu M. Nasir, penulis berhasrat agar lirik lagu ini dapat didendangkan menjadi lagu dan seterusnya berada di bawah rakaman syarikat Luncai Emas Sdn. Bhd.

Kenapa Pilih Siso Nyanyi

Siso telah menulis lagu hampir 500 buah lagu dan pernah diberikan perlantikan sebagai Pakar Industri Muzik oleh Jabatan Kemahiran Negara Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia.  

Beliau juga merupakan seorang penulis lirik lagu-lagu patriotik yang aktif. Bermula dengan lagu Keranamu Malaysia, Jalur Gemilang, Bunga Raya, Satu Malaysia, Malaysia tercinta, Untukmu Malaysia, dan terbaru Sehati Sejiwa menjadikan Siso seorang penulis lirik yang banyak menyumbang idea untuk lagu-lagu sempena hari Merdeka. Terbaru ialah lagu rasmi Wilayah Persekutuan.

Selain itu juga beliau pernah menulis lirik lagu tema filem Rozanna Cinta 87, lagu-lagu Allahyarhamah Datok Sharifah Aini dan penyanyi berkumpulan antaranya Bumiputera Rockers,  Ilusi, Wings, Scarecrow  hinggalah di era Dato’ Siti Nurhaliza. Lagu terkini Siso bersama Sani Sudin & Usop (Kopratasa) adalah berjudul ‘Selamat Hari Raya’ (rakaman semula lagu yang dipercayai lagu pertama Hari Raya Aidilfitri Tahun 1936) yang telah lancar Mei 2021 lalu di bawah youtube Luncai Emas . 

SISO

Ibaratnya tiada yang baharu jika tiada yang lama. Kita warnai kembali lagu-lagu puisi menjadi tatapan dan halwa telinga anak muda masa kini.

Dalam video klip lagu Alif mempunyai banyak falsafah yang boleh dirungkaikan. Memaparkan seorang sang guru dan anak murid sedang mengaji al- Quran. Kitab al-Quran dijunjung tinggi dan panduan di dalam kehidupan seharian., penampilan khas Azmie Zanal Abdeen yang merupakan bekas pelajar seni tarian ASWARA sebagai penari silat dalam video klip itu.

Disebut tentang pelancaran lagu Alif ini, Luncai Emas selaku penerbit mengambil peluang sempena bulan ogos bulan kemerdekaan selari dengan pengertian & mesej dalam lagu Alif ini untuk melancarkan video klip di saluran youtube Luncai Emas bermula 13 Ogos, audio rasmi Alif pula akan dimuat naik ke semua saluran digital mulai 20 Ogos.

Luncai Emas bertindak sebagai pengedar single ini secara jualan digital di platform streaming, Youtube dan iTunes. Harap mesej dapat disampaikan menerusi lagu baru puisi ‘alif’ nyanyian Siso Kopratasa ini bagi tatapan dan halwa telinga anak muda masa kini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Hati Tersentak Baca Surah Ar-Rahman,” Betty Rahmad Kini Bertudung Umie Aida & Erma Fatima Menangis

“Bukan Macam Beli Pisang Goreng!” Aliff Syukri Tertekan Rumah 6 Juta Tiada Pembeli