Menerusi telemovie diberi tajuk “Keluarga JJ” tersebut, ia menonjolkan sisi komedi Wan Sharmila membawakan watak kekasih rahsia kepada seorang lelaki kaya namun sudah berusia lakonan Kazar Saisi yang pastinya mencuit hati penonton.
Kisahnya bermula dengan membawakan watak Jidin yang diterima bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Jidan, seorang pemilik sebuah syarikat perusahaan. Jidan, seorang duda yang sudah berumur hidup penuh dengan sederhana.
Situasi itu sebenarnya menimbulkan rasa hairan kepada Jidin punca Jidan menyembunyikan realiti kehidupan sebenarnya yang hidup mewah. Namun persoalan itu tidak diluahkannya kepada majikannya itu.
Lebih menghairankan Jidin adalah kehadiran Nana, seorang gadis yang disangka Jidin anak kepada Jidan. Apatahlagi perbezaan umur antara keduanya yang ketara. Namun sebenarnya Nana merupakan kekasih rahsia kepada Jidan.
Tidak mahu keadaan menjadi rumit, Jidan meminta Jidin merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan ibu Nana, Puan Wati yang terang-terangan menentang sekiranya keduanya mempunyai hubungan cinta.
Namun tanpa disangka, Jidin pula jatuh hati kepada Puan Wati setelah pertama kali melihat wanita tersebut sewaktu menghantar Nana pulang. Kejelitaan Puan Wati bagaikan seorang anak dara telah membuatkan hati Jidin tidak tenteram.
Adakah hubungan mereka berjaya disatukan? Ataukah sebaliknya mereka terpaksa menerima hakikat berdepan realiti setiap hubungan itu perlu bersandarkan restu orang tersayang?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.