Melaluinya, peranti terkini mereka iaitu siri Xiaomi 11T akan dilancarkan secara rasmi di negara kita pada tarikh berkenaan.
Bersama-sama dengannya, Xiaomi turut sama dijangka mengumumkan ketersediaan untuk beberapa lagi produk lain, termasuklah tablet Mi Pad 5 yang telah dilancarkan secara global tempoh hari. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz untuk kemaskini selanjutnya.

Siri Xiaomi 11T merupakan peranti global pertama keluaran Xiaomi yang tidak lagi menggunakan nama “Miâ€. Ianya terdiri dengan dua model berbeza iaitu Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro. Kedua-duanya berkongsi sejumlah aspek yang sama – baik dari segi penawaran dalaman mahupun luaran.
Beza utama hanya terletak pada cip pemprosesan dan sokongan untuk pengecasan pantas. Di mana, 11T menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 1200-Ultra bersama pengecasan pantas 67W. Sementara itu, 11T Pro pula menggunakan cip Snapdragon 888 bersama pengecasan pantas 120W.

Lain-lain spesifikasi adalah sama di mana, menawarkan skrin AMOLED 6.67-inci, kadar segar semula mencapai 120Hz, bateri 5000mAh, sistem tri-kamera di belakang dengan tetapan 108-Megapixel (f/1.75) (ultra-lebar) + 8-Megapixel (f/2.2) (sudut ultra-lebar) + 5-Megapixel (f/2.4) (telemakro) dan kamera hadapan 16-Megapixel (f/2.45).
Sumber: Amanz