in ,

Siri Turki Romantik, ‘Relationship Status: It’s Complicated’ Temui Penonton TV2

Mengisi slot Lavender di TV2 penonton dibawakan siri Turki bertajuk “Relationship Status: It’s Complicated” arahan Bulent Isbilen yang menampilkan lakonan mantap Berk Oktay, Seren sirince, Pamir Pekin, dan Eda Ece.

Dalam 105 episod siarannya, siri disiarkan mulai 16 Mac ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di TV2ini berkongsi kisah watak utama Ayhsegul seorang gadis lurus dan ceria yang tinggal di rumah besar yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya. Dia tinggal bersendirian dan menulis skrip untuk siri TV. 

Pada suatu hari, dua sahabatnya telah menipu mengatakan dia telah memenangi percutian percuma di Greece. Dia tanpa usul periksa terus berangkat ke Greece.

Dalam perjalanan ke Greecel, dia tanpa sengaja bertemu pelakon terkenal Can (John). Sebaik tiba di hotel, dia mendapati bahawa tiada tempahan atas namanya. Walaupun dia seolahnya sedar seperti ada sesuatu yang tak kena, dia masih cuba menafikan kawan-kawannya telah menipunya dan menganggap mereka telah memberikannya percutian percuma. Ketika itu juga dia tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk kembali ke rumahnya. 

Jalan penyelesaian yang ada hanya satu. Dia dengan berat hati meminjam wang dari Can dan selamat tiba di rumahnya. Apabila dia tiba di rumah, dia mendapati rumahnya telah dijual kepada Can. Dia baru sedar kawan-kawannya yang selama ini dianggap baik seperti keluarga sendiri telah mengkhianatinya dan telah menjual rumah tersebut ketika dia berada di Greece. 

babak perkahwinan

Ketika dia cuba mententeramkan diri di luar rumah, Can telah menawarkan diri untuk membantunya dan membenarkan dia tinggal di rumah itu. Namun ada syarat yang perlu dipenuhi dimana dia perlu bersedia untuk menjadi pembantu rumah yang akan bertanggungjawab untuk membersihkan dan memasak. 

Lama Aysegul berfikir untuk bersetuju dengan tawaran tersebut. Namun hakikatnya dia sedar dirinya tiada pilihan lain. Walaupun tidak dengan sepenuh hati dia akhirnya menerima tawaran itu untuk terus tinggal di rumahnya dan membayar hutangnya kepada Can.

Pada masa sama mereka terikat dengan syarakat hubungan perkahwinan palsu selama 6 bulan. Can sengaja mahu mencetuskan rasa cemburu rakan masa kecilnya iaitu Elif dan mendapatkan perhatian media untuk seketika. Manakala Aysegul pula mahu mendapatkan kembali rumahnya. 

Dalam kisah ini, anda akan meneroka kehidupan Aysegul dan Can yang berpura-pura menjadi pasangan suami isteri namun realitinya adalah sebaliknya. Pantang bertemu pasti akan bertengkar. 

Adakah Aysegul dan Can jatuh cinta antara satu sama lain? Adakah perkahwinan palsu ini akan menjadi cinta sejati? Adakah Aysegul berjaya mendapatkan kembali rumahnya pada akhir kontrak perkahwinan? Ikuti kesudahannya di TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Cabaran Haiwan Dalam Kehidupan Menerusi Dokumentari “A Year In The Wild – Alaska & Yorkshire”

Fakta Tentang Single GILA Kaka Azraff X Loca B X Noki