in , ,

Siri Thriller Kriminal ‘Nine Puzzles’ Bakal Ditayangkan di Disney Plus Hotstar

Kim Dami Dan Son Sukku Bergabung Dalam Siri Thriller Mendebarkan Yang Penuh Teka-Teki

Selepas kejayaan luar biasa drama Unmasked dan Hyper Knife yang berjaya mengunci perhatian peminat K-drama seluruh dunia pada awal tahun ini, kini tiba masanya untuk satu lagi karya thriller premium dari Korea Selatan menguasai skrin kita. Siri terbaru bertajuk Nine Puzzles bakal ditayangkan secara eksklusif di Disney+ Hotstar bermula 21 Mei 2025, menjanjikan pengalaman menonton yang bukan sekadar buat anda duduk tak senang di kerusi, tapi juga main tarik-tarik nafas penuh debaran.

Lebih menarik, Nine Puzzles menggandingkan dua nama besar yang bukan calang-calang dalam dunia lakonan – Kim Dami, bintang filem Itaewon Class dan Our Beloved Summer, bersama Son Sukku, aktor yang melonjak populariti menerusi Big Bet dan D.P.. Percayalah, gabungan ini sahaja dah cukup untuk buat kita automatik klik butang ‘Play’ nanti!

Siri Thriller 'Kriminal Nine Puzzles' Bakal Ditayangkan di Disney Plus Hotstar

Plot Misteri Yang Menguji Minda, Sarat Dengan Suspens Dan Rahsia Gelap

Nine Puzzles mengisahkan tentang Yoon Ena, seorang pelajar sekolah menengah yang menemui mayat bapa saudaranya dalam keadaan misteri – bersebelahan dengan seketul kepingan puzzle. Yang lebih membingungkan, Ena langsung tidak ingat bagaimana dia boleh berada di tempat kejadian. Lebih malang, jawapannya yang kosong menyebabkan dia menjadi suspek utama dalam siasatan polis.

Fast forward sepuluh tahun kemudian, Ena kini bergelar criminal profiler yang dihormati. Namun, takdir seolah-olah mengejar apabila satu demi satu kes pembunuhan mula berlaku, dan setiap mangsa ditemui bersama sekeping puzzle, persis kejadian yang menghantui hidupnya dahulu. Persoalannya, adakah pembunuh sebenar dari masa lalu kini kembali menghantui, atau ada kebenaran lain yang lebih mengerikan menanti untuk dibongkar?

Siri Thriller 'Kriminal Nine Puzzles' Bakal Ditayangkan di Disney Plus Hotstar

Barisan Pelakon Hebat Dengan Karakter Yang Penuh Lapisan Emosi

Selain Kim Dami yang memainkan watak Yoon Ena dengan penuh nuansa, siri ini turut menampilkan Son Sukkusebagai Detektif Kim Hansaem – seorang penyiasat yang keras kepala, penuh syak wasangka, dan tidak mudah mempercayai sesiapa.

Turut melengkapkan pasukan ini ialah Kim Sungkyun, dikenali menerusi Moving dan The Fiery Priest, memegang watak Kapten Polis Yang Jungho yang sering bergelut antara tugas dan prinsip. Tidak ketinggalan, Hyun Bongsik dari When Life Gives You Tangerines membawa karakter Detektif Muda Choi San yang bersemangat tapi penuh idealisme muda.

Nine Puzzles diarahkan oleh Yoon Jongbin, nama besar di sebalik Narco Saints dan The Spy Gone North, manakala skripnya digarap oleh Lee Eunmi yang pernah menghasilkan Tunnel dan Navillera. Dengan barisan krew yang berkaliber begini, Budi boleh bayangkan macam mana kualiti penceritaannya nanti – pasti rencam dengan emosi, teka-teki minda, dan klimaks yang menyesakkan dada.

Disney Plus Hotstar Komited Menyajikan Drama Korea Berkualiti Tinggi

Nine Puzzles adalah sebahagian daripada rangkaian Korean Original Series di bawah pelan 2025 Disney+ Hotstar Korea. Awal tahun ini sahaja, kita sudah dihidangkan dengan thriller siasatan seperti Unmasked dan thriller perubatanseperti Hyper Knife – yang mana kedua-duanya berjaya memecahkan rekod tontonan di platform ini.

Tidak cukup dengan itu, sepanjang tahun ini peminat akan terus dimanjakan dengan pelbagai lagi judul menarik seperti Low Life, sebuah siri tentang pemburuan harta karun lakonan Ryu Seungryong, serta Tempest, sebuah drama konspirasi bertaraf antarabangsa yang menampilkan Jun Gianna, Gang Dongwon, John Cho, dan Michael Gaston. Disney+ Hotstar memang nampaknya bersungguh-sungguh mahu menjadi ‘rumah baru’ untuk peminat K-drama sejati.

Siri Thriller 'Kriminal Nine Puzzles' Bakal Ditayangkan di Disney Plus Hotstar

Tarikh Tayangan Dan Cara Menonton Nine Puzzles

Bagi yang dah tak sabar nak unravel semua teka-teki misteri ini, enam episod pertama Nine Puzzles akan dilancarkan serentak pada 21 Mei 2025, eksklusif hanya di Disney+ Hotstar. Jadi, pastikan akaun anda dah aktif, popcorn dah siap, dan mental anda pun bersedia!

Untuk berita lanjut atau update panas tentang siri ini, anda boleh follow semua platform rasmi mereka:

  • X: @DisneyPlusMY
  • Instagram: @DisneyPlusHotStarMY
  • Facebook: @DisneyPlusHotStarMY
  • TikTok: @DisneyPlusMY

Gunakan #DisneyPlusHotstarMY untuk berbual dengan peminat lain!

Apa Kata Budiey?

Secara jujurnya, Budi rasa Nine Puzzles punya potensi besar untuk menjadi antara thriller paling memorable tahun ini. Jalan cerita yang penuh misteri, ditambah dengan lakonan intens dari pelakon-pelakon powerhouse seperti Kim Damidan Son Sukku, adalah kombinasi maut yang sukar untuk ditolak.

Budi suka bagaimana tema memori kabur, rasa bersalah, dan pemburuan jawapan dijadikan tunjang penceritaan. Kalau dibuat dengan cermat, ia bukan saja jadi drama biasa-biasa, tapi boleh jadi sebuah kajian psikologi yang memikat minda.

Budi juga cadangkan supaya Disney+ Hotstar terus konsisten dalam menghidangkan kandungan berkualiti tinggi macam ini – bukan sekadar bergantung pada nama besar, tapi juga pada kualiti naratif dan sinematografi. Semoga Nine Puzzles berjaya pecahkan ‘puzzle’ di hati penonton satu dunia!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Desaru Coast & ONE°15 Marina Umum Kerjasama Untuk Tarik Pelancong

Enam Sebab Kenapa Gaming Lagi Best Dengan Telefon realme 14 Series