Siri televisyen ini akan dibarisi beberapa pelakon baharu dan diberi komitmen selama 10 tahun.
Dalam pada itu, setiap musim rancangan itu akan berkisahkan salah satu buku dalam francais dengan Warner Bros.
Namun, dimaklumkan juga bahawa 10 tahun tidak semestinya ia akan menjadi 10 musim. Siri televisyen Harry Potter hanya akan dimainkan dalam tempoh satu dekad.
Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kandungan HBO & Max, Casey Bloys, mereka berbesar hati untuk memberikan peluang kepada penonton untuk menemui Hogwarts dengan saluran yang baharu.
Tambahan, saluran Max akan menyiarkan bersama dengan Brontë Film and TV dan Warner Bros. Television.
J.K.Rowling akan menjadi Penerbit eksekutif bersama Neil Blair dan Ruth Kenley-Lets.
Komitmen Max untuk memelihara integriti buku ini adalah penting dan saya tidak sabar-sabar untuk menjadi sebahagian daripada adaptasi baharu ini yang akan membolehkan tahap kedalaman dan perincian yang hanya diberikan oleh siri televisyen berbentuk panjang.
– Casey Bloys
Akhirnya, selepas bertahun-tahun pengumuman ini telah menamatkan spekulasi sama ada Dunia Sihir Harry Potter akan membuat peralihan kepada TV atau tidak.