Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan SIRI SEMARAK BANGSAWAN ‘CINCIN NAGA API’ seperti di butiran berikut:
TARIKH : 12, 13 dan 14 Mei 2016 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
TEMPAT : Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
MASA : 8.30 Malam
SINOPSIS:
Sekumpulan manusia dari pelbagai puak di Middle Earth cuba untuk memusnahkan sebentuk cincin yang mempunyai kuasa jahat dari Sauron, yang bakal menakluki dunia.
Dalam perjalanan mereka menuju ke Pergunungan Doom, pelbagai halangan dan dugaan yang mereka hadapi, terutamanya Frodo sebagai pembawa amanat cincin itu untuk dimusnahkan. Tanpa disangka, Raja Saruman yang disangka sebagai penyelamat mereka telah berpaling tadah dan tunduk pada kuasa jahat Sauron.
Bangsawan Cincin Naga Api akan dipentaskan oleh Persatuan Seni Ceritera Negeri Selangor dan dibarisi oleh para pelakon seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Faez Malek, Filzah Azmi (Kump. Awok), Ain Sufia (Kump. Awok), Azerai Azmi, Afi AF, Hairie Mohamad, Aim Zackry, Alif Azeman dan Harith Amirrul.
Sebuah karya adaptasi dan olahan semula filem The Lord of the Ring (Fellowship of the Ring), skrip teater bangsawan ini ditulis oleh Roydy Rokidy dan diarahkan oleh Khusiary Mahyuddin dan Roydy Rokidy.