in

Selebriti Popular Meriahkan Siri Jelajah Muzik Safi Balqis & Sony Music

Safi Balqis, jenama kecantikan tersohor halal di Malaysia bersama Sony Music Malaysia bakal berkolaborasi mengadakan siri jelajah menggunakan #JelajahMuzikSafiBalqis. Jelajah yang bakal diadakan di beberapa negeri sekitar Semenanjung Malaysia itu bertujuan memberi peluang kepada pengguna untuk bertemu dan beramah-mesra dengan artis kegemaran mereka secara lebih dekat serta memperdekatkan lagi jenama tersebut di hati pengguna.

Beberapa artis terkenal tempatan dan personaliti media sosial juga akan turut serta menghangatkan lagi kempen ini termasuklah Aliff Aziz, Altimet, Ary Hadre, Farisha Irish, Fiqri Jelani, Haqiem Rusli, Helloluqman, Ifa Raziah, Insomniacks, Persis, Projector Band, Shamim, Tajul, dan Wani.

Siri Jelajah Muzik Safi Balqis & Sony Music

Bersinarlah Seperti Bintang Di Jelajah Kolaborasi Safi Balqis Bersama Sony Music #JelajahMuzikSafiBalqis

Dengan menggunakan platform media sosial sebagai platform utama, jelajah ini bertujuan untuk mendekati terutamanya golongan muda di luar Lembah Klang untuk berhibur sambil mengenali lanjut rangkaian produk Safi Balqis dengan lebih lanjut. Tidak dinafikan, jenama kecantikan nombor satu halal di Malaysia itu yang cukup dipercayai kualitinya menjadi kegemaran golongan remaja muda masa kini.

Menurut Pengurus Pemasaran SAFI, Puan Mahsuri Sulaiman, di samping berhibur, peminat juga boleh mendapatkan pelbagai produk kecantikan yang terdapat di gerai khas Safi Balqis di lokasi jelajah itu nanti selain kedai-kedai terpilih di seluruh negara.

“Ini adalah satu kolaborasi yang sangat sempurna dengan Sony Music Malaysia kerana hakikatnya penjagaan kecantikan dan muzik sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan remaja dewasa golongan muda. Safi Balqis juga melihat jelajah ini sebagai satu platform terbaik untuk memperkenalkan rupa pakej terbaru produk kami,” katanya.

SAFI juga baru tampil dengan sebuah iklan TV komersial bagi mempromosikan produk Safi Balqis OxyWhite, iaitu generasi produk ke-enam mereka sejak dilancarkan pada tahun 2000. Ia bertujuan memperkenalkan formulasi terbaharu yang sudah dipertingkatkan dengan menggunakan teknologi Nano Oxygen selain pembungkusan barunya baharu dan wangiannya yang lebih menarik.

“Iklan komersial berkenaan bertujuan untuk memperkenalkan rangkaian terbaharu kami dan manfaatnya. Kami sangat terinspirasi dengan Elemen oksigen yang terkandung dalam produk itu sendiri menjadi ilham utama kami kerana yang mampu mencerahkan kulit dengan dan menjadikannya lebih cantik. Disebabkan itu, slogan “Lebih Oksigen, Lebih Ceria” digunakan untuk pakai baik untuk produk mahupun siri jelajah pada kali ini itu sendiri,” katanya.

Sebagai Bagi menyemarakkan lagi iklan komersial berkenaan, sebuah single baharu berjudul “Tak Malu” nyanyian penyanyi baharu di bawah naungan Sony Music Malaysia, Farisha Irish turut dijadikan lagu temanya.

Tidak ketinggalan, Jelejah ini adalah peluang terbaik bagi inilah masa buat mereka di luar sana untuk menonjolkan bakat nyanyian mereka dan berpeluang untuk berkongsi pengalaman menyeronokkan itu dengan artis kegemaran. Peserta hanya perlu membeli produk Safi Balqis sebagai bukti penyertaan. Sila layari laman web mikro Safi Balqis untuk maklumat lanjut.

Seramai 30 pemenang dari 3 lokasi akan yang dipilih sekali gus berpeluang untuk bersinar seperti bintang dan menyanyi bersama penyanyi yang terbabit. Peluang itu tentunya bakal membuka pintu untuk mereka melebarkan sayap dalam bidang nyanyian selain berkenalan lebih rapat dengan setiap artis.

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik lain juga bakal menanti semua yang hadir di setiap lokasi jelajah itu nanti. Ia termasuklah persembahan artis, cabutan bertuah, dan sesi autograf serta sesi mengambil gambar.

Pengarah Pengurusan Sony Music Malaysia, Singapura, dan Indonesia, Encik Julius Ng berkata, “Kempen ini pastinya sesuatu yang dinantikan terutama golongan muda-mudi di luar Lembah Klang yang idamkan peluang bertemu artis pujaan mereka. Tidak dinafikan, muzik menjadi satu medium yang sangat berkuasa untuk menyatukan segenap lapisan masyarakat.

“Menerusi siri jelajah itu nanti, pelbagai aktiviti menarik membabitkan artis dan peminat bakal berlangsung. Seterusnya ia bakal mengeratkan lagi silaturahim antara mereka. Bukan saja antara peminat dan artis tetapi juga kolaborasi dengan personaliti sosial media yang terbabit tentu menggamatkan lagi suasana di acara itu nanti,” katanya.

Lima lokasi yang terbabit untuk siri jelajah itu termasuklah Mydin Pulau Sebang, Melaka pada (16 April), Universiti Utara Malaysia, Kedah (19 April), Kompleks Beli-Belah Bukit Jambul, Pulau Pinang (23 April), Universiti Putra Malaysia, Serdang (29 April) dan Mydin Senawang, Seremban (7 Mei).

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen jelajah kolaborasi Safi Balqis bersama Sony Music #JelajahMuzikSafiBalqis, Sila layari Facebook serta Instagram rasmi Safi Malaysia (https://www.facebook.com/SAFI.MY/ atau www.instagram.com/safimalaysia) dan Sony Music Malaysia & Syok Muzik (https://www.facebook.com/sonymusicmy/ https://www.facebook.com/syokmuzik /www.instagram.com/sonymusicmy)

Siri Jelajah Muzik Safi Balqis & Sony Music

Siri Jelajah Muzik Safi Balqis & Sony Music

Siri Jelajah Muzik Safi Balqis & Sony Music

Siri Jelajah Muzik Safi Balqis & Sony Music

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Festival Anime Terbesar AnimeXover di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid

Video Nora Danish Kahwin Dengan Nedim Nazri Viral & Trending di Youtube