in , , ,

300 Peserta Serlahkan Bakat di Siri Jelajah DFKL di Sunway Putra Mall

Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang terakhir di Sunway Putra Mall pada 11 dan 12 Mac 2017 yang lalu telah mendapat sambutan hebat daripada para peserta serta orang ramai. 10,000 orang pengunjung telah membanjiri siri jelajah selama dua hari tersebut manakala 300 orang peserta mendaftar di Pertandingan Pencarian Bakat Baharu dan Pertandingan Sesi Kongsi untuk menyerlahkan bakat dan berkongsi cerita mereka!

Peserta & Raja Afiq DFKl

300 Peserta Serlahkan Bakat di Siri Jelajah DFKL yang terakhir!

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, “Alhamdulillah, Siri Jelajah DFKL pada tahun ini berjalan dengan lancar dan kami amat berpuas hati dengan sambutan hebat di semua lokasi terutamanya Pertandingan Pencarian Bakat Baharu serta cerita yang dikongsikan di Pertandingan Sesi Kongsi yang bersesuaian dengan tema DFKL 2017 iaitu #CeritaKita berjaya menyenaraikan banyak peserta yang berkualiti. Ramai peserta telah mendaftar Bengkel DFKL 2017 dan ini telah membuktikan bahawa ramai yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang seni ini.”

Para peserta Pencarian Bakat Baharu DFKL 2017 KL

Sheila Rusly selaku speaker kategori lakonan Bengkel C DFKL 2017 menggalas tanggungjawab sebagai juri Pencarian Bakat Baharu bagi ketiga-tiga lokasi. Pada lokasi yang terakhir ini, beliau telah digandingkan bersama Fauziah Ahmad Daud (speaker kategori lakonan di Bengkel A DFKL 2017). Gabungan mantap mereka memeriahkan sesi uji bakat dengan komen-komen yang ikhlas dan kritikan yang membina serta memberi galakan dan dorongan kepada para peserta.

Selain daripada sesi uji bakat, Pertandingan Sesi Kongsi telah disaring oleh Dato’ A.Aida dari A.Aida Production Sdn Bhd, Ellie Suriaty (speaker kategori lakonan di Bengkel D DFKL 2017), wakil dari Primeworks Studios dan stesen televisyen. Hampir 50 orang telah menyertai pertandingan ini dan membentangkan idea mereka yang menarik dan kreatif. Bagi idea-idea yang terpilih dan memenuhi kehendak stesen, ia akan diterbitkan sebagai drama atau dibukukan.

Peserta & Hafidz Roshdi

Para pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama-sama dengan duta DFKL, Raja Afiq DFKL dan barisan artis yang popular seperti Mawar Rashid, Hafidz Roshdi, Sherry Al Hadad, Ayda Jebat, Idris Khan, Nafiz Muaz DFKL, Emma Maembong, Faiz Tapaw, Indah Emeerlda DFKL, Nik Adam Mika, Acap Tokan dan Zee Tokan. Lebih istimewa, mereka juga dihiburkan dengan persembahan istimewa kendalian Projek Da’i 2017 yang dijayakan oleh kumpulan Caliph Buskers (Hanya Namamu), The Wedding Band (Getaran Jiwa, Laskar Pelangi, Terakhir, Ku Rela Dibenci), Siti Sarah (Kesetiaan, Kaulah Segalanya) dan Ippo Hafiz (Yang Terindah, Kekal Bahagia).

Selesai siri jelajah, DFKL 2017 kini mengalih tumpuan kepada Bengkel DFKL 2017 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 1 dan 2 April 2017. Pendaftaran bagi bengkel ini bukan hanya dibuka pada siri jelajah, malah kepada mereka yang berminat, mereka boleh mendaftar secara atas talian di www.dfkl.com.my/bengkel dan memilih bengkel yang mereka minati.

Bengkel yang bakal diadakan adalah seperti berikut:

1 April 2017 (Sabtu)
  9.30 pagi – 1.00 tgh hari 2.30 petang – 6.00 petang
Bengkel A Lakonan – Fauziah Ahmad Daud

 

 

Imej & Penampilan Diri –   Datin Sharifah Shawati

 

Pengarahan – Michael Ang Solekan Kesan Khas – J.Lo Zali
Bengkel B Imej & Penampilan Diri – Min Luna

 

Lakonan – Nabila Huda

 

  Media Sosial – Anwar Hadi & Takahara Suiko Pengarahan – Khir Rahman

 

2 April 2017 (Ahad)
  9.30 pagi – 1.00 tgh hari 2.30 petang – 6.00 petang
Bengkel C

 

Lakonan – Sheila Rusly

 

Imej & Penampilan Diri – Nana Mahazan

 

Pengarahan – Azman Haji Yahya (Jinggo) Solekan Kesan Khas – Watiey Abdullah
Bengkel D Imej & Penampilan Diri – Fasha Sandha

 

Lakonan – Ellie Suriati

 

Media Sosial – Mat Luthfi Pengarahan – Sabri Yunus

Layari laman web www.dfkl.com.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Gunakan hashtag #DFKL2017 dan #CeritaKita untuk menghangatkan perbualan di laman sosial.

Siri Jelajah DFKL 2017 Kuala Lumpur 1

Peserta Anak Kecil bersama Para Juri

Peserta & Ayda Jebat

Pendaftaran Pencarian Bakat Baharu DFKL 2017 KL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TURBOGEL Taja Hadiah Untuk Party Budiey Satu Dekad

Sekitar Pelancaran Festival Filem Antarabangsa ASEAN AIFFA 2017