Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 yang kedua telah dibanjiri oleh 8000 orang ketika berlangsung di Angsana Johor Bahru Mall, Johor Bahru pada 4 Mac 2017 baru-baru ini. Bermula dari 10.00 pagi hingga 9.00 malam, siri jelajah ini telah menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti Pencarian Bakat Baharu, Pertandingan Sesi Kongsi serta pendaftaran bagi bengkel DFKL 2017 yang bertujuan mengasah bakat baharu dan memberi peluang kepada orang ramai untuk menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri tanah air.
8000 orang hadir ke Siri Jelajah DFKL 2017 di Johor Bahru!
Siri jelajah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran duta DFKL 2017, Raja Afiq DFKL serta barisan selebriti seperti Hafidz Roshdi, Azira Shafinaz, Niena Baharun, Amar Asyraf, Jaja Iliyes DFKL, Acap Tokan dan Zee Tokan. Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan bergambar dengan artis-artis kesayangan mereka.
Sebanyak 100 orang telah mendaftar di Sesi Pencarian Bakat Baharu yang disaring oleh Sheila Rusly dan Azman Hj Yahya (Jinggo) iaitu speaker bagi kategori lakonan dan pengarahan di Bengkel DFKL 2017. Dua nama besar di industri lakonan ini juga tidak lokek berkongsi ilmu dan tip dengan para peserta yang berminat memulakan karier sebagai pelakon. Mereka juga memberi gambaran kepada mereka yang ingin menyertai sesi bengkel DFKL 2017 pada 1 & 2 April 2017.
Selain sesi uji bakat, DFKL 2017 juga mengalu-alukan idea menarik dan kreatif menerusi Pertandingan Sesi Kongsi. Lokasi kedua siri jelajah ini menerima 20 idea yang telah dikongsikan kepada panel juri yang disertai oleh Dato’ A.Aida dari A.Aida Production Sdn Bhd dan pihak pengurusan kanan dari stesen televisyen. Idea-idea yang terpilih ini bakal diterbitkan untuk menjadi drama atau dibukukan.
Siri jelajah DFKL juga memberi peluang kepada para peserta untuk mendaftar dan mendapat tempat ke bengkel DFKL 2017 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada 1 dan 2 April 2017. Para peserta berpeluang untuk menimba ilmu daripada karyawan yang berpengalaman di bidang lakonan, pengarahan, imej & penampilan serta solekan kesan khas. Bengkel yang bakal diadakan adalah seperti berikut:
1 April 2017 (Sabtu) | ||
9.30 pagi – 1.00 tgh hari | 2.30 petang – 6.00 petang | |
Bengkel A | Lakonan – Fauziah Ahmad Daud
|
Imej & Penampilan Diri – Datin Sharifah Shawati
|
Pengarahan – Michael Ang | Solekan Kesan Khas – J.Lo Zali | |
Bengkel B | Imej & Penampilan Diri – Min Luna
|
Lakonan – Nabila Huda
|
Media Sosial – Anwar Hadi & Takahara Suiko | Pengarahan – Khir Rahman | |
2 April 2017 (Ahad) | ||
9.30 pagi – 1.00 tgh hari | 2.30 petang – 6.00 petang | |
Bengkel C
|
Lakonan – Sheila Rusly
|
Imej & Penampilan Diri – Nana Mahazan
|
Pengarahan – Azman Haji Yahya (Jinggo) | Solekan Kesan Khas – Watiey Abdullah | |
Bengkel D | Imej & Penampilan Diri – Fasha Sandha
|
Lakonan – Ellie Suriati
|
Media Sosial – Mat Luthfi | Pengarahan – Sabri Yunus |
Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, “Memasuki tahun ke-empat, secara tidak langsung DFKL mendapat tempat dihati pengunjung yang begitu bersemangat mencuba nasib baik dari segi lakonan mahupun menyertai Sesi Kongsi Cerita. Oleh itu, kami mengharapkan penyertaan yang lebih ramai di lokasi terakhir yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini.”
Nantikan Siri Jelajah DFKL 2017 terakhir yang bakal berlangsung di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Mac 2017 ini. Pencarian Bakat Baharu kali ini akan disaring oleh Sheila Rusly dan Fauziah Ahmad Daud. Turut hadir ialah Raja Afiq DFKL, Nafiz Muaz DFKL, Emma Maembong, Hafidz Roshdi, Ayda Jebat, Idris Khan, Redza Rosli, Sherry Al Hadad, Indah Emeerlda DFKL, Nik Adam Mika dan Mawar Rashid.
Jangan lupa untuk mendaftar diri anda di bengkel DFKL dan mengejar cita-cita anda! Anda boleh layari laman web www.dfkl.com.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Drama Festival Kuala Lumpur 2017. Gunakan hashtag #DFKL2017 dan #CeritaKita untuk menghangatkan perbualan di laman sosial.