in , ,

Siri HONOR 200 Kini Mula Dijual di Seluruh Negara Pada 28 Jun 2024

Siri HONOR 200 yang dikenalisebagai Flagship Estetik AI akan mula dijual di pasaran Malaysia mulai 28 Jun ini.

Siri terbaharu ini yang membawakan model Pro dan Standard amat dinanti-nantikan peminat susulan pelancaran rasmi baru-baru ini. Peranti berkenaan mengetengahkan keupayaan potret yang dikuasakan AI, pengalaman pengguna Magic AI generasi baharu sertaspesifikasi gred flagship yang berteraskan nilai.

HONOR 200 Pro didatangi dengan penstoran 12GB RAM+512GB dan akan dijual pada harga RM2,699. Manakala model Standard hadir dalamdua varian iaitu 12GB RAM+512GB pada harga RM2,199 danRM1,899 untuk 12GB RAM+256GB.

Bagi setiap pembelian HONOR 200 Pro atau Standard, pembeli akanmembawa pulang hadiah percuma bernilai RM898 terdiri daripadaHONOR Earbuds X6 dan jaminan Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari. Siri HONOR 200 boleh dibeli menerusi lamansesawang rasmi HONOR, HONOR Experience Stores di seluruh negara, Shopee, Lazada, TikTok Shop serta pengedar sah Senheng, SenQ, Harvey Norman dan Urban Republic.

Siri HONOR 200 Menetapkan Tahap Bagi Fotografi Potret TelefonPintar dengan HONOR AI Portrait Engine

Menangkap gambar potret bertaraf studio kini mudah dengan Siri HONOR 200. Menerusi AI Portrait Engine yang dihasilkan bersamaStudio Harcourt terkemuka yang berpangkalan di Paris serta teknologipengimejan termaju, Siri HONOR 200 mengubah fotografi potretmenjadi karya seni. 

Bagi memastikan kualiti pengimejan yang jitu, Siri HONOR 200 menampilkan Kamera Utama 50MP dengan model Pro mempunyaiSensor Kamera Utama H9000 1/1.3 inci yang sama digunakan dalamHONOR Magic6 Pro. Manakala model Standard pula menampilkanSensor Sony IMX906. Selain kamera utama yang berkuasa, Siri HONOR 200 juga membawakan Kamera Telefoto 50MP dengan Sensor Sony IMX856 bersama sistem anti-goyang Dual OIS (OIS+EIS).

Untuk melaksanakan pelbagai tugasan, penggunaan aplikasi yang banyak, bermain permainan mudah alih dan sebagainya, model Pro dikuasakan pemproses Snapdragon 8s Gen 3 dan cipset HONOR C1+RF Enhanced Chipset yang dipertingkatkan. Model Standard pula menggunakan pemproses Snapdragon 7 Gen 3. Kedua-dua peranti initurut menampilkan perisian MagicOS 8.0 terkini dengan Magic AI Experience yang dipertingkatkan, seterusnya menawarkan pengalamanpengguna yang dikuasakan AI lebih mengagumkan. 

Di samping itu, Siri HONOR 200 dimuatkan bateri 5,200mAh yang disokong pengecas berwayar 100W Wired HONOR SuperCharge. Namun, hanya Pro mempunyai pengecas tanpa wayar 66W Wireless HONOR SuperCharge. Seterusnya, kedua-dua peranti ini turutdilengkapi paparan AMOLED 120Hz yang mendapat pensijilan TÜV Rheinland Flicker Free Display Certification dan TÜV Rheinland Full Care Display Certification.

HONOR 200 Pro tersedia dalam warna menarik Ocean Cyan danMoonlight White, manakala Standard didapati dalam warna Coral Pink, Moonlight White dan Black.

Sertai HONOR 200 Series Studio di Pavilion Bukit Jalil 

HONOR sedang menganjurkan acara studio fotografi telefon pintaryang pertama di negara ini di Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, Aras 2, Oval mulai hari ini hingga 30 Jun 2024. Penggambaran ini merupakansebahagian daripada acara HONOR 200 Series Studio yang mana pengunjung boleh alami sendiri gambar bertaraf profesional yang diambil dengan HONOR 200 Pro. 

HONOR 200 Series Studio ini juga akan diadakan ke Pulau Pinang, Selangor, dan Putrajaya dalam minggu-minggu yang akan datang. Orang ramai boleh mendaftar untuk penggambaran studio potretbertaraf profesional di tiga lokasi tersebut. Maklumat pendaftaran dan butiran acara seperti berikut:

1. Sunway Carnival Mall Main Atrium, Aras G (New Wing), Pulau Pinang (10 – 14 Julai)

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayCarnivalMall  

2. Sunway Pyramid, LG2 Orange Concourse, Selangor (17-21 Julai)

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_SunwayPyramid   

3. IOI City Mall LG East Court, Putrajaya (31 Julai – 4 Ogos)

Pautan Pendaftaran: https://bit.ly/HONOR200SeriesStudio_IOICityMall

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR 200, ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia dan laman sesawang dihttps://www.honor.com/my/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAFIDZ ROSHDI

Shuhada Shukri Dedah Chat Lucah Bekas Suami Dengan Penyondol

Rocketfuel Umum Kerjasama Strategik dengan ADA Warner Music Malaysia