MUSIM 1 SIRI BENGKEL GALAXTAR 2013 BERMULA!
Galaxtar Melancarkan Siri Bengkel 2013 Musim Pertama – Solekan Dan Kecantikan Buat Julung Kalinya di 6 lokasi seluruh Malaysia!
Buat julung kalinya, Galaxtar melancarkan Siri Bengkel Galaxtar Musim Pertama – Solekan & Kecantikan. Selaku penganjur siri bengkel selama 2 hari ini akan berlangsung di 6 lokasi Semenanjung Malaysia bermula dari Mac 2013 sehingga Jun 2013. Siri Bengkel Galaxtar 2013 adalah kursus jangka pendek selama 2 hari di mana peserta akan dilatih oleh tenaga profesional untuk mengembangkan bakat mereka dan memenuhi potensi sebenar mereka didalam bidang solekan dan kecantikan.
Objektif siri bengkel Galaxtar ini adalah untuk menyediakan individu berbakat dengan latihan dan platform pembangunan untuk menggilap kemahiran mereka ke tahap yang tinggi. Siri bengkel Galaxtar menyediakan platform untuk mereka belajar lebih mendalam mengenai aktiviti kegemaran mereka disamping dapat memulakan kerjaya yang menguntungkan daripada minat mereka.
Tumpuan utama musim pertama adalah pada teknik solekan dan kecantikan. Bengkel akan diadakan dari Mac 2013 hingga Julai 2013 di 6 lokasi, termasuk Shah Alam, Kuala Lumpur, Kuantan, Johor Bahru, Melaka dan Penang. Bengkel pertama akan diadakan pada 23-24 Mac 2013 bertempat di Hotel De Palma, Shah Alam.
Galaxtar telah menjemput 10 wakil ibu tunggal dari Persatuan Ibu Tunggal Islam Wilayah Persekutuan & Selangor (PITWS) dan Persatuan Inisiatif Penyelidikan, Pembangunan & Kemajuan Wanita (WIRDA) untuk menyertai siri bengkel ini dan seterusnya dapat membantu mereka mempelajari serta menggunakan kemahiran yang akan mereka perolehi untuk kemajuan diri mereka sendiri serta masyarakat khususnya. Setiap peserta juga akan menerima Sijil Pengiktirafan dari Inglot Cosmetics Asia selaku penaja utama dan Galaxtar sebagai bukti menghadiri dan berjaya menamatkan bengkel dengan jayanya.
Musim pertama bengkel Galaxtar ditaja dan disokong oleh:
Penaja Utama – Inglot Cosmetics Asia
Penaja Rasmi – Ginvera – Rangkaian Produk Syahirah
Lokasi Rasmi – De Palma Hotels
Majalah Rasmi – Pesona Pengantin
Bloggers Rasmi – AShopaholicsDen, Sunshine Kelly, Yuyu Zulaikha & Norfa Nil
Lebih banyak penaja dan rakan penganjur akan diumumkan sepanjang siri musim bengkel berlangsung, dan semua pihak yang terlibat tidak sabar-sabar untuk musim pertama yang dijangkakan akan berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat yang meminati bidang kecantikan serta solekan sama ada untuk menimba pengalaman peribadi atau untuk membuka peluang atau untuk memantapkan lagi kemahiran mereka dalam perniagaan yang berkaitan dan sebagainya.
Juru solek rasmi bagi siri bengkel ini ialah jurusolek berpengalaman Jlo Zali,serta jurusolek serta perunding kecantikan dari pihak Inglot Cosmetics Asia, Syahirah yang akan bersama-sama mengendalikan siri bengkel tersebut. Antara bidang solekan yang akan diajar dan dipraktikan adalah seperti Penggayaan Hijab, Solekan & Kecantikkan Pengantin, Fesyen Muslimah, Solekan TV, Filem & Iklan, Kecantikan Peribadi dan yang paling istimewa, Solekan Kesan Khas.
Selain daripadamendapat Sijil Pengiktirafan yang di iktiraf oleh Inglot Cosmetic Asia dan Galaxtar, setiap peserta siri bengkel ini juga akan mendapat sehelai baju-T eksklusif, pelbagai barangan cenderahati dan produk dari para penaja serta Galaxtar, produk, baucer tunai bernilai RM60 serta kad diskaun sebanyak 20% oleh Inglot Cosmetics Asia dan juga berpeluang beramah mesra dengan artis dan selebriti yang dijemput khas bagi memeriahkan lagi siri bengkel ini. Untuk siri bengkel selama 2 hari ini, pihak penganjur juga menyediakan makan tengahari dan juga minum petang kepada setiap peserta. Di samping itu Siri Bengkel Galaxtar ini hanya mengenakan yuran dengah harga promosi istimewa sebanyak RM300 (harga asal RM500) sahaja bagi bengkel penuh selama 2 hari sepanjang tempoh siri bengkel musim pertama ini berlangsung.
Untuk maklumat lanjut dan info berkenaan galaxtar, sila lawati website kami :
www.galaxtar.com
www.galaxtar.weebly.com
Facebook : www.facebook.com/galaxtarcom
Twitter : @galaxtarcom