Sejak muncul di persana seni pada tahun 1998, Malique menjadi antara pemain utama dalam sejarah ledakan genre Hip Hop di arena muzik tempatan. Karya-karya dendangan dan ciptaannya berjaya memartabatkan genre Hip Hop dalam muzik arus perdana Malaysia.
Penyanyi rap dan komposer tersohor ini bukan calang-calang orangnya. Sejak muncul di persana seni pada tahun 1998, Malique Ibrahim menjadi antara pemain utama dalam sejarah ledakan genre Hip Hop di arena muzik tempatan.
Karya-karya dendangan dan ciptaannya berjaya memartabatkan genre Hip Hop dalam muzik arus perdana Malaysia. Hampir 22 tahun bergelumang dalam industri seni, kematangan Malique berkarya tidak boleh disangkalkan lagi.
Berfalsafah menerusi lagu dengan gaya bahasa yang tinggi, Malique mempelopori gaya muzik Hip Hop bercitarasa tempatan yang disebut sebagai ritma atas puisi. Diangkat peminat sebagai naskhah kesusasteraan Melayu moden, karya nukilan Malique sering menjadi perhatian pencinta seni dan dinanti-nantikan kemunculannya.
Berita gembira buat peminat seniman genius ini, Malique bakal muncul dengan hasil nukilan terbaharunya berjudul DIPINGGIRKAN pada hari Jumaat, 20 November 2020.
DIPINGGIRKAN berkisar tentang seseorang yang hampir berputus asa dan merasakan seperti dipinggirkan dunia. Namun setelah melalui segala kesusahan dalam kehidupan, semangatnya mula bangkit apabila dia baharu sedar yang dalam setiap perjalanan kehidupannya, ada sesuatu atau seseorang yang akan hadir untuk menemani dan menyokongnya.
Single terbitan Universal Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 20 NOVEMBER 2020.