SINOPSIS FILEM JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK
Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Melihat pada raut wajahnya, tiada siapa menyangka usianya telah mencecah hampir 125 tahun. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.
Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.
Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.
Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu. Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang. Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.
Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan. Mustika dari awal hanya memerhatikan pergerakan mereka bertiga itu.
Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.
Â
Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka. Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu. Ada yang mengatakan makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir telah kembali mengganas.
        Â
Pak Mor dipanggil semula. Pak Mor kemudiannya menyatakan yang makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir dahulu telah berkeliaran untuk mencari orang yang sanggup menjaga mereka. Pak Mor menyatakan jika makhluk-makhluk peliharaan Pak Sudir itu berjaya mendapat mangsanya 3 malam berturut-turut maka mereka telah berjaya mendapat orang yang boleh menjaga mereka dan kampung itu tidak akan aman selama-lamanya.
Â
Apakah nasib Punai, Asmat dan Johan? Siapakah sebenarnya Mustika? Nantikan filem ke 31 dari MIG Production Sdn Bhd., JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK.
POSTER FILEM
SIARAN AKHBAR
Metrowealth (MIG) akan muncul dengan filem terbaru berjudul Jangan Pandang Belakang Congkak arahan Ahmad Idham. Filem bergenre komedi seram ini telah menjalani pengambaran di sekitar negeri Perlis dan telah berakhir di Alor Setar. Termasuk promosi dan pengedaran Jangan Pandang Belakang Congkak dijangka menelan kos sebanyak RM1.6 juta.
Filem ini membariskan pelakon seperti Mazlan Pet Pet, Cat Farish, Sam Shaheizy, Lisa Surihani, Azlee Jaafar, Piee, Dina (Malaysian Idol), Zarina AF, Mas Muharni, Den Wahab, Bob Kuman dan ramai lagi. Â
Jangan Pandang Belakang Congkak  merupakan sebuah filem yang akan membawa konsep komedi seram dengan sedikit unsur-unsur percintaan. Keistimewaan filem ini berbanding filem-filem lain yang satu genre dengannya adalah, ia menggabungkan elemen seram dengan komedi. Ini merupakan percubaan pertama bagi filem yang bercorak begini tetapi dirasakan formula ini mampu menarik minat para penonton.Â
Ditambah pula dengan sejarah filem Jangan Pandang Belakang dan Congkak yang mencapai kutipan box office maka dengan itu dirasakan dengan menggabungkan kedua-dua tajuk menjadi satu – Jangan Pandang Belakang Congkak ini akan menarik lagi minat penonton untuk menyaksikan filem ini.
Jangan Pandang Belakang Congkak akan menemui penonton seluruh Malaysia bermula 4 Jun ini. Â
TRAILER FILEM
SENARAI KARYAWAN/ PELAKON
Terbitan : MIG Production Sdn. Bhd
Penerbit : David Teo
Pengarah : Ahmad Idham
Pen. Pengarah 1Â : Ismail Bob Hasim
Pen. Pengarah 2Â : Mat Syahrom Mohamad Talib
Konti : Wan Suria Wan Deraman
Pengarah Sinematografi : Indra Che Muda
Penulis Skrip : Zulkeflee Mohd. Said
Pengarah Seni : Ridzwan Mat Hussin
Pengurus Produksi : Abdul Azizi Awang Ghazali
Pen. Pengurus Produksi : Shakira Ahmad @ Ramli
Special EFX : Ella Sandera  Â
Pengarah Muzik/ Bunyi : MIG Sound Factory / Brian Ng (Kang)
Still Photo : Tan Shier
Di Sebalik Tabir: Atom
Runner : Ahmad Zanawi Fahme
P.A :
Mohamad Adzmir bin Mohd Salim
Rosnalee Khalil
Mohd. Azaromi Mohd. Ghozali
Tatarias/ Wardrobe :
Harry Frankie Albert Hills
Mohd. Shabani Mohd Ali
Senarai Pelakon: Â Â
Sam Shaheizy sebagai JohanÂ
Cat Farish sebagai Asmat
Mazlan Pet Pet sebagai Punai
Lisa Surihani sebagai Mustika
Azlee Jaafar sebagai Pak Mor
Piee sebagai Pak Sudir
Den Wahab sebagai Latiff
Belalang sebagai MegatÂ
Dina (Malaysian Idol) sebagai Ziana
Zarina (AF2) sebagai Wati
Mas Muharni sebagai Wawa Â
WATAK PERWATAKAN
1. PUNAI – MAZLAN PET PET
Seorang pemuda yang hidup sederhana, bekerja sebagai penyeluk saku. Cucu kepada Pak Sudir dan bakal mewarisi harta pusaka. Bertukar menjadi orang minyak setelah memandang belakang congkak.
2. ASMAT – CAT FARISH
Seorang pemuda sederhana bekerja sebagai penjaga tempat letak kereta di Kuala Lumpur. Juga cucu kepada Pak Sudir dan bakal mewarisi harta pusaka. Bertukar menjadi toyol setelah memandang belakang congkak.
3. JOHAN – SHAHEIZY SAM
Seorang pemuda sederhana bekerja sebagai jurujual di Kuala Lumpur. Juga cucu kepada Pak Sudir dan bakal mewarisi harta pusaka. Bertukar menjadi hantu raya setelah memandang belakang congkak.
4. PAK SUDIR – PIEE
Berusia 125 tahun walaupun wajah dan perilakunya kelihatan jaun lebih muda. Ada memelihara ilmu saka tetapi tiada anak untuk mewariskannya. Tinggal bersama seorang gadis (pembantu) bernama Mustika.
5. MUSTIKA – LISA SURIHANI
Seorang gadis yang sangat cantik dan menjadi kegilaan dan idaman pemuda kampungnya. Juga memiliki ilmu dan sangat misteri membuatkan lelaki takut menghampirinya. Banyak menyimpan rahsia Pak Sudir.
6. PAK MOR – AZLEE
Seorang bomoh handal yang berjaya menghalau saka dari tubuh Pak Sudir. Ditugaskan mengamankan semula kampong setelah saka Pak Sudir kembali mengganas.
7. PAK HAMZAH
Ketua kampong tempat Pak Sudir tinggal. Banyak membantu penduduk kampong dalam segala masalah yang berlaku. Berpengaruh dan disegani penduduk kampong.
Jom tonton video sebalik tabir (making of…) filem Jangan Pandang Belakang Congkak:
PART 1
PART 2
PART 3
Jangan lupa tonton di pawagam mulai 4 Jun 2009. Anda gerenti terhibur!
Â
GAMBAR SNEAK PREVIEW
GAMBAR BELAKANG TABIR