[dropcap]F[/dropcap]ilem Mencari Cinta sebuah filem bergenre romantik komersial lakonan hebat dari Nora Danish, Rusdi Ramli, Riezman Khuzaimi, Fauziah Gous dan Connie Ahmad tiba-tiba menjadi trending terkini dan menjadi buah mulut ramai. Diarahkan oleh Shirin Hj Khuzaimi terbitan Armnet Integrated dan Madiera Red Movie Associates, filem ini dikatakan memaparkan aksi-aksi panas dari hero dan heroin filem tersebut dan ada yang kata pula Nora Danish berbogel dalam filem itu.
Nora Danish seorang selebriti yang sangat profesional dan tak mungkin untuk Nora melakukan perkara-perkara sedemikian. Bagi semua peminat, kita janganlah mengkritik dahulu sebelum menonton, sudah tonton barulah boleh kritik.
“Sebenarnya saya tak tengok blog-blog yang mencaci diri saya dan sebagainya. Jadi, saya tak tahu apa yang orang komen, tapi saya diberitahu oleh pihak lain mengenai perkara tersebut.
Ada orang mengkritik adegan itu dikatakan saya agak melampau, saya berbogel dan sebagainya, tapi sebenarnya semua itu tak benar. Saya tak berbogel, mungkin itu adalah apa yang nak dipaparkan oleh pihak pengarah untuk menampakkan adegan tersebut kelihatan ‘real,’ dan bila orang nampak macam itu, maknanya adegan itu berjaya disampaikan dengan baik”. – Komen Nora Danish sewaktu bertemu di Malam Gala filem ‘Mencari Cinta’.
Penerbit :
Armnet Integrated dan Madiera Red Movie Associates
Pengarah :
Shirin Hj Khuzaimi
Senarai pelakon :
- · Nora Danish
- · Rusdi Ramli
- · Riezman Khuzaimi
- · Fauziah Gous
- · Connie Ahmad
Tayangan :
25 April 2013
Durasi :
1 Jam 33 Minit
SINOPSIS FILEM MENCARI CINTA
Cerita ini berkisarkan pada Myra Tan Sri Johan yang pada mulanya hendak melangsungkan perkahwinan dengan Malek pemuda pilihannya, tetapi disaat akhir Malek membatalkan niatnya kerana dia mempunyai teman wanita lain. Segala persiapan telah tersedia, malah kad jemputan telah diedarkan ini membingungkan Tan Sri Johan dan Puan Sri Mahani.
Dalam pada itu pula, Razlan Ariffin pemuda kampung yang begitu dedikasi dan amanah pada orang tua yang mengusahakan ladang ternakan telah diputuskan oleh tunangnya Mila kerana ingin melanjutkan pelajarannya. Walaubagaimanapun Razlan menerima kenyataan bahawa dia dan Mila tiada jodoh.
Tan Sri Johan akhirnya mendapat idea meminta pertolongan kakak iparnya, Ramlah isteri kepada arwah abangnya iaitu ibu Razlan. Tujuan awal beliau memang hendak Myra dengan Razlan berkahwin sekiranya Myra tiada pilihan sendiri. Namun latar belakang Myra dan Razlan berbeza kerana Razlan dibesarkan cara kampung manakala Myra pula moden cara pemikirannya.
Jodoh temukan Myra dan Razlan. Di sini bermula kelucuan dan kisah cinta yang unik. Sesuatu yang lahir daripada keikhlasan hati. Razlan seorang pemuda yang suka memetik gitar dan menyanyi dan dalam diam Myra tertarik dengan personaliti Razlan.