Dalam drama kekeluargaan penuh pengorbanan bertajuk “Tanah Ini Tanah Merdeka†yang disiarkan pada 15 Ogos ini, pukul 3.05 petang menerusi saluran TV1, ia membariskan gandingan pelakon berpengalaman Normah Damanhuri, Emelda Rosmila, Zul Huzaimi dan Shahrul Kamaludin.
Sebuah drama mengenai situasi penduduk sebuah kampung yang merasa resah bila tanah pusaka milik mereka hendak dijual. Ia termasuklah Mak Kalsom yang tidak setuju dengan pujukan cucunya, Maisara. Maisara telah berjanji untuk menjual tanah mereka ke sebuah syarikat yang ingin memajukannya.
Tanpa pengetahuan sesiapa pun, syarikat “Global’ yang membeli tanah penduduk kampung itu rupa-rupanya mempunyai agenda lain untuk penipu dan membawa lari kesemua wang deposit yang telah diterima mereka.
Pada masa sama Mak Kalsom yang banyak pengalamannya semasa merdeka negara dahulu menceritakan tentang erti pengorbanan kepada Atan, seorang kanak-kanak sekolah serta rakan-rakannya. Atan dan kawan-kawannya teruja mendengar kisah pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Mak Kalsom.
Kes penipuan yang dirahsiakan tersebut akhirnya terbongkar. Situasi itu menimbulkan huru-hara dan kemarahan penduduk kampung yang menjadi mangsa penipuan. Mujur kemudiannya muncul Dato Adha, ayah kepada Maisara menyejukkan keadaan dengan berjanji untuk membayar balik kesemua wang deposit orang-orang kampung.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.