in

Sinopsis Telemovie Si Tudung Tweet & Cik Kiah Kole Kacang

Dalam pencarian untuk memberikan yang terbaik kepada penonton setianya, TV9 telah memperkenalkan penjenamaan baru menerusi waktu perdana, Raudhah, nama yang sesuai yang lebih jelas menggambarkan program-program berkaitan keislaman seperti Tanyalah Ustaz, Halaqah, Semanis Kurma dan Adik & Al-Quran.

TELEFILEM SKRIN DI 9 DI BULAN NOVEMBER 2011

CIK KIAH KOLE KACANG
2 November 2011, 8.30 malam
Lakonan: Noryanti Taib, Razak Ahmad, Ungku Ismail Aziz, Anna Syuhadah, Noorkhiriah Ahmad Shafie, Nur Heliza Helmi
Telefilem lucu dan komedi terbitan Special Appearance Sdn Bhd dan arahan Shahrulezad Mohameddin ini mengisahkan tentang Cik Kiah, seorang wanita awal 40-an, yang mempunyai perniagaan kuih kole kacang. Selain daripada pandai membuat kuih tradisional itu, Cik Kiah juga berminat dalam bidang perfileman dan drama tetapi perlu melupakan minat yang diimpikan. Suatu hari, Ecah, yang bekerja sebagai handyman di sebuah syarikat produksi dan juga merupakan anak Cik Kiah memberitahu ibunya yang syarikatnya ingin membuat pengambaran di sebelah utara tetapi tidak mempunyai caterer. Cik Kiah telah menawarkan diri untuk menyediakan makan dan minum produksi tersebut dan pada masa yang sama meneruskan impiannya melibatkan diri dalam bidang yang diminati.

Dari situ, Cik Kiah mula mempelajari ayat-ayat seperti ‘cut’, ‘action’ dan ‘wrap’. Sepanjang pengambaran itu juga, Cik Kiah mula perasaan ada sesuatu yang tidak kena di dalam syarikat produksi tersebut. Antaranya skandal antara Encik Madon, penerbit filem dan juga pelakon utamanya Anabella, yang mempunyai paras rupa yang cantik tetapi tidak tahu berlakon. Keadaaan bertambah buruk dengan kehadiran Lobo Jeng Jeng Jeng, pengarah terkenal dengan panas baran dan baru keluar dari hospital mental. Akibat masalah yang menimpa syarikat tersebut, pengambaran dihentikan. Cik Kiah nekad untuk menyambung drama yang terbengkalai dengan menggunakan anak-anaknya dan krew-krew producksi sebagai pelakon sehinggalah drama itu berjaya disiapkan. Berjayakah Cik Kiah menguruskan menyambung semula pengambaraan tersebut dengan hanya berpandukan impian dan minatnya?

KEKASIH AWAL DAN AKHIR
9 November 2011, 8.30 malam
Lakonan: Aaron Aziz, Fauziah Ghous, Siti Saleha
Nama Aaron Aziz semakin melonjak dipesada seni dan diminati ramai. Dan buat pertama kalinya, beliau telah mengarahkan telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd. ‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Gous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri. Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad mengahwini Akhirah dan akhirnya setelah tiga tahun berlalu, Akhirah mengandung.

Bak kata pepatah, sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan Akhirah sudah tidak seperti dahulu lagi.

SI TUDUNG TWEET
16 November 2011, 8.30 malam
Lakonan: Liyana Jasmay, Izzue Islam, Natasha Hudson, Juliana Evans, Afiq Muiz

Telefilem menarik arahan Ghaz Abu Bakar ini mengisahkan tentang kehidupan pelajar di kolej yang inginkan perhatian. Zubaidah merupakan seorang pelajar kolej yang sanggup membuat apa sahaja supaya mendapat perhatian ramai. Liyana Jasmay yang memegang watak Zubaidah, berasa iri hati terhadap Marissa, lakonan Juliana Evans, yang dianggap saingannya. Marissa merupakan bukan sahaja bijak dari segi komunikasi dan penampilan, malahan ramai gadis di kolej ingin menjadi sepertinya dan menganggapnya sebagai idola.

Situasi ini membuatkan Zubaidah bertambah iri hati dan bertindak mencetuskan spekulasi di laman sosial terhadap Marissa. Apatah lagi ramai jejaka yang ingin menjadi teman Marissa. Pelbagai perubahan dilakukan oleh Zubaidah untuk menyaingi Marissa sehinggalah suatu hari, Zubaidah melakukan sesuatu yang tidak diduga semasa menghadiri kuliah pengajian Islam dan mendapat perhatian ramai! Telefilem mesti tonton ini pastinya menghiburkan anda seisi keluarga.

TONGKAH ARUS DOSA
23 November 2011, 8.30 malam
Lakonan: Syed Hussien dan Fathia Latiff
Jalan penceritaan yang baik, ditambah pula dengan nilai-nilai positif seperti kasih sayang, cinta dan keinsafan, membuatkan tele filem ’Tongkah Arus Dosa’ arahan daripada pengarah berpengalaman, Fairuz Loy menjadikannya sangat menarik. Ianya mengisahkan tentang seorang ustaz muda yang disegani iaitu Ustaz Faris, Ustaz Faris amat menyanjungi Tok Imam Amin, yang mengendalikan Rumah Qaseh yang merupakan sebuah rumah kebajikan untuk anak yatim dan mereka yang pernah melakukan kesilapan. Di situ, Ustaz Faris berkenalan dengan Fathia. Fathia merupakan seorang bekas GRO yang pernah ditipu dan kini telah bertaubat dan pulang ke pangkal jalan. Keikhlasan Fathia untuk menuju ke jalan keinsafan membuatkan Ustaz Faris berusaha membimbingnya.

Suatu hari, Fathia bertanya kepada Ustaz Faris samada dia sanggup menerima dirinya sebagai isteri? Ustaz Faris terdiam dengan soalan itu dan ini membuatkan Fathia berasa malu dan enggan bertemu dengan Ustaz Faris selepas itu. Ustaz Faris pula berasakan dirinya tidak lengkap bila tidak berjumpa dengan Fathia. Akhirnya Ustaz Faris mengambil keputusan untuk mengahwini Fathia. Namun, keputusannya tidak dipersetujui oleh penduduk kampung terutamanya keluarga Ustaz Faris sendiri. Pelbagai tohmahan diterima oleh Ustaz Faris. Bagaimana kesudahannya? Apa pula terjadi kepada Fathia?

BEDAH TONG GAS
30 November 2011, 8.30 malam
Lakonan: Norkhiriah Ahmad Shapie (Pelakon Wanita Terbaik Drama ASK 2010) Shanie dan Bell Ngasri.
Telefilem hasil Zeel Productions Sdn Bhd di bawah arahan Nazir Jamaludin ini menyuntik banyak elemen komedi dan pada masa yang sama turut diselit unsur kasih sayang. Ianya bermula dengan Bedah berusia 27 tahun. Dia menjalankan perniagaan menjual tong gas di kampungnya. Selain membuka kedai, dia turut mempromosikan tong gasnya menerusi laman blog www.bedahtonggas.blogspot.com serta facebook, menggunakan nama ‘Bedah Cun’.

Bedah sering diganggu oleh pemuda-pemuda yang menjadi rakan facebooknya. Dia akan membuang nama-nama pemuda yang sering mengganggunya menerusi facebook. Malahan Bedah pernah mogok menutup kedainya selama seminggu dan membuatkan penduduk kampung yang kehabisan gas terpaksa masak menggunakan kayu api.

Pemuda yang sering mengganggu bedah termasuklah Zamri, anak Lebai Kulop, dan Ucop. Mereka pernah menyamar menjadi pemuda kaya dan berkenalan dengan Bedah dalam facebook. Bukan itu sahaja, mereka sanggup menelefon Bedah tengah malam dan memberitahu kedainya meletup! Tanpa diketahui orang, Bedah telah jatuh cinta dengan bapa Zamri, iaitu Lebai Kulop menerusi facebook. Suatu hari Lebai Kulop memberitahu hasratnya untuk mengahwini Bedah. Ini mebuatkan Zamri berasa amat terkejut. Adakah Zamri juga menaruh harapan terhadap Bedah, dan sebab itulah dia sering mengusik Bedah?

Izzue Islam - Pelakon Tudung Tweet

Pelakon Si Tudung Tweet

Liyana Jasmay - Pelakon Tudung Tweet

Liyana Jasmay – Pelakon Tudung Tweet

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hidangan Menarik Aidiladha 2011 Di RTM

Rating Hit Red FM