in ,

Sinopsis Telefilem Miang Buluh Keladi Birah

Slot Tribute P.Ramlee : Telefilem “Miang Buluh Keladi Birah” Arahan Bade Hj Azmi di TV1

Telefilem diinspirasikan daripada tajuk lagu Itulah Sayang yang dipopularkan oleh Tan Sri P. Ramlee berganding suara dengan seniwati Normadiah diadaptasikan ke telefilem bertajuk “Miang Buluh Keladi Birah” oleh pengarah tersohor, Bade Hj Azmi.

Drama komedi mengambil tempat mengisi slot yang mula mendapat perhatian ramai, Tribute P. Ramlee menerusi saluran TV1 pada 18 November depan, jam 9.00 malam ini mengisahkan Anisah lakonan Wan Nor Azlin, seorang penulis skrip kematian suami sejak tujuh tahun lalu, mula berasa bosan tinggal di bandar dan berhasrat mahu kembali ke kampung halamannya. Anisah dapat merasakan situasi di perkampungan nelayan itu lebih tenang buatnya untuk menghasilkan skrip bermutu. Lalu perkara itu diluahkan kepada anak tunggalnya, Daniel (Hanis Kamal Bakar). Daniel menyokong penuh hasratnya mahu berhijrah pulang ke kampung. Apatahlagi kepulangan Anisah ke kampung dapat menjaga tanah dan rumah pusaka keluarganya yang lama ditinggalkan.

TELEFILEM MIANG BULUH KELADI BIRAH

Di kampung, Anisah tinggal berjiran dengan Jalal, seorang duda yang memiliki anak gadis bernama Fara. Setelah beberapa bulan di sana, Anisah dan Jalal mula menjalin hubungan mesra hingga satu hari Jalal meluahkan hasrat mahu memperisterikan Anisah.

Bagaimanapun niat mereka untuk berkahwin ditentang hebat oleh anak masing-masing, Daniel dan Fara. Sejak awal Anisah dan Daniel sampai ke kampung lagi Fara sudah menganggap Daniel seperti musuh. Apatahlagi sebagai pelajar dari Kuala Lumpur, Daniel mudah menjadi perhatian ramai terutama pelajar perempuan termasuklah Mariam, teman sekolah Fara.

Sebenarnya Fara cemburukan Daniel kerana sejak kehadiran lelaki itu, dirinya mula diabaikan guru-guru di sekolah yang sebelum ini menganggap Fara adalah pelajar harapan untuk mengharumkan nama sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebaliknya mereka mula menamakan Daniel sebagai palajar harapan.

Dalam pada itu, Daniel pula menyimpan hasrat mahu bersahabat dengan Fara. Oleh kerana Fara kurang senang dengan Daniel, Mariam mengusik Fara sukakan Daniel. Kurang senang dengan usikkan itu, Fara mendesak Daniel supaya menafikan khabar angin tersebut. Sebaliknya Daniel hanya membalasnya dengan senyuman.

Satu hari keadaan menjadi kecoh apabila Mariam memberitahu dia melihat Jalal dan Anisah begitu mesra. Fara yang malu terus menyerang Daniel dengan mendakwa yang Anisah sengaja menggoda Jalal kerana Fara kenal siapa ayahnya yang sejak kematian ibunya enggan berkahwin lain kerana sayangkan Fara.

Tidak puas hati dengan cerita Mariam, masing-masing meminta kepastian daripada Jalal dan Anisah. Apabila Jalal dan Anisah mengaku yang mereka saling menyayangi, hubungan Daniel dan Fara semakin meruncing. Fara menuduh Anisah macam keladi birah – gatal. Manakala Daniel yang geram Fara menghina ibunya turut menuduh yang Jalal miang macam rebung buluh.

Lalu bagaimanakah kesudahannya bila satu hari Jalal dilanggar motorsikal dan mengalami kecederaan. Ketika itu dia amat memerlukan perhatian daripada seorang wanita untuk menguruskan pergerakan sehariannya. Mampukah Fara berkorban perasaan untuk melepaskan ayahnya untuk berkahwin dengan Anisah?

Nantikan banyak lagi telefilem menarik mengisi slot sama selepas ini termasuklah Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Osman Ali); Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman); Jodoh Kita (Ismail Yaacob); Titisan Kasih (Rashid Sibir); Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah); Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Eirma Fatima) mengisi slot sama menampilkan pengarah-pengarah terkenal tanah air yang akan berentap untuk menghasilkan karya terbaik mereka pada Malam Anugerah P.Ramlee dijangka berlangsung tahun depan.

Penghasilan 10 telefilem mengisi slot Tribute P.Ramlee memaparkan plot cerita dan tajuk yang diolah daripada tajuk lagu dan senikata lagu yang pernah dicipta dan dinyanyikan legenda perfileman negara itu.

hanis kamal bakar pegang watak Daniel

hanis kamal bakar pegang watak Daniel

Cinta Anisah dan Jalal dihalang oleh anak masing-masing

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Keputusan Pemenang Anugerah Skrin 2012

Celebrity Marriage Kevin Jonas & Danielle Delease