in ,

Sinopsis Teater MUZIKAL MAK CUN

Teater muzikal Mak Cun yang akan mula dipentaskan di Panggung Sari, IB dari 14 hingga 22 November ini dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Datin Seri Umie Aida, Nora Danish, Balqis Samundur Khan, Betty Rahmad, Ungku Ismail Aziz, Dafi serta Erma sendiri.

Masih mengekalkan barisan pelakon sama termasuk dirinya yang juga bertindak sebagai pengarah, Erma menjelaskan jalan cerita teater akan mudah difahami tanpa mengelirukan sesiapa terutama mereka yang tidak pernah menonton drama bersirinya.

Selepas teater, Erma akan kembali berkarya untuk drama bersiri Mak Cun bagi musim kedua dan juga versi filemnya.

Sinopsis Teater MUZIKAL MAK CUN

Mok Cun semakin bersemangat untuk memasarkan bedak sejuknya ke persada dunia. Mok Cun mula menyedari bahawa pengalamannya sebelum ini ke Spain dan Bangkok mengajarnya bahawa pentingnya bahasa Inggeris. Lalu Mok Cun memaksa Pak Akob untuk membuka kelas bahasa Inggeris kepada semua orang kampung yang mahu menjadi usahawan, namun tidak semudah yang disangkakan.

Satu hari, kampung Kokdiang gempar dengan kepulangan Aton bersama kekasih barunya Justin, seorang lelaki mat saleh. Mok Cun terkejut Aton bawak balik lelaki mat saleh nak kenalkan pada Mok Cun untuk jadi menantu. Orang kampung mengutuk Mok Cun belajar bahasa Inggeris kononnya kerana nak bercakap dengan bakal menantu mat salehnya itu.

Seorang pegawai MARA, Encik Haidar turun ke kampung Kokdiang bersama Meor pegawai pemasaran MARA. Mereka mendapat tahu bahawa kampung Kokdiang ini dipenuhi dengan peniaga-peniaga yang mampu dibantu untuk menjadi usahawan desa yang berjaya. Mereka cuba memberi motivasi kepada penduduk kampung itu.

Haidar digelar ‘abang sado’ dan menjadi kegilaan anak-anak muda dikampung itu terutamanya Manisah kerana ‘ke-sado-annya’. Manisah terus mengubah selera kepada anak ikan pula. Berebut-rebutlah Manisah dengan beberapa orang kampung disitu untuk menambat hati abang sado itu termasuklah Atul.

Hmmmmm…bertambah kecohlah suasana kampung dengan konflik-konflik ini…

Mungkinkah Mak Cun akan menerima Justin?

Dan siapakah pilihan hati Abang sado?

Sinopsis Teater MUZIKAL MAK CUN

Dengan harga tiket yang dilihat cukup berpatutan iaitu RM36, RM76, RM86, RM106 dan RM156, memang tidak mustahil untuk teater ini mencatatkan kejayaan luar biasa kelak. Tiket-tiket boleh mula dibeli bermula 26 Oktober ini menerusi laman web, redtix.airasia.com.

PELAKON
Erma Fatima, Umie Aida, Dato Rahim Razali, Balkisyh, Nora Danish, Ungku Ismail Aziz, Dafi, Betty Rahmad

Jom ramai-ramai nonton Mak Cun di Istana Budaya dari 14 hingga 22 November 2015.

Tiket dijual pada harga RM36 – RM156

Tiket boleh didapati di kaunter Boxoffice @ Istana Budaya atau terus beli online @ http://redtix.airasia.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Ada Pada Malam Mesra MACP 2015

Konsert Satu Suara Vol 2 di Istana Budaya