Peminat Vijay Sethpathi teruja apabila filem terbarunya Maharaja ditayangkan di skrin besar. Filem thriller aksi berbahasa Tamil itu muncul sebagai filem Tamil dengan kutipan tertinggi 2024 dan mengumpul sejumlah besar wang di box office.
Kini, selepas hampir sebulan tayangan teaternya, filem itu menuju ke OTT. Filem Maharaja arahan Vijay Sethupathi kini mempunyai tarikh tayangan OTT dan kami mempunyai semua butiran tentang pelakon, plot dan banyak lagi.
Filem thriller Tamil ini diarahkan oleh Nithilan Swaminathan, yang menulis dialog bersama Raam Murali. Filem ini mempunyai hujung minggu pembukaan tertinggi untuk filem Tamil pada tahun 2024.
Filem ini telah ditayangkan perdana di Los Angeles pada 28 Jun selepas ia dipilih sebagai salah satu pilihan malam penutup di Festival Filem India Los Angeles. Berikut ialah semua butiran filem Maharaja arahan Vijay Sethupathi dan keluaran OTTnya.
Maharaja mengaut INR 4.7 crore pada hari pembukaannya. Ia melepasi tanda INR 80 crore di box office di seluruh dunia dalam tempoh sepuluh hari selepas tayangannya dan mengumpul sejumlah INR 81.8 crore. Jika anda terlepas menonton filem itu di teater, kini anda boleh menonton filem Maharaja arahan Vijay Sethupathi di OTT dari keselesaan rumah anda.
Tarikh keluaran OTT Maharaja
Maharaja telah dikeluarkan di seluruh dunia pada 14 Jun untuk ulasan positif. Pada mulanya, pembuat merancang untuk mengeluarkannya pada Mei 2024 tetapi mengalihkan tarikh itu kepada Jun atas sebab yang tidak ditentukan. Hak penstriman digital filem itu diperoleh oleh Netflix dan hak satelit diperoleh oleh Star Vijay. Maharaja kini akan ditayangkan di Netflix pada 12 Julai 2024.
Temui barisan pelakon filem Maharaja
Vijay Sethupathi dilihat sebagai Maharaja dalam filem itu. Pelakon juga termasuk Anurag Kashyap sebagai Selvam, Sachana Namidass sebagai Jyothi, Mamta Mohandas sebagai Aasifa, Natarajan Subramaniam sebagai Inspektor S, Varadharajan, Abhirami sebagai Kokila, Divya Bharathi sebagai Selvi, isteri Maharaja, Singampuli sebagai Nallasivam, Aruldoss R. , Munishkanth sebagai Konstabel Kuzhandhaivelu, Vinod Sagar sebagai Sabari, Manikandan sebagai Dhana, Kaalaiyan sebagai Kaunselor Karunakaran. Filem ini turut dibintangi oleh Kalki, P. L. Thenappan, Saravana Subbiah, Vetrivel Raja, Bharathiraja, Mohan Raman, Poovaiyar, Lizzie Antony, Poster Nandakumar, Sangeetha V, Supergood Subramani, Mullai Arasi dan Baby Shynika dalam watak sokongan.
Apakah plot filem Maharaja arahan Vijay Sethupathi?
Maharaja tinggal bersama anak perempuannya, Jyothi di Chennai. Jyothi berjaya bertahan dalam kemalangan zaman kanak-kanak yang teruk apabila dia dilindungi oleh tong sampah logam. Bapa-anak perempuan itu kemudian menamakan tong sampah “Lakshmi” kerana kasih sayang dan antropomorfismanya.
Suatu hari, Maharaja tiba di balai polis tempatan untuk melaporkan bahawa Lakshmi telah dirompak. Walaupun polis pada mulanya menolak kes itu, mereka akhirnya memutuskan untuk meneliti perkara itu apabila Maharaja menjanjikan mereka rasuah sebanyak INR 5 lakh untuk mencari pesalah.
(SPOILER ALERT!)
- Ada 3 orang perompak yang suka pecah masuk rumah orang. Dah la rompak, mereka juga rogol dan bunuh. Amat kejam. Perompak ini diketuai oleh Selvam.
- Selvam suka collect barang-barang dari rumah yang dirompaknya. Barang tu dijadikan hadiah untuk anaknya, Ammu. Di sebalik diri dia sebagai seorang penjenayah, Selvam rupanya seorang Family Man. Sangat sayang isteri dan anaknya Ammu itu.
- Satu hari, Selvam nak hadiahkan kalung emas untuk anaknya Ammu itu. Selvam dah plan nak buat majlis kenduri khas untuk anaknya itu. Dia ajak kawan-kawan dan jirannya semua rewang.
- Bini Selvam suruh Selvam trim sikit jambang, misai, janggut. Sebab Selvam nampak serabut. Lalu, Selvam pun pergi la ke kedai saloon yang diuruskan oleh Maharaja. Di saloon itu, mesin gunting rambut Maharaja habis bateri. Selvam suruh la Maharaja pergi beli bateri baru.
- Masa tu, Selvam dapat call dari kawan dia. Rompakan yang mereka buat tu, masuk berita semua. Jadi, kawan dia panik. Selvam pun suruh bertenang, nanti dia kasi settle. Perbualan ini didengari secara tak sengaja oleh Maharaja.
- Selvam pun balik ke rumah. Hati dia tak sedap. Lepas tu, kalung emas yang dia belikan tu tiba-tiba tak ada.
- Rupa-rupanya, kalung emas tu tertinggal di saloon Maharaja. Maharaja pun berniat nak pulangkan balik kalung emas tu kepada Selvam.
- Secara kebetulan, masa Maharaja datang ke rumah Selvam, polis pun datang sekali, nak tangkap Selvam dan konco-konconya. Kantoi segala jenayah Selvam pada isterinya. Isteri Selvam malu. Isteri Selvam rela suaminya masuk penjara.
- Selvam masuk penjara. Maharaja, isteri, dan anak nya, melawat la isteri Selvam dan anak Selvam di rumah Selvam. Niat Maharaja, nak pulangkan kalung emas yang sepatutnya jadi hadiah untuk anak Selvam tu. Tapi, isteri Selvam enggan terima, sebab malu dan kesal dengan perbuatan jenayah Selvam.
- Isteri Maharaja suruh Maharaja beli hadiah lain, untuk bagi ole ole pada anak Selvam si Ammu tu. Maharaja pun pergi kedai depan. Tiba-tiba, ada lori langgar rumah Selvam. Semua mati kecuali sorang budak yang terselamat dilindungi oleh tong sampah logam. Budak itu adalah Ammu (anak Selvam)!
15 TAHUN KEMUDIAN…
Ammu bukan sekadar anak angkat Maharaja, tetapi dah macam anak kandung Maharaja dah. Ammu dinamakan sebagai Jothi. Punya sayang giler Maharaja pada Jothi. Kasih bapa mengatasi segalanya.
Selvam keluar penjara. Selvam aim nak balas dendam kat Maharaja. Dia bawak 2 konco dia, pecah masuk rumah Maharaja. Tetapi, Jothi baru balik dari acara olahraga. Jothi diserang oleh Selvam dan 2 konco tersebut! Separuh mati dikerjakan! Sebab Selvam pukul Jothi dengan sangat brutal! Malah, yang ada lekuk di belakang badan, telah rogol Jothi.
Maharaja yang baru balik dari beli kasut sukan Jothi, amat sedih dengan tragedi ini. Dia bawak Jothi ke hospital, dapatkan rawatan. Tong sampah bernama Lakshmi juga menemani Jothi di wad.
Dan bermulalah misi di mana Maharaja nak cari 3 Jahanam tersebut. Tu yang Maharaja buat laporan polis palsu, konon konon nak cari Lakshmi yang hilang. Sebenarnya, dia cuma nak hint dari polis supaya dia dapat jejak 3 Jahanam itu je.
Polis yang tolong Maharaja pun, akhirnya sama sama komplot dengan Maharaja dalam misi balas dendam nya itu. Sehingga membawa kepada konfrontasi antara Maharaja Vs Selvam.
Sehingga lah penyesalan Selvam tak berkesudahan di mana selama ini dia tak tahu pun yang Maharaja lah yang jaga dan membesarkan Ammu (anak dia sendiri) sepanjang dia di penjara 15 tahun tu!
Yes, Ammu Vs Selvam. Kita ingat Jothi tu anak Maharaja. Tetapi, Jothi adalah Ammu! Ammu pulangkan kalung emas, dan dia menyesal ada bapak bernama Selvam. Selvam pun mati dalam penuh penyesalan!
Sekian. ✌️💪💯
Ditulis oleh:
Faiz Akmal Mfa
Peminat filem India.
Ini Ulasan dari Facebook:
Aku rasa puas hati, puas hati selepas tonton filem ni. Aku boleh katakan filem Tamil terbaik untuk setakat yang pernah aku tonton selama aku hidup ni. Cukup segala²nya. Rasa bersalah kalau aku tak recommendkan kepada semua peminat² filem dari India waima peminat yang tak layan langsung filem² dari India ni.
KIFARAH is real guys, what you give you get back! Apa yang kau kerjakan sepanjang hidup kau, kau tutuplah segala kekotoran dan dosa yang kau buat tu, sampai masa nanti kau akan dapat balik apa yang pernah kau kerjakan pada masa lampau. Filem ni banyak layer dan apabila dicantumkan semua sekali baru kita akan faham apakah yang dimaksudkan dengan ‘LAKSHMI’ yang dikatakan hilang oleh seorang ‘BAPA’ yang hatinya begitu mulia & sanggup melakukan apa sahaja demi ‘LAKSHMI’ yang merupakan mahkota hidupnya itu. Terbaik bak hang filem ni, cukup segala rempah ratus walaupun banyak fragment² flashback & yang paling aku terkejut adalah geng² sakai Polis tu. Di sebalik korupsi geng² sakai Polis tu, mereka dah tahu segala²nya dan berlakon secara selamba demi sang BAPA yang terpaksa berbohong demi membalas dendam terhadap puteri kesayangannya. Aku siap standing ovation, keluar air mata, & tepuk tangan tadi masa scene klimaks tu. Aku tak boleh brain macam mana punya genius si pengkarya filem agung ni dapat menghasilkan filem terbaik & layak digelar Masterpiece ni.
Aku akan repeat balik tonton filem ni, wajib repeat balik ni. 😅. Filem ni kalau overated pun memang dah kena pada tempatnya sebab ia memang layak. Tak ke gitu guys? Filem ni tak perlu dikomen lebih² sebab it speak itself & aku rasa ramai yang sependapat dengan aku.