Sinopsis Filem Threads Of Destiny
Kisahnya berkisar tentang “ benang merah takdir “ yang menghubungkan semula sepasang remaja bernama Mei dan Atsushi dan suka duka yang mereka harungi ketika di sekolah menengah.
Cinta mula berputik bila Atsushi meluahkan perasaannya pada Mei semasa lawatan ke Nagasaki bersama rakan-rakan mereka, Taka, Mia, Yuri, Natsu,Mitsu dan Sara. Mei dan Atsushi menyedari ada banyak persamaan di antara mereka dan ia kelihatan seperti satu kebetulan.
Mereka berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu pada 29 Februari 1992. Mereka juga tidak menyangka bahawa mereka telah dipertemukan ketika mereka menyambut harijadi yang ke 8. Bagaikan terikat oleh takdir dan mereka semakin intim. Â
Takdir tidak mengenal baik buruknya. Pendedahan tentang kehidupan masa silam Atsushi menjadikan hubungan mereka menjadi renggang.
Bermula dengan penceraian ibu bapa Mei, diikuti dengan kehilangan sahabat baiknya, masalah ketagihan dadah dan keganasan terhadap dirinya menjadi cabaran dalam hubungan mereka. Bagi meleraikan kekusutan yang melanda dirinya, Mei berpegang teguh dan percaya yang takdir akan menemukannya semula dengan cinta sejati. Â
Filem ini akan ditayangkan di pawagam tempatan pada 23 April 2009.     Â
Genre: Romantik/Kisah cinta   Â
Pengarah : Shousuke Murakami
Pelakon : Nao Minamisawa, Junpei Mizobata   Â
Bahasa Jepun
Klasifikasi 13PG
Durasi 106 minit
Laman Web Rasmi http://www.akai-ito.jp