in ,

Sinopsis Panggilan 10 Zulhijjah

SINOPSIS PANGGILAN 10 ZULHIJJAH

Hasrat dan niat Pak Majid dan Mak Biah untuk ke tanah suci untuk menunaikan haji masih belum kesampaian. Walaupun mempunyai sedikit simpanan tetapi simpanan tersebut masih belum mencukupi. Dengan hanya berniaga pisang goreng agak sukar untuk mereka berdua menunaikan hasrat mereka tambahan pula apabila mereka berdua terpaksa menyara salah seorang anak lelaki bujang mereka (Zaki) yang tidak bekerja.

Kerana memikirkan usianya yang semakin meningkat, Pak Majid mengambil keputusan untuk menjual tanahnya dan wang hasil penjualan tanah tersebut akan digunakan untuk menunaikan haji dan selebihnya akan dibahagikan sama rata kepada semua anak-anaknya.

Pak Majid dan Mak Biah bersepakat untuk merahsiakan penjualan tanah tersebut daripada pengetahuan semua anak-anaknya kecuali anak bongsunya iaitu Zarina untuk mengelakkan perebutan dan tuduh menuduh di antara anak-anaknya lebih-lebih lagi anaknya yang tinggal di Kuala Lumpur iaitu Zahari dan Zahani.

Zarina terpaksa merelakan keputusan Pak Majid walaupun dia merasa terkilan dan sedih kerana itulah satu-satunya harta yang dimiliki oleh Pak Majid dan Mak Biah ada selain tapak rumah yang didiami sekarang.

PANGGILAN 10 ZULHIJJAH - RADEN PICTURES SDN BHD (2)

Namun niat suci Pak Majid menjual tanahnya menimbulkan salah sangka terhadap Zahari apabila dia merasa tercabar apabila Pak Majid merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuannya lebih-lebih lagi sebagai anak sulong, dia berhak untuk mengetahuinya. Zahani juga turut merasa tercabar dan menuduh Zarina yang memaksa Pak Majid menjual tanah dan wang tersebut akan digunakan untuk majlis perkahwinannya nanti.

Zahari dan Zahani bersepakat untuk menuntut hak mereka daripada Pak Majid wang hasil daripada penjualan tanah tersebut. Mereka langsung tidak bertanyakan tujuan sebenar Pak Majid menjual tanah tersebut. Apa yang penting bagi mereka adalah mereka mesti mendapatkan hak mereka dan dibahagikan sama rata. Zahani juga turut menghasut Zaki agar Zaki menuntut haknya.

Hampir setiap hari Zahari atau Zahani bergilir-gilir menghubungi Pak Majid atau Mak Biah untuk bertanyakan wang tersebut. Mereka berdua bersepakat tidak akan pulang ke kampung menemui Pak Majid dan Mak Biah selagi mereka tidak mendapat wang tersebut. Disebabkan kerana wang, hampir setiap hari Mak Biah mengalirkan air mata mengenangkan sikap anak-anaknya yang hilang rasa hormat terhadapnya begitu juga dengan Pak Majid. Hati Pak Majid semakin tidak tenang untuk ke tanah suci apabila melihat sikap anak-anaknya. Dia mula merasa bimbang dan risau untuk meninggalkan anak-anaknya apabila dia dan Mak Biah ke tanah suci nanti.

Nak tahu dengan lebih lanjut kisah ini, jangan lupa tonton drama ini.

PANGGILAN 10 ZULHIJJAH - RADEN PICTURES SDN BHD (3)

PANGGILAN 10 ZULHIJJAH - RADEN PICTURES SDN BHD

WATAK DAN PERWATAKAN

1. PAK MAJID – Dato’ Rahim Razali

Berusia pertengahan 50an mencari rezeki dengan berniaga pisang goreng bersama-sama isterinya. Seorang yang tabah dan tidak kenal erti berputus asa walaupun sentiasa diuji dengan berbagai kerenah serta sikap anak-anaknya yang terlalu mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan perasaannya. Tidak menunjukkan kesedihan dan kekecewaan di depan anak-anaknya.

Pak Majid juga seorang yang sentiasa nampak kemas (sentiasa memakai kopiah di kepalanya), bertanggungjawab, bercakap dengan nada yang sopan dan bersifat lemah lembut dan jarang menunjukkan kemarahannya. Amat disenangi oleh jiran-jirannya. Dia juga tidak sanggup membiarkan isterinya bersusah payah mencari rezeki (berniaga) seorang diri tanpa bantuan bersamanya.

2. MAK BIAH – Arifah Damanhuri

Berusia awal 50an membantu suaminya mencari rezeki dengan berniaga pisang goreng. Sama seperti suaminya iaitu seorang yang tabah dan tidak kenal erti berputus asa walaupun diujui dengan berbagai kerenah dan sikap anak-anaknya terhadapnya.

Seorang ibu yang penyayang dan mudah menitiskan air mata setiap kali bercakap tentang anak-anaknya. Cuba sedaya upaya untuk menunaikan keinginan dan permintaan anak-anaknya. Sentiasa berlembut dan tidak pernah meninggikan suaranya apabila bercakap.

3. ZARINA – Ngasriah Nasri

Berusia pertengahan 20an seorang guru di sekolah rendah. Anak bongsu dalam keluarga dan tinggal bersama orang tuanya. Sudah bertunang. Seorang anak yang memahami perasaan kedua ibu bapanya dan cuba berusaha untuk menunaikan impian orang tuanya untuk ke tanah suci. Walaupun nampak lemah lembut tetapi tegas apabila berhadapan dengan adik beradiknya yang cuba mengambil kesempatan ke atas kedua ibu bapanya.

4. ZAHARI – Azhan Rani

Berusia lewat 30an bekerja dan tinggal di Kuala Lumpur. Walaupun sudah lama berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan anak. Mempunyai seorang isteri yang lemah lembut dan mendengar kata. Merupakan anak sulong dalam keluarganya. Pentingkan diri sendiri dan jarang mengambil tahu tentang keluarganya di kampung. Lebih pentingkan wang daripada perasaan kedua ibu bapanya.

5. ZAHANI – Amyza Adnan

Berusia pertengahan 30an, tidak bekerja (surirumah) dan tinggal di Kuala Lumpur kerana mengikuti suaminya bekerja di sana. Mempunyai seorang anak prempuan berumur 9 tahun). Perangai dan sikapnya sama dengan Zahari yang pentingkan diri. Walaupun hanya surirumah sepenuh masa tetapi sentiasa ingin nampak cantik dan bergaya. Sentiasa mahukan suami mendengar kata-katanya sehinggakan suami langsung tidak boleh membuat keputusan.

3. ZAKI (lewat 20 an)- Mohd Shukri (Juvana)

Berusia 20an tidak bekerja kerana terlalu memilih kerja. Suka menghabiskan masa di kedai-kedai kopi bersama-sama kawannya. Mengharapkan duit daripada orang tuanya dan juga adik bongsunya (Zarina) untuk perbelanjaan dirinya. Penampilan sentiasa nampak kusut dan tidak terurus. Mudah terpengaruh dengan hasutan dan kata-kata adik beradik dan juga kawan-kawannya.

NOTA: LOKASI PENGGAMBARAN DI KUALA LUMPUR & MERU, KLANG

KREDIT TITLE PANGGILAN 10 ZULHIJJAH

PRODUCTION TEAM

Pengarah
Heykal Hanifah

Penolong Pengarah/Konti
Norehan Haji Yakob

Pengurus Produksi
Zalle Jainan

Jurusolek
Effa Basri

Pembantu Jurusolek
Shasha Othman

Propmaster
Muhamad Fardlee (Paktam)

Propman 1
Mohd Azhar (Capunk)

Propman 2
Muhamad Asraf

Jurugegas
Wan Arifin

Pembantu Produksi
Nursyaida Anuar

TENIKAL DEPARTMENT

Kameraman
Mohd Jufri Ayob

Assist.Kamera
Muhammad Muhaimi Md Noh

Lightingman
Mokhairul Syamnizar Mokhtar

Audioman
Johar Adlan Joharudin

Asst Lighting
Zul Kamaruzaman Md Yasin

PELAKON-PELAKON/WATAK
Dato Rahim Razali -Pak Majid
Aripah Damanhuri – Mak Biah
Azhan Rani – Zahari
Amyza Aznan – Zahani
Shukri Yahaya – Achik/Zaki
Anne Ngasri – Adik/Zarina
Talha Harith -Faiz
Juita Johari – Maya
Azman Nor -Farid
Ustaz Nazri -Haji Darus
Norehan Haji Yakob -Hajah kamariah

DI BANTU OLEH
Mohammad Musa Yusof
Muhaidah Marjan
Melor Jais
Norliza Yusof
Ismail Yusof
Ahmad Subari Yusof
Haji Sailan Aimo
Mohd Suib Ismail
Nik Alias Hj Ufe Seman
Hisyam Hassan

Akaun
Intan Nor Diana Amirrudin

Administrator
Intan Marina Mohd Azham

Admin Assistant
Zauyah binti Man
Mugunesary a/p Govinda raju

IT
Ieza Ismail
Nazri bin Bakar
Muhammad Nazif bin Jaafar
Zulkifli bin Kasri

Penghargaan

LOGO SENDAYU TINGGI

LOGO DESTINASIA TRAVEL

LOGO TABUNG HAJI

SPONSOR TUDUNG ANNE NGASRI
LOGO BAWAL EKSKLUSIF

SPONSOR BAJU ANNE
LOGO BUTIK MAMA

Lagu
Ampunkanlah Jiwa
Penyanyi Saleem
Album Menyayangimu
(kena letak cover album)

Lagu
Kasihnya Ibu
Penyanyi Najib Hanif

Terima Kasih Kepada
Finas
Profima
MVM Production Sdn.Bhd
Universal Music (M) Sdn.Bhd.
Warna Music (M) Sdn.Bhd.
Sekolah Kebangsaan Bukit Kapar.
Puan Hajah Rozita Ibrahim
Nurazlinda Z.A.
Pak Engku Abdul Rahman
En.Haji Aminuddin bin Ab.Rahman
En.Mohamad Ahyat bin Md Roslan
Puan Yuzanah bte Yusoff
En.Mokhtazar Ahmad
En. Dexter Koh
En.Ismail Abu
En.Jamal Mohd Salleh
En.Mohd Nor Bond
En.Mohamad Naquib Idris
Puan Amyza Aznan
En.Mohamad Musa
Puan Normah Yusof
Puan Juhana Fitriyah bte Saidigon
Puan Rosmah bte Bani
En.Asral bin Hj Said
En.Haji Mohd. Suid
Haji Sailan b. Aimo
En.Ahmad Subari b Yusof
Puan Siti Norisnizan bte Abu Samah
Puan Melor Jais
Puan Aliza Yakkub
Mohad Faiz bin Hamsani
Puan Rasidah Md.Ishak.
En.Mohamed Nazri bin Abdul Wahab

Katering
Katering Puan Jamaliah
Seikhlas Rasa Katering
Encik Jais Haji Yusof
Puan Ramlah Haji Ahmad
Encik Norman Haji Yusof
Puan Malianti Mastura

Pengangkutan
Farabie Transports

Pasca Produksi
MENTERA STUDIO

Penyunting Offline
Normalinie Jumut

Penyunting Online
Harlina Abdul Ghani

Peralatan
MENTERA STUDIO

Skrip
Zakinah AB Zarith

Penerbit Eksekutif
Zaitun Kassim

Pengarah
Heykal Hanifah

Terbitan
RADEN PICTURES SDN.BHD.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Tentang Dhia

Addy Ashraf Leeza Zin Dalam Drama 8 Bahagian