Muzikal OlaBola adalah kisah yang berlatarkan tahun 1980 ketika waktu ekonomi bergelora, tentang sekumpulan pemain bola sepak yang menghadapi kekalahan memalukan kerana ketidaksefahaman. Isu peribadi membuat mereka lemah menghadapi tekanan manakala pasukan mereka mula retak.
Mereka hanya mempunyai satu peluang untuk mencapai kegemilangan antarabangsa, dan pasukan berbilang budaya ini perlu menyelami diri untuk mengatasi dugaan dan bersatu demi negara. Tapi tanpa mereka ketahui, ujian terbesar meraka bakal mendatang, satu ujian yang akan membina atau menghancurkan semangat juang mereka berserta harapan dan aspirasi negara.
Satu pengajaran hebat dari masa lampau dan satu perutusan penuh harapan buat masa depan, OlaBola adalah sebuah kisah fiksyen berdasarkan peristiwa benar, yang menjemput kita untuk meraikan perbezaan dan bersatu sebagai sebuah negara dengan matlamat yang sama. Perjalanan kalah menjadi menang ini mengingatkan kita bahawa terdapat keindahan dalam kepelbagaian dan kekuatan dalam perpaduan. Kita mungkin akan mendapat ilham untuk terus bertahan dan berjuang demi impian di dalam negara kita yang cukup permai, Malaysia.
Muzikal OlaBola akan dipersembahkan dalam bentuk rap dan hip-hop, dengan kerjasama kali pertama antara komposer dan penulis lirik Mia Palencia bersama penyanyi rap dan penulis lirik, Altimet, dua artis besar yang banyak memenangi anugerah dalam bidang masing-masing.
Saksikan penampilan julung kalinya Tiara Jacquelina sebagai Pengarah dalam Muzikal OlaBola. Produksi Tiara terkenal kerana menetapkan tanda aras baharu dan meningkatkan tahap industri teater tempatan, namun antara cabaran paling hebat buat beliau adalah untuk mencipta dan mengolah semula pengalaman ketika di stadium bola sepak yang dipenuhi 50,000 untuk dibawa ke atas pentas.
Mari saksikan salah satu kisah paling berinspirasi, dipersembahkan dalam pengalaman menarik, penuh tenaga dan dinamik di Istana Budaya pada Februari 2018!