Sinopsis Long Khong 2
Panor (Napakpapah Nakprasit), seorang guru di pedalaman yang menggoda, mengimpikan kehidupan normal dan aman seperti orang lain di kampungnya. Namun, kecantikannya menjadi sumpahan terbesar kerana Panor menjadi kegilaan ramai pemuda. Guru-guru dan pelajar-pelajar lelaki di sekolahnya berusaha memikatnya menggunakan pelbagai ilmu hitam dan ubat pengasih bagi meraih perhatiannya. Bagi menghindari ancaman mereka yang tidak berkesudahan, Panor terpaksa membunuh Porn, seorang pawang tidak bermoral, yang kemudian membolehkannya memiliki Syaitan Tiga-Mata yang sangat berkuasa. Itu menyebabkan Sarjan Dit (Suppakorn Kitsuwan), rakan pawang tersebut yang juga seorang lelaki yang taksub dengan ilmu voodoo, muncul di dalam hidup Panor dengan hasrat untuk merampas Syaitan Tiga-Mata darinya.
Filem Penuh
Mengenai Produksi
Long Khong 2 telah diterbitkan oleh Five Star Production dan diedarkan di Malaysia oleh Grand Brilliance Sdn Bhd. Filem tersebut diarahkan dan diterbitkan bersama oleh Ronin Team, yang telah menghasilkan Art of the Devil 1 & 2 yang telah meraih kejayaan di seluruh dunia. Kumpulan ini dianggotai oleh Kongkiat Komesiri, Yossapong Phonsup, Puttipong Saisrikaew, Issara Nadee, Seree Phongnithi, Pasit Buranachan serta Aht Tramtragoon.
Filem ini ditulis oleh dua penulis skrip kumpulan berkenaan, Kongkiat Komesiri dan Yossapong Phonsup, yang telah membuktikan kebolehan mereka dalam penulisan skrip bagi banyak filem Thai. Pasit Buranachan ditugaskan untuk mengarahkan persembahan bersama-sama dengan Aht Tramtragoon. Rekaan produksi oleh Issara Nadee.
Trailer:
Menyentuh mengenai para pelakon, Napakpapah Nakprasit, Namo Tonggumnerd dan Sommart Praihiran dari filem asal, kembali memegang peranan masing-masing. Filem ini juga membariskan Suppakom Kitsuwan sebagai Sarjan Dit, seorang lelaki yang taksub dengan ilmu hitam. Penyanyi seksi Calorine Supalak Nemayothin turut mempamerkan lakonan sulungnya di sini. Pelakon-pelakon terkenal lain di dalam filem ini termasuk Paweena Sharifsakul, Theerayuth Prachyabamrung, Attakorn Suwanrat, Riamkham Samin serta Wattana Sapakit.
Aphiradee Iamphungphorn, Penerbit Eksekutif Five Star berkata, “Art of the Devil adalah salah satu dari francais kami yang paling laris, di Thailand dan juga pasaran antarabangsa. Kerana itu kami melihat satu lagi lanjutan filem yang berpotensi. Sudah tentu, yang menjadi sorotannya adalah babak-babak ngeri dan pertarungan kuasa ilmu hitam dalam filem. Plotnya juga penuh dengan kejutan – para penonton tidak akan dapat mengagak ke mana arah cerita ini seterusnya. Ianya lebih menarik dari filem-filem sebelumnya.”
Pasit Buranachan, yang bertanggungjawab dalam pengarahan persembahan, bercakap mengenai peranan utama, Panor. “Panor memaparkan tentang seorang wanita yang telah menjadi mangsa keadaan. Inti cerita ini sangat berkaitan dengan perkara-perkara buruk akibat dari nafsu berahi kaum lelaki yang tiada tepinya. Kisah hidup Panor sangat menarik kerana dia seorang mangsa keadaan yang terpaksa menjadi pembunuh. Kami berhasrat untuk mengikuti kisahnya kerana kami ingin tahu mengapa beliau terpaksa melalui karma yang sangat malang. Di dalam babak-babak ngeri, kami bergantung sepenuhnya kepada aksi langsung – bermakna kami cuba berfikir seperti seorang ahli sihir dan bukannya seperti seorang pakar kesan komputer. Filem ini menggunakan hanya sedikit kesan digital, kerana kami mahu setiap babak kelihatan realistik.”
Sebarang filem seram voodoo bergantung kepada kesan rekaan produksi bagi melahirkan rasa ngeri yang amat tinggi. Pengarah tersebut berkata lagi, “Kami mereka babak-babak seram dengan memesongkan aktiviti-aktiviti biasa kepada sesuatu yang jahat dan melanggar tatasusila. Sebagai contoh, terdapat satu babak mencabut paku di dalam filem asal. Sesiapa sahaja akan rasa dekat dengan situasi ini kerana kita semua biasa memaku dan sebenarnya terdapat ancaman terhadap perkara yang mudah ini. Itulah caranya kami cuba menimbulkan rasa bimbang di hati para penonton. Kami fokus kepada perasaan realistik, walaupun di dalam babak-babak melibatkan ilmu hitam.”
[tags]sinopsis long khong 2, produksi, Aphiradee Iamphungphorn, Napakpapah Nakprasit, Namo Tonggumnerd, Sommart Praihiran, Kongkiat Komesiri, Yossapong Phonsup, Puttipong Saisrikaew, Issara Nadee, Seree Phongnithi, Pasit Buranachan, Aht Tramtragoon, blogspot, carta era, cocok, era.fm, favourite, gambar, group, indonesia, ketahuan, kord gitar, kuala lumpur, kumpulan, kumpulan matta, lirk lagu, loghi, matta band, million, month, pacaran, video klip, views, youtubem, Advertorials, Azureus[/tags]