Sinopsis Ku Milikmu
Mengisahkan Iqbal dan Soraya yang kedua-duanya mempunyai latar belakang dari keluarga yang berada. Mereka mula mengenali di antara satu sama lain melalui internet di mana Soraya yang menjadi anak Malaysia bermastautin di Amerika Syarikat menakala Iqbal pula berada di Malaysia.
Iqbal mengenali Soraya dengan nama Kirana kerana Soraya menggungkan nama samaran tersebut di dalam internet. Perhubungan jarak jauh mereka ini telah berlarutan selama 2 tahun sehinggalah satu hari Soraya mahu pulang ke Malaysia untuk menguruskan cawangan syarikat milik familinya di samping ingin bertemu dengan Iqbal.
Iqbal terkenal dengan sikapnya yang sering berfoya-foya rasa teruja untuk bertemu Kirana buat pertama kalinya. Ketika berada di dalam kapal terbang dalam perjalanannya, Soraya terfikir untuk menguji sejauh manakah kejujuran Iqbal untuk mendapinginya bukan semata-mata kerana harta. Soraya menyuruh pembantu peribadinya yang bernama Anissa untuk menyamar menjadi dirinya untuk tempoh 3 bulan agar dirinya boleh melihat sendiri keikhlasan Iqbal. Anissa yang pada mulanya keberatan terpaksa akur dengan kehendak majikannya itu.
Setelah mengenali Kirana, ternyata Iqbal tidak menyukai sikap Kirana yang dianggapnya kasar dan tidak menepati ciri-ciri wanita pilihannya. Iqbal dapat merasakan pembantu Kirana iaitu Soraya lebih menarik dan bergaya. Setelah Iqbal mempertemukan Kirana dengan keluarganya, mereka mula berkenan dengan Kirana dan ingin mengambilnya sebagai menantu. Sebenarnya, bapa Iqbal iaitu Datuk Hussien mempunyai agenda tersembunyi untuk menjodohkan Kirana dengan Iqbal untuk kepentingannya perniagaan memandangkan bapa Kirana, Syed Muzaffar merupakan jutawan di Amerika Syarikat.
Iqbal mula berasa tersepit untuk meneruskan hubungan bersama Kirana memandangkan hatinya menafikan kewujudan Kirana namun desakan keluarganya membuatkannya dalam keliru. Manakala Soraya pula sudah mula memendam persaan terhadap Iqbal dan dalam pada masa yang sama Anissa juga sudah mula menyukai keperibadian Iqbal. Adakah Anissa akan bertarung dengan perasaannya atau dia redha melepaskan Iqbal kepada Soraya yang terkenal dengan sikap materialistik dan gemar berfoya-foya?
Saksikan kesudahan cerita ini setiap hari Selasa jam 9 malam di TV3.
[tags]sinopsis drama kumilikmu, akhir, penamat, cerita, cinta, sms, mms, greetings, birthday artis, horoscope, numerology[/tags]