in , ,

Sinopsis Kisah Drama Romantik Komedi Popular Korea True Beauty di TV2

Memenuhi citarasa penggemar siri Korea yang memiliki pengikutnya tersendiri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadirkan tayangan drama genre romantik komedi popular dengan tajuk “True Beauty” mulai 25 Oktober ini, setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 8.00 malam di TV2.

Siri 16 episod ini menceritakan tentang watak utamanya iaitu seorang pelajar sekolah bernama Im Ju Kyung. Sejak kecil dia selalu merasa penampilannya tidak menarik selalu menjadi bahan buli oleh keluarga dan temannya. 

Ketika dia sudah mulai remaja, Ju Kyung menutup wajah asalnya dengan make-up. Semuanya bermula sejak dia mula mengikuti video tutorial di media sosial. Apatahlagi dia sememangnya mahu menutup wajahnya yang sebenar. Sejak itu dia sentiasa bersolek tebal sebelum keluar dari rumah atau pun mahu bertemu dengan sesiapa sahaja. Ju Kyung gembira kerana mampu mengubah dirinya menjadi gadis yang sangat cantik.

Kisah Drama Romantik Komedi Popular Korea True Beauty di TV2

Kawan-kawan sekolahnya begitu memuji perubahan itu dan memanggilnya dengan gelaran ‘dewi’. Namun dia tidak pernah membiarkan seorang pun daripada mereka melihat wajah asalnya karena takut akan kembali diejek.

Malangnya satu hari rahsia besarnya itu terbongkar apabila wajah asalnya telah dilihat oleh teman sekelasnya yang sangat tampan, popular, dan misteri iaitu Lee Su Ho.  Dia mula risau Su Ho akan membongkar rahsianya kecantikan palsunya itu.  

Su Ho sangat popular dalam kalangan pelajar perempuan di sekolah. Namun sebaliknya Su Ho bencikan perhatian tersebut dan seringkali menjauhkan diri daripada mereka. malah dia juga tidak bergaul dengan rakan-rakan sekelasnya.

Kisah Drama Romantik Komedi Popular Korea True Beauty di TV2

Hakikatnya dia memiliki ketakutannya tersendiri, dan menyimpan rahsia silamnya tentang kejadian tragis di masa lalu yang telah menghantuinya sejak lama. Kejadian itu membuat Su Ho menjauhkan diri daripada sahabatnya, Seo Jun. 

Satu kejadian berlaku dan sejak itu mereka mula bersahabat. Apatahlagi masing-masing menyimpan rahsia yang tidak ingin diketahui oleh orang lain. Nantikan kesudahannya di TV2 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

QUEENDOM FEST

Zamaera Umum Queendom Fest Festival Muzik Wanita Pertama di Malaysia

ELLA

Ella Salur Sebahagian Hasil Konsert di Pulau Pinang Untuk Penduduk Gaza