in ,

Sinopsis Geng Kampung Pisang Lakonan AG Hot FM

Sempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, TV3 dengan tema ‘Seindah Ramadan’ mempersembahkan pelbagai rancangan menarik termasuklah drama buat tontonan umum. Geng Kampung Pisang akan menceriakan malam Sabtu dan Ahad para penonton, mulai 13 Julai lalu.

Geng Kampung Pisang arahan sutradara Amie Maziah dan terbitan Suhan Movies pula disiarkan pada setiap hari Ahad jam 10.00 malam sebanyak 4 episod. Membariskan Anding, AG, Hairi Safwan, Sari Yanti, Idzham Ismail dan Heri Aszmo, ia berkisar mengenai permusuhan di antara AG Hot FM dengan Hairi yang bermula sejak mereka masih kecil dan berlarutan sehingga kedua-duanya dewasa.

[dropcap]K[/dropcap]edua-duanya menjadi ketua samseng bagi kumpulan masing-masing. Kenakalan dua kanak-kanak ini sememangnya memeningkan guru-guru. Murid-murid lain sangat takut kepada kumpulan ini terutamanya Chemey, seorang kanak-kanak yang baik dan pendiam tetapi kuat menangis. Kerana sifatnya ini, Chemey selalu dibuli oleh AG dan Hairi. Bagaimanapun, Sari Yanti selalu membela dan menyelamatkan Chemey kerana bapa Sari Yanti, Cikgu Deraman mengajar di sekolah tersebut.

Geng Kampung Pisang (5)

Chemey jatuh cinta terhadap Sari Yanti dan berhasrat untuk berkahwin dengannya. Dengan berani, Chemey berjumpa Cikgu Deraman untuk melamar Sari Yanti. Cikgu Deraman hanya ketawa mendengar lamaran kanak-kanak berusia sepuluh tahun. Tawa Cikgu Deraman menjadi cabaran kepada Chemey untuk memiliki Sari Yanti pada satu hari nanti.

10 tahun berlalu, Chemey dan Sari Yanti meningkat dewasa. Bagaimanapun, Sari Yanti terpaksa tinggal di bandar manakala Chemey masih di kampung, dia menjadi pemuda yang rajin dan mempunyai cita-cita untuk mengubah nasib keluarganya. Suatu hari, Chemey mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur. Pada waktu yang sama, AG dan Hairi dewasa dengan sikap malas, memilih pekerjaan dan suka beragan menjadi kaya.

Kepulangan Sari Yanti untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya bersama keluarga di kampung menjadi kemuncak persengketaan AG dan Hairi. Dengan kejelitaan Sari Yanti, masing-masing jatuh cinta dan berhasrat memiliki Sari Yanti. Siapakah di antara mereka yang akan berjaya?

Geng Kampung Pisang pada hari Ahad jam 10.00 malam. Jika terlepas menyaksikan dua drama ini di televisyen, penonton juga boleh menonton menerusi ‘catch-up TV’ menggunakan komputer, telefon pintar atau tablet dengan melayari portal www.tonton.com.my pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Geng Kampung Pisang (2)

Geng Kampung Pisang (3)

Geng Kampung Pisang (6)

Geng Kampung Pisang (8)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Betul Ke Isteri Pertama Ashraf Muslim Luah Rasa Kecewa di Facebook?

Drama OMG Ohsem Music Group Lakonan Black