in ,

Sinopsis Filem Zoo

SINOPSIS FILEM ZOO LAKONAN LAN PET PET DAN LISA SURIHANI

Zoo merupakan sebuah filem komedi fantasi. Ia mengisahkan seorang jejaka bernama Lan yang mempunyai minat mendalam terhadap haiwan. Sikapnya yang ‘gila-gila’ membawa padah kepada dirinya apabila sering diberhentikan kerja.

Pada suatu hari, ketika sedang menjual minuman di hadapan zoo, Lan secara tidak sengaja telah menyertai satu sesi temuduga yang dikendalikan pengurus zoo, Encik Din. Lan mendapat jawatan tersebut. Dari saat itulah bermulalah kisah Lan bersama haiwan-haiwan di zoo sebagai pengawal keselamatan. Lan telah diperkenalkan kepada seorang pekerja di situ iaitu Shila.

Menurut Shila, ramal pengawal di zoo telah lari selepas semalaman bekerja. Mereka mendakwa haiwan di zoo boleh bercakap tetapi Shila sendiri tidak mempercayainya. Lan yang mendengar cerita daripada Shila bukan sahaja tidak mempercayainya malah telah mentertawalkannya. Pelbagai insiden lucu berlaku pada hari pertama rondaan Lan di zoo tersebut.

Lan sendiri melihat haiwan-haiwan seperti singa, gajah, zirafah, monyet dan sebagainya bercakap dan menegur Lan. Lan demam keesokan harinya. Lan menceritakan perkara itu kepada Shila dan Encik Din tetapi mereka tidak mempercayainya. Begitu juga dengan Encik Osman yang turut bekerja di zoo tidak mempercayai kata-kata Lan.

Osman pula pandai membodek Encik Din dan berlagak seperti pekerja yang baik dan boleh dipercayai. Pada suatu hari, zoo tersebut kecoh dengan kes kehilangan haiwan-haiwan eksotik.

Osman yang terkenal dengan sikap yang tidak disenangi telah menuduh Lan bersubahat dengan penjenayah mencuri haiwan-haiwan tersebut. Encik Din yang percaya dengan semua tuduhan Osman itu telah memberikan surat amaran kepada Lan. Lan telah meminta pertolongan haiwan-haiwan tersebut untuk membuktikannya tidak bersalah.

Menerusi siasatan yang dibuat oleh Lan dan haiwan-haiwan di zoo, mereka mendapati sindiket diketuai oleh Rain dan dibantu oleh Bad telah menyeludup haiwan-haiwan itu keluar dengan bantuan orang dalaman. Lan telah menamakan beberapa suspek yang dicurigai tetapi tiada bukti kukuh untuk menuduh mereka. Selang beberapa hari, zoo menjadi lebih kecoh apabila lebih banyak haiwan telah dicuri.

Adakah Lan dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah tepat dakwaan Lan terhadap suspek-suspek tersebut? Bagaimanakah haiwan-haiwan itu dan Lan sendiri dapat membantu antara satu sama lain?

Saksikan Zoo untuk mengetahui kesudahannya…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Malam Nada Biru Bersama Atilia, Noryn Aziz & Mujik Majik

Drama Korea Gourmet Lakonan Kim Rae Won, Nam Sang Mi di 8TV