Selepas filem SUMOLAH, penonton tempatan akan dihidangkan satu lagi naskah arahan Shuhaimi Baba, Waris Jari Hantu pada 31 Mei ini. Teruja atau tidak? Saya rasa filem ini antara yang dinantikan pengemar filem mistik kerana ada keunikan yang tersendiri. Yang menarik pada saya ialah watak Rusdi Ramli agak mencabar sedikit kerana terpaksa berlakon sebagai seorang khunsa (lelaki lembut).
Memang agak sukar untuk menghidupkan watak yang seorang lelaki tetapi naluri sebenarnya wanita. Saya percaya dengan pengalaman berlakon sebelum ini menjadikan lakonan Rusdi kali ini lebih mantap. Apa reaksi penonton? Sudah tentu akan menghiburkan kerana lazimnya penonton akan ketawa melihat gelagat Mat Kepit atau Mat Patah ini. Tunggu sahaja filem ini pada 31 Mei nanti!
Syarikat Penerbit :
Pesona Pictures Sdn. Bhd. & Grand Brilliance Sdn. Bhd.
Penerbit :
Shuhaimi Baba
Penerbit Eksekutif :
Aida Fitri Buyong
Mohd Mahyidin Mustakim
Penerbit Bersama :
Aida Fitri Buyong
Ibrahim Elias
Kavita Sidhu
Pengarah: Shuhaimi Baba
Lakon layar: Shuhaimi Baba
Cerita: Shuhaimi Baba & Halina Abdul Samad
Pelakon Utama:
Maya Karin sebagai Tina
Rusdi Ramli sebagai Ari
Azean Irdawaty sebagai Tok Wan Rimau
Pelakon Pembantu:
Nanu sebagai Kasma
Liza Othman sebagai Mak Hayati
Kavita Sidhu sebagai Ira
Zahim Albakri sebagai Joe
Riezman Khuzaimi sebagai Roslan
Rashid Salleh sebagai Ah Meng
Zaidi Omar sebagai Pak Ngah Jalal
Dang Suria sebagai Fara
Krew:
Pengarah Fotografi : Mohd Filus Bin Ghazali
Penyunting : Kamarudin Abu
Pengarah Seni : Aida Fitri Buyong
Pengarah Seni : Kamarul Nizam Bin Abdul Rahman
Pereka Bunyi : Grenville
Pereka Bunyi : Ibrahim Elias
Pengurus Produksi : Halina Abdul Samad
Pereka Produksi : Khairul Anuar Saidin
Jurusolek Artis : Dee Hasnan
Pereka Kostum : Dee Hasnan
Kategori : Filem Cereka
Bahasa : Bahasa Melayu
Genre : Misteri, Ngeri
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 31 Mei 2007
Durasi : 110 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
Layari laman web rasmi: http://www.warisjarihantu.com/
Sinopsis Filem Waris Jari Hantu:
Tina dan Ari berkawan baik, dan bersaudara dengan Tok Wan Rimau, penjaga harimau saka keluarga Tina, yang sedang mencari waris perempuan untuk menurunkan ilmu sakanya. Tok Wan dan harimau saka melindungi keluarganya dan Pekan Mendekar dari bahaya. Ari sering diejek oleh penduduk kampung dengan gelaran “Mat Kepit” atau “Mat Patah”. Walaupun begitu, Tina setia berada di sisi Ari, malah menyimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Ari, dan berharap akan berkahwin dengannya satu hari nanti. Ari memendam rasa luka yang mendalam disebabkan ejekan-ejekan itu, lantas menyembunyikan dirinya untuk melupakan realiti yang pahit melalui persahabatannya dengan Tina. Walaupun dihalang keras oleh keluarga, ternyata Tina pilih Tok Wan untuk menjadi pewaris saka. Sehinggalah Ari yang sayangkan Tina menawarkan dirinya menjadi pengganti.
Foto-foto dari Filem Waris Jari Hantu: