in , ,

Sinopsis Filem SUPERBIKE THE MOVIE Lakonan Kamal Adli

Filem mengenai permotoran antara genre yang agak diminati dan kerap mendapat sambutan penonton. Maka dengan itu, Storyfarm Post telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan sebuah filem permotoran berjudul Superbike The Movie.

Bunyi macam ribut… pergi berdezupp dezupppp…

Pengarahnya, Wan Saiful Shahrizan Wan Nawi atau Shah berkata, filem arahannya itu sudah siap pada tahun 2015, namun kini ia baru berpeluang untuk ditayangkan kepada penonton.

“Filem ini sudah lima tahun dalam simpanan, ia mengambil masa yang lama kerana ada beberapa aspek teknikal yang perlu diperhalusi iaitu keadaan jerebu yang dialami semasa penggambaran.

“Jadi, pihak kami mengambil inisiatif untuk mengurangkan penampakan jerebu itu dengan menggunakan khidmat pakar dari India,”

– Wan Saiful Shahrizan
Filem SUPERBIKE THE MOVIE

Bercerita lebih lanjut tentang pembikinan filem berkenaan, ia berlangsung selama 22 hari di lokasi seperti Litar Sepang serta beberapa jalan berselekoh yang sememangnya menjadi kegemaran penunggang Superbike.

Dalam pada itu, mengenai pemilihan pelakon pula, Shah menyatakan setiap pelakon itu dilihat berkemampuan membawakan watak yang dikehendaki.

“Setiap pelakon mempunyai karektor seperti Kamal Adli yang mampu membawakan watak komedi dan serius, manakala Shiqin Kamal pula seorang yang berperwatakan lasak, meskipun nampak lembut.

“Tidak ketinggalan kami turut menggunakan khidmat Hamid Gurkha sebagai salah seorang pelakon dan kami lihat beliau mempunyai tarikan tersendiri,”

– Wan Saiful Shahrizan
Filem SUPERBIKE THE MOVIE

Memandangkan Superbike The Movie merupakan filem pertama arahannya, Shah berharap ia mampu memberi input positif kepada penonton, terutama yang meminati sukan permotoran.

“Apa yang dipaparkan dalam filem ini adalah sebahagian daripada situasi sebenar yang dilalui oleh sesebuah kumpulan permotoran,”

– Wan Saiful Shahrizan
Filem SUPERBIKE THE MOVIE

Dalam pada itu, Shiqin Kamal selaku salah satu teraju utama filem ini menyatakan watak yang dibawakannya agak berbeza dengan filem lakonannya sebelum ini.

Ujarnya, dia belum pernah lagi memegang watak seorang gadis yang lasak dan perlu berambut pendek untuk menjayakan watak yang dibawakannya.

“Sebelum ini saya memang tidak pernah bawa motor, apatah lagi bawa motor berkuasa tinggi seperti Superbike.

“Jadi, apabila diberi peluang untuk membintangi filem ini, saya rasa sukar untuk tolak dan jalan ceritanya juga sangat menarik,”

– Shiqin Kamal
Filem SUPERBIKE THE MOVIE

Malah, pelakon itu juga menyatakan cabaran tersendiri yang terpaksa dilalui apabila perlu memakai racing suit.

“Bayangkan ketika penggambaran saya perlu sentiasa memakai racing suit memandangkan 80 peratus babak memerlukan saya memakainya.

“Memang badan berpeluh dan melekit, namun saya anggap ia satu cabaran tersendiri dan sangat seronok terbabit dalam filem ini,”

– Shiqin Kamal

Biarpun ia sebuah filem komedi, Shiqin berharap supaya penonton melihat mesej yang cuba disampaikan terutama dari sudut positif.

Filem Superbike The Movie akan ditayangkan di saluran Astro First bermula pada 23 Julai ini.

Filem SUPERBIKE THE MOVIE

SINOPSIS

Cerita mengenai sekumpulan penunggang superbike diketuai BUGIS, seorang kaki baca novel cinta. Menggelarkan kumpulan mereka sebagai PIRATE BIKERS, cerita ini mengenai kehidupan seharian mereka. Berlumba di jalanan, kejar-mengejar, berkonvoi, kena saman polis sudah menjadi asam garam dalam kehidupan mereka.  

Pertemuan secara tak sengaja dengan PAK HAMID telah menemukan BUGIS dengan ILYA. Bagaimanapun, sebelum itu PIRATE BIKERS terlebih dulu diajar PAK HAMID kerana suka berlumba dijalanan, bukan dilitar yang disediakan. PAK HAMID telah mengalahkan mereka dalam perjalanan ke Lemang Toki. Dalam masa sama, kemesraan antara PAK HAMID dan ILYA disalah anggap BUGIS. BUGIS menyangka PAK HAMID adalah sugar daddy kepada ILYA hingga sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit untuk ILYA. 

BARISAN PELAKON

KAMAL ADLI                                   – BUGIS

SHIQIN KAMAL                               – ILYA

ZUL HANDYBLACK                       – AJAK                     

HAMID GURKHA                            – PAK HAMID

PELAKON PEMBANTU

FIZO OMAR                                      – AERON

MIA AHMAD                                     – MIZA

ABAM BOCEY                                 – PENJUAL ROTI

MIKAEL ANDRE                             – POLIS

JOE BUGIS                                      – ABANG JOE

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Apple Watch & iPhone 11 dengan Mengundi di JOOX Malaysia Top Music Awards

Team Up With Mirriad And Unicef To Create An Uplifting New Video For ‘Say Something’