Sinopsis Filem SEPI Arahan Khabir Bhatia Skrip Mira Mustapha & Ara

Sinopsis Filem Sepi
Jalan menemui kebahagiaan tidak selalunya mudah. Untuk Adam, Sufi dan Imaan,  sepi terlebih dulu menjengah hati mereka. Sepi membuat mereka mencari cinta, memilih cinta, dan menggengam cinta. Sepilah mengajar mereka erti cinta.

Adam seorang chef yang berjaya, dan kek perkahwinannya sering menjadi idaman pengantin. Dia sentiasa menghadiri majlis majlis perkahwinan – tanpa pasangan. Walau sentiasa dikelilingi teman-teman, Adam rasa tersendiri. Walau sentiasa kelihatan ceria, hatinya tercari-cari. Dia inginkan seseorang untuk berkongsi bahagia. 

Tapi mungkinlah cinta yang dicari, telah lama berada di depannya?

Sufi & Marya

Setelah kematian isterinya, Sufi terbeban dengan memori. Hatinya yang kosong enggan meneruskan hidup tanpa kekasih hati. Dia berlari – menjauhkan diri dari realiti kehidupan, kerjaya, malah anaknya sendiri. Tidak terbayang olehnya cinta akan menjenguknya lagi. Bukankah cinta datang hanya sekali dalam hidup?

Imaan kecewa bila pementasan teater nukilannya tidak diambil serius oleh pelakon utamanya, Ean. Imaan bencikan Ean, tapi tanpa disedarinya, Ean berjaya mencuri hatinya. Benci berubah menjadi bibit cinta. Tapi Imaan sudah berpunya. Hatinya tersepit antara kasih pada dua lelaki yang begitu penting dalam hidupnya. Akhirnya, cinta memaksa Imaan memilih.  
 
Tiga kisah yang berbeza, terikat dalam satu desitini.

Tonton Filem ini yang akan ditayangkan di seluruh pawagam mulai 26 Jun 2008.

Antara babak-babak menarik dalam filem SEPI.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Klip Sampai Syurga Aku Muzik Kamu Faizal Tahir

Sekitar Majlis Pelancaran Program Istana Budaya Jun – Disember 2008