SAUS KACANG menceritakan kisah perjalanan Dewi (Bunga Citra Lestari) yang berkerja sebagai Chef de Cuisine di sebuah hotel bintang lima di Bandar peranginan Bali. Di awal filem; Dewi telah mengalami pengalaman putus cinta setelah di tinggalkan oleh kekasihnya. Dewi memerlukan masa yang agak lama untuk mengubati luka di hati lalu memberi tumpuan dan komitmen terhadap kerjayanya. Gadis Bali itu takut untuk memulakan kisah cinta yang baru. Lima tahun kini berlalu, dan Dewi kini mempunyai sikap yang lebih optimis menghadapi hidup tetapi masih berhati-hati dalam soal percintaan.
Sehingga satu hari, di hotel tempat Dewi berkerja muncul seorang tetamu dan pelancong dari Malaysia yang memiliki sikap resah, panas baran, kuat mengadu dan tidak mempedulikan hal ehwal orang sekelilingnya. Jejaka tersebut ialah Fredo (Ashraf Sinclair). Pertemuan pertama dengan Fredo menjadi igauan dan mimpi buruk bagi Dewi. Kalau sebelum ini Dewi berpegang kepada terus kepada slogan ‘tak ada tamu yang tak bisa dihadapi’ ; tetapi kali ini tetamu yang dihadapi diibaratkan seperti “bak seekor singa liar yang sukar dijinakkan”.
Setiap pekerja hotel yang pernah menjadi mangsa sikap panas baran Fredo berkonspirasi memberi pengajaran yang tidak dapat dilupakan kepadanya. Apabila dilaksanakan rancangannya; ianya menjadi di luar kawalan selepas Fredo di biarkan berkeliaran seorang diri sewaktu sambutan malam Hari Raya Nyepi kaum masyarakat Bali.
Dihantui perasaan bersalah maka Dewi mencari Fredo. Ketika keduanya bertemu, mereka ditahan kerana berada di luar rumah di hari raya Nyepi. Maka kedua-duanya terpaksa menjalani hukuman untuk membersihkan perkarangan kawasan bandar Bali selama beberapa hari. Percaturan kedua pasangan ini ;yang diibaratkan seperti air dan minyak; bermula..Hubungan yang pada mulanya diselubungi perasaan saling membenci dengan secara perlahan-lahan bertukar menjadi sebuah percintaan.
Dari seorang jejaka yang panas baran juga tidak mempedulikan perasaan orang disekelilingnya, Fredo kini berubah kepada seorang yang sabar dan tenang. Dalam kehebatan dan keasyikan percintaan yang bersemi diantara Fredo dan Dewi; tiba-tiba muncul bekas tunang Fredo yang pernah meninggalkannya yang berazam untuk memiliki semula hati Fredo.
Bagaimana kisah Dewi dan Fredo selanjutnya. Saksikan kesudahan kisah cinta pasangan yang dilakonkan oleh pasangan suami isteri ini di pawagam berdekatan anda dari 19 Mac nanti.