PERAHU KERTAS
Director : Hanung Bramantyo
Producer : Chand Parwez Servia
Putut Widjanarko
Running Time : 108 mins
Cinema released date : 29th November 2012
Cast:
Maudy Ayunda – Kugy
Adipati Dolken – Keenan
Reza Rahadian – Remi
Elyzia Mulachela – Luhde
Kimberly Ryder – Wanda
Sylvia Fully R – Noni
Fauzan Smith – Eko
Tio Pakusadewo – Pak Wayan
Ben Kasyafani – Karel
Marsha Natika – Ami
Synopsis Filem Perahu Kertas:
[dropcap]F[/dropcap]ilem ini diadaptasi dari novel berjudul “Perahu Kertas†karya Dewi Dee Lestari. Perahu Kertas mengisahkan pasang surut hubungan dua remaja, iaitu Kugy (Maudy Ayunda) dan Keenan (Adipati Dolken). Kisah bermula ketika mereka berdua belajar bersama di Bandung. Kugy, yang bercita-cita ingin menjadi penulis dongeng, kuliah di Fakulti Sastera.
[pullquote align=”right”]Dia punya kebiasaaan unik, iaitu suka membuat perahu kertas yang kemudian dihanyutkannya di sungai.[/pullquote]
Keenan, pelukis muda berbakat, dipaksa untuk kuliah di Fakulti Ekonomi oleh ayahnya. Bersama dengan sahabat Kugy sejak kecil, Noni (Sylvia Fully R), serta pacar Noni, iaitu Eko (Fauzan Smith), yang juga adalah sepupu Keenan, mereka berempat menjadi geng kompak. Dari yang semula saling mengagumi, Kugy dan Keenan diam-diam saling jatuh cinta. Tapi berbagai hal menghalangi mereka. Tak hanya itu, persahabatan Kugy dan Noni retak ketika Kugy, demi menjaga hatinya, tak datang pada pesta ulang tahun Noni yang diadakan di rumah Wanda.
Keenan akhirnya pergi ke rumah Pak Wayan (Tyo Pakusadewo), seorang pelukis teman lama Lena (Mama Keenan), sekaligus mentor Keenan melukis. Dalam suasana hati yang gundah, kreativiti melukis Keenan buntu. Luhde (Elyzia Mulachela), anak saudara Pak Wayan, berhasil mengembalikan semangat Keenan. Seorang kolektor langganan galeri Wayan bernama Remi (Reza Rahadian) menjadi pembeli pertama.
[dropcap]I[/dropcap]ngin cepat meninggalkan Bandung dan lingkungan lamanya, Kugy berjuang untuk lulus cepat. Setelah lulus, abang Kugy yang bernama Karel (Ben Kasyafani) membantu agar Kugy praktikal di pejabat iklan bernama AdVocaDo milik temannya, iaitu Remi. Prestasi kerja Kugy cemerlang, dan menarik perhatian Remi. Remi melihat sesuatu yang lain. Dia menyukai Kugy bukan hanya kerana idea-ideanya, tetapi juga semangat dan kualiti unik yang senantiasa terpancar dari Kugy. Dan akhirnya Remi harus mengakui bahawa dia mulai jatuh hati. Ketulusan Remi meluluhkan hati Kugy.
Kerana kondisi kesihatan ayahnya yang memburuk, Keenan terpaksa kembali ke Jakarta, menjalankan perusahaan keluarganya kerana tidak mempunyai pilihan lain. Pertemuan antara Kugy dan Keenan tidak dapat dielakkan. Bahkan empat sekawan ini bertemu lagi. Semuanya dengan keadaan yang berbeza. Dan kembali hati mereka diuji.
Sebuah kisah tentang hati, cinta dan kejujuran perasaan yang biasa terjadi di dalam sebuah persahabatan.
Perahu Kertas adalah sebuah filem drama Indonesia yang disutradarai oleh Hanung Bramantyo. Dia terpilih sebagai sutradara terbaik menerusi filem arahannya Brownies (2005) dan Get Married (2007). Filem ini diangkat dari sebuah novel berjudul “Perahu Kertas†karangan Dewi Dee Lestari.
Filem ini dibintangi oleh Maudy Ayunda, Adipati Dolken dan Reza Rahadian. Maudy Ayunda dan Adipati Dolken pernah membintangi sebuah filem berjudul Malaikat Tanpa Sayap. Reza Rahadian pernah terpilih sebagai aktor pendukung terbaik dalam filem Perempuan Berkalung Sorban. Selain itu, Reza Rahadian juga turut berlakon dalam filem Hafalan Shalat Delisa dan Test Pack bersama Acha Septriasa.
Perahu Kertas mengisahkan pasang surut hubungan persahabatan antara Kugy (Maudy Ayunda) dan Keenan (Adipati Dolken), bersama-sama rakan sahabat mereka yang lain. Kugy bercita-cita ingin menjadi seorang penulis dongeng. Keenan seorang pelukis muda berbakat. Perasaan mereka yang saling mengagumi tapi berbagai hal menghalang mereka untuk saling mengungkapkan perasaan.
Dalam suasana hati yang gundah, kreatifitas melukis Keenan buntu tapi semangat Keenan berhasil dikembalikan oleh Luhde (Elyzia Mulachela), keponakan Pak Wayan. Seorang kolektor langganan galeri Wayan bernama Remi (Reza Rahadian) menjadi pembeli pertama.
Kugy bekerja di biro iklan milik teman kakaknya, iaitu Remi. Prestasi kerja Kugy cemerlang, dan menarik perhatian Remi. Remi mulai jatuh hati dan ketulusan Remi meluluhkan hati Kugy. Keenan terpaksa kembali ke Jakarta untuk menjalankan perusahaan keluarganya kerana bapaknya sakit.
Seperti perahu kertas yang hanyut mengikuti arus, Kugy dan Keenan menjalani tuntutan hidup dan cita-cita sampai pertemuan yang tidak dapat dielakkan dan hati mereka kembali diuji.
Saksikan filem Perahu Kertas yang akan berlayar di pawagam pada 29 November 2012.