Mael Lambung (Zizan Razak) merupakan seorang penarik kereta yang cukup dikenali di Kuala Lumpur. Hidupnya mula berubah dan menjadi kelam kabut apabila bertemu dengan Maria (Juliana Evans) yang meminta pertolongan darinya untuk menyelamatkan diri daripada penjahat.
Pelarian mereka untuk menyelamatkan diri membawa Mael dan Maria ke Terengganu yang juga kampung halaman Mael. Rupa-rupanya Mael telah lama meninggalkan negeri kelahirannya ini kerana membawa diri.
Di kampung, Mael kembali bertemu dengan Rozie (Shenthy Feliziana), bekas kekasihnya yang kini telah bergelar tunangan kepada Tiger (Taiyudin Bakar). Konflik mula timbul apabila Tiger tidak menyenangi kepulangan Mael kerana cemburu dengan hubungan yang pernah terjalin di antara Mael dan Rozie sebelum ini.
Penjahat memburu Maria kerana mahukan mikrocip yang mengandungi maklumat tender projek kerajaan itu akhirnya dapat menjejaki mereka di Terengganu. Apakah yang berlaku seterusnya? Sama sama kita nantikan di pawagam.
Filem Mael Lambong yang akan ditayangkan bermula 21 Jun di 79 panggung seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.
Filem ini yang menjalani pengambaran di sekitar Kemaman, Terengganu dan Kuala Lumpur selama 25 hari, telah dibintangi oleh Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Juliana Evans dan memperkenalkan Shenthy Feliziana.
Trailer Filem Mael Lambong: