Filem Ayat-Ayat Cinta yang ditayangkan pada tahun 2008 lalu menjadi fenomena kerana julung-julung kalinya novel genre islami sebegitu diangkat ke layar lebar. Filem yang diangkat dari novelis terkenal indonesia, Habiburrahman El Shirazy mendapat kutipan box office sebanyak 13 juta USD daripada bajet produksi hanya 1.3 juta USD.
Ayat-Ayat Cinta menjadi filem kedua Indonesia yang dirakam di Mesir selepas Ketika Cinta Bertasbih. Tetapi kerja laju dari tim produksinya menjadikan filem ini ditayang setahun lebih awal dari filem Ketika Cinta Bertasbih.
Ayat-Ayat Cinta 2 diproduksi selama 50 hari. Proses rakaman dimulakan pada 5 Ogos 2017 di Gaza, Palestina. Selain di Gaza, Jakarta, Skotland, London, dan Budapest menjadi tempat penggembaran filem ini.
Bront Palarae dalam filem ini, memegang watak baru sebagai bekas askar Israel. Beliau dilihat aktif membintangi filem-filem dari luar (Indonesia) yang paling terbaru adalah filem Pengabdi Setan.
“Saya pun tak tahu, mungkin rezeki saya di situ. Lagipun, orang Malaysia dah banyak tak panggil saya sebab itu saya banyak buat cerita dari seberang. Kebetulan skrip mereka banyak yang menarik dan pelbagai watak baru yang saya terima. Saya rasa perkara ini membawa sesuatu yang baru dalam hidup saya,” ujarnya kepada tonton extra.
Filem drama Indonesia berjudul AYAT-AYAT CINTA 2 ini merupakan filem sekuel yang menceritakan tentang kisah lanjut dari filem pertamanya. Dalam filem kedua ini mengisahkan cerita Fahri Abdullah (Fedi Nuril) yang kini hidup sendiri di Edinburgh setelah kehilangan Aisha tujuh tahun lalu di mana pada masa itu Aisha menjadi sukarelawan di sempadan Gaza. Sejak saat itu juga, Fahri tidak pernah lagi mendapatkan khabar tentang Aisha dan Fahri terus menunggu dalam kesedihan.
Untuk mengubati kesedihannya itu, Fahri menyibukkan diri dengan menjadi seorang usahawan di Edinburgh bersama dengan pembantunya iaitu Hulusi (Pandji Pragiwaksono). Selain itu, Fahri juga terubat dengan kehadiran sahabat lamanya, Misbah (Arie Untung) yang ingin menumpang tinggal bersama dengannya.
Fahri juga seringkali berdepan dengan kerenah dan masalah jirannya iaitu Catarina (Dewi Irawan) yang sedang ada masalah dengan anak tirinya. Selain itu, Fahri berdepan dengan Keira McGills (Chelsea Islan) yang merupakan seorang pemain biola berbakat yang sangat benci dengan Fahri kerana mengganggap Fahri seorang pengganas yang telah menyebabkan kematian ayahnya dalam tragedi pengeboman di London.
Meskipun terdapat begitu banyak persoalan, Fahri tetap mencuba untuk terus menjalankan amanah Aisha agar dia dapat membantu orang-orang di sekelilingnya. Niat baik dari Fahri ini juga seringkali disalah ertikan dan membawanya ke persoalan yang lebih rumit dan membahayakan hidupnya.
Lalu kehidupan Fahri juga menjadi semakin rumit, ketika munculnya saudara Aisha yang bernama Hulya (Tatjana Saphira) yang kini telah tumbuh dewasa menjadi gadis cantik. Hulya yang orangnya sangat ceria dan dinamis tertarik hati kepada Fahri dan bersedia untuk menggantikan Aisha bagi hidup Fahri. Namun Fahri ragu untuk membuka hatinya kerana jika dia menerima Hulya maka sama saja dia menganggap Aisha sudah tiada, kerana setiap hari dan malam, Fahri berharap Aisha akan kembali muncul dalam kehidupannya.
Di saat semua mendukung Fahri untuk melanjutkan hidup bersama Hulyam termasuk Sabina (Dewi Sandra), seorang wanita terlantar berwajah cacat yang ditampung Fahri untuk tinggal bersama mereka. Sabina yang telah dianggap saudara bagi Fahri, ternyata tidak saja membantu mengurusi rumah Fahri, akan tetapi juga mampu membuat Fahri melanjutkan hidupnya. Lalu bagaimana kisah yang akan berlanjut?
Ikuti kisah selanjutnya dalam filem AYAT-AYAT CINTA 2 yang akan ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia mulai 11 Januari 2018.
This film is a continuation of the previous film storytelling Fahri Abdullah (Fedi Nuril) currently living in Edinburgh, alongside his assistant Hulusi (Pragiwaksono). Fahri had lost Democracy seven months ago, when Aisha volunteering in the Gaza Strip. Since then, Fahri never again heard about Aisha.
Fahri continued to wait in his sadness that whack his heart. He is trying to overcome grief with his strenuous as a lecturer and also a successful businessman in the city. Fahri was also working with the presence of Misbah (Arie Untung), his old friend, who wanted to stay with him aboard.
It is often faced with the question of Fahri neighbors. There is a grandmother of Jewish origin, Catarina (Goddess Irawan) who was having problems with her stepson. There’s also Keira McGills (Chelsea’s Icelandic) a talented violinist who hated Fahri, because it is considered as a terrorist who had caused the death of their father.
Fahri tried to continue running amanah Aisha so she could help the people around her. Goodwill Fahri is often even make wrong and dragging it to a more complicated issue and endanger his life. Life becomes more complicated when Fahri present Hulya (Tatjana Saphira) nephew of Aisha who has now grown into a beautiful girl. Hulya cheerful and dynamic, showing his interest in Fahri.
Hulya was willing to replace the role of Aisha in the life of Fahri. Fahri hesitate to open her heart to the presence of Hulya, it’s just the same she recognizing that Aisha had passed away. Fahri still hope, every night, Aisha reappeared in her life. All support her life continue along Hulya Fahri, including Sabina (Dewi Sandra) displaced women faced a flaw which accommodated Fahri to stay with them. Sabina who was already considered a brother by Fahri, it turns out that not only help maintain home Fahri, but also capable of continuing life.
Director: Guntur Soeharjanto
Producer: Manoj Punjabi
Casting: Fedi Nuril, Dewi Sandra, Chelsea Islan, Tatjana Saphira, Nur Fazura
Running Time: 125 Min
Genre: Drama
Release date: 8th January 2018
Country: Indonesia
Language: Indonesia
Youtube trailer link: https://youtu.be/oGWAN_WX2MY