in

Sinopsis Drama Wira Padang Pasir

SINOPSIS WIRA PADANG PASIR
Walau pun baru 6 bulan berada di Mesir, setiap inci bumi Ambia itu sudah dijelajahinya. Kebetulan kerjanya sebagai pengawal peribadi juga merangkap sebagai pemandu kepada duta Malaysia di Mesir, memang selalu ke sana ke mari. Setiap masa yang terluang juga diisi bersama anaknya dengan menikmati keindahan dan sejarah dahulu kala Mesir. Azmir ingin melupakan kekecewaan selepas rumah tangganya musnah kerana sikap materialistik isterinya yang begitu terdorong dengan bisik bisik ibunya sendiri.

Wira

Sebagai seorang anggota VAT69 yang kemudiannya diserap ke Unit Tindak Khas dan tugas akhirnya bersama PGK, Special Operations Force, bukanlah menjanjikan wang gaji yang beribu ringgit setiap bulan.

Bagi Azmir pengorbanannya kepada agama, bangsa dan negara itu lebih penting. Namun tidak kepada isterinya, Zila. Dia mahukan segala gala yang orang lain ada, akhirnya lari dengan lelaki lain. Azmir sudah menumpaskan ramai musuh negara, satu demi satu terbujur kaku terkena tembakan ‘sniper’nya. Perbuatan isterinya, lebih hebat dari tembakan sniper, hati, jantung dan jiwanya luluh hinggakan dia mengambil keputusan melepaskan jawatan dan membawa diri ke Mesir.

Di Mesir tiada apa yang perlu dfikirkan lagi oleh Azmir. Bekerja dengan Tuan Razlan sangat mudah dan menyeronokkan kerana Tuan Razlan, tidak menganggap Azmir sebagai pekerja di bawahnya, malah seperti keluarga sendiri. Ada rumah yang disediakan, untuk makan minum pula Tuan Razlan memang mempunyai tukang masak yang dibawa khas dari Malaysia. Anaknya Tina juga bersekolah di New Cairo bersama Farid anak Tuan Razlan. Jika tiada kerja rasmi, dia yang akan menghantar mereka ke sekolah. Jika tidak Hussein pemandu sebenar Tuan Razlan yang akan melakukannya.

Pada suatu hari semasa Hussein pergi mengambil Tina dan Farid di sekolah, dia tidak perasan ada lensa kamera sedang merakam gambarnya. Gambar di ambil dari beberapa sudut. Setelah gambar di ambil, pemilik kamera beredar dengan tergesa gesa. Tina dan Farid tergelak gelak masuk ke kereta. Hussein tersenyum melihat gelagat mereka. Hussein cuba bercakap bahasa Melayu dengan mereka dalam pelat Arab. Di balas pula oleh Tina dan Farid yang bercakap dalam bahasa Arab tetapi bunyi macam dialek Melayu.

Azmir dan Tuan Razlan pulang lebih awal dari yang dijangkakan. Perjalanan dari Sakkara cukup lancar dan mesyuarat Tuan Razlan pun habis agak awal. Azmir meminta kebenaran Tuan Razlan untuk pergi mengambil Tina dan Farid, kebetulan hari tersebut adalah hari lahir Tina. Azmir pergi membeli hadiah untuk Tina. Azmir ingin membuat kejutan kepada Tina kerana ini adalah kali pertama Tina menyambut ulang tahun kelahirannya di Mesir.

Wira

Tina dan Farid berbual di depan sekolah sementara menunggu kereta mereka sampai. Seorang perempuan berbangsa Arab memerhatikan mereka Kereta Husein melintasi di sekolah dan berhenti agak jauh ke hadapan. Farid dan Tina berlari dan membuka pintu belakang kereta, perempuan Arab mengikut dari belakang sambil melihat ke kiri dan kanan. Farid masuk dahulu dan diikuti oleh Tina. Farid tiba tiba tersedar itu bukan kereta mereka, walau pun nombor platnya sama. Dia tak jadi tetapi Tina tidak sempat kerana sudah dipegang oleh perempuan Arab yang juga masuk duduk di belakang.

Farid lari ke seberang jalan dan tidak menoleh ke belakang. Tina cuba menjerit tetapi perempuan Arab itu lebih cepat menekup mulutnya.Kereta itu meluncur laju. Perempuan Arab dan pemandu kereta itu berbincang samada mereka harus berpatah balik dan mencari Farid. PerempuanArab itu kemudiannya menelefon seseorang, dan diarahkan untuk terus balik. Seorang sudah memadai dan lebih memudahkan kerja mereka.

Azmir sampai dan ingin membuat kejutan dengan memberi hadiah yang sudah dibungkus. akhirnya dia keluar dan berdiri sambil meninjau . Azmir terperasaan seperti kelibat Farid seolah sedang menyorok nyorok.

Wira

Azmir pergi ke arah Farid. Kehadiran Azmir tak disedari Farid yang sedang duduk dalam ketakutan.

Kedutaan Malaysia di Giza gempar dengan berita pencolekan ini. Tuan Razlan menghubungi Malaysia. Sekeping nota dengan sekotak makanan segera yang diterima di kedutaan menyatakan mereka mahu membuat pertukaran. Tina akan dibebaskan apabila rakan mereka yang berada di penjara Malaysia dihantar balik ke Mesir. Cara pertukarannya akan diberitahu dari masa ke semasa melalui laman web. Kedutaan Malaysia cuma ada masa 72 jam untuk melakukannya. Setiap jam yang berlalu bermakna Tina semakin tersiksa.

Azmir tidak perlu menunggu keputusan dari kerajaan Malaysia. Segala pengalaman dan kepakarannya menggunakan teknologi canggih hari ini digunakannya untuk menjejaki kumpulan penjahat yang mencolek anaknya. Azmir menghilangkan diri dengan beberapa peralatan yang perlu. Dengan IP address laman web yang tersiar, Azmir sudah tahu di kawasan mana penjahat itu menyorok.

Aksi kejar mengejar berlaku di padang pasir sehinggalah pertarungan tenaga di antara ketua pengganas Mesir dan bekas PGK Malaysia. Kehebatan Azmir bertempur tanpa senjata memang tidak dapat di nafikan, ketua pengganas terkulai di tangannya. Azmir begitu bertenaga berlari mengejar unta yang melarikan Tina yang terikat di atasnya. Tina berjaya diselamatkan walaupun teruk disiksa.

Pengarah -Din CJ
Pelakun -Yank Kassim ,Tasha AF4, Jailani Abd.Ghani dan Zaitun Kassim
Undangan -Mak Jah , Adroa Abdullah dan Toupe Ali
Undangan Khas – Fizo dan Erra Fazira
Pelakun kanak kanak -Eiman Daniel bin Mohd Izham dan Nurnafiz Athira binti Nordin.

EGYPT lokasi di Alexanderiah, Tasik Fayyum, Cairo dan KL, Malaysia.

Wira

Wira

Wira

Wira

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Faizal Yusup Meninggal Dunia

Gambar Ifa Raziah di Party Masquerade Media Hiburan