THE HOURÂ MUSIM PERTAMA
Siri diiktiraf kritik, The Hour, dibintangi Dominic West (The Wire), bakalmengadakan tayangan perdana di Asia. Musim pertama akan ditayangkan di Sundance Channel pada 14 April 2013 pada jam 10pm di Astro b.yond (saluran 438), diikuti sejurusnya dengan musim kedua.
Dikarya oleh pemenang BAFTA, Abi Morgan (Sex Traffic, White Girl), The Hour adalah siri ‘thriller’ yang asli dan hangat berlatar belakangkan dunia kewartawanan televisyen pada tahun 1956. Siri ini telah dicalonkan untuk Anugerah Emmy, Golden Globe dan Anugerah BAFTA. Dominic West pula baru sahaja dianugerahkan gelaran Pelakon Terbaik oleh Broadcasting Press Guild.
Mendebarkan, penuh misteri dan ketegangan hangat, The Hour meneroka adegan belakang tabir bilik berita BBC di London yang tertumpu pada kehangatan cinta tiga segi yang penuh daya saing dan kepintaran minda. Dibintangi barisan bintang antarabangsa, drama ini memaparkan kehidupan peribadi, interaksi serta kedengkian impian di antara Freddie Lyon (Ben Whishaw, Bright Star), seorang wartawan penyiaran yang beraspirasi tetapi penuh hasad dengki; Bel Rowley (Romola Garai, calon anugerah Golden Globe 2012), penerbit ayu serta bercita-cita tinggi yang dicintai Freddie; dan Hector Madden (dilakonkan oleh Dominic West), musuh kacak Freddie serta watak utama pasukan berita BBC.
Sundance Channel HD menawarkan penonton pelbagai film independen, dokumentari dan program asli yang berkualiti tinggi dan menarik perhatian. Dimiliki dan dioperasikan oleh AMC Networks Inc., Sundance Channel berdedikasi kepada misi pengasas Robert Redford untuk meraikan kreativiti.
RINGKASAN EPISOD
Episod 1
Jun 1956. Dua kawan baik dan wartawan BBC Bel Rowley dan Freddie Lyon menghidu peluang mereka untuk menjadi sebahagian daripada program isu semasa baru di Lime Grove Studios. Namun, apabila temuduga Freddie semakin hampir, pertemuan tidak sengaja dengan seorang kenalan lama menyebabkan beliau mengejar satu berita yang menjerumuskannya ke dalam pengembaraan yang mendebarkan.
Episod 2
The Hour kini terkial-kial; penarafannya menurun, ulasan yang diterimanya teruk dan Hector serta Freddie berkelahi seperti kanak-kanak. Ketika suasana di Suez semakin panas, Bel tahu satu-satunya harapan mereka adalah dengan mengadakan satu wawancara dengan diplomat Mesir, tetapi mampukah Hector menggalas cabaran itu? Pada masa sama, Fredie menemui satu kod misteri, yang mungkin memberi petunjuk kepada kematian Ruth.
Episod 3
Satu jemputan memburu pada hujung minggu di tempat mertua Hector memberikan Freddie peluang menyoal Adam Le Ray tentang hubungannya dengan Ruth, sementara Hector berjuang menyelamatkan perkahwinannya yang goyah dan perasaannya yang semakin mekar buat Bel. Di pejabat, syak wasangka tentang Tom Kish semakin menebal dan Isaac mula menyiasatnya.
Episod 4
Ia adalah hari jadi Freddie dan kesan kematian Tom masih dirasai seluruh bilik berita. Dua berita utama berjaya dilaporkan tetapi Freddie lesap dan kini Hector mengetuai segalanya dengan penuh yakin. Hubungan sulit Bel dan Hector semakin berkembang dan Isaac pula menaruh hati kepada Sissy.
Episod 5
Perang di Suez memecah belahkan negara itu dan McCain meningkatkan tekanannya ke atas The Hour untuk tunduk kepada kerajaan tetapi protes anti-perang di London mencetuskan idea lain kepada Freddie. Sementara itu Bel dan Hector menghadapi tekanan apabila hubungan sulit mereka bocor, dan Lix membantu Freddie dengan petunjuk berita yang penting.
Episod 6
The Hour akan bersiaran secara langsung dan mereka semua berhadapan tekanan ketika mereka bersedia menayangkan episod kontroversi tentang krisis di Suez sekaligus menentang arahan kerajaan. Freddie akhirnya mengetahui perkara yang berlaku kepada Ruth, sementara Hector dan Belo membuat keputusan tentang hubungan sulit mereka.
PELAKON DAN PROFAIL WATAK
DOMINIC WEST – Bintang siri The Wire (2002) terbitan HBO yang merangkul pelbagai anugerah & Appropriate Adult (2012)
Dominic West membawakan watak Hector Madden yang berkarisma dan mempesona – seorang lelaki yang hasil daripada pendidikannya merasakan beliau layak diberi layanan istimewa, dan dengan hubungan kekeluargaan isterinya yang muda dan penuh tarikan membolehkannya mendapat pekerjaan sebagai teraju utama The Hour. Namun di sebalik penuh penuh keyakinannya, Hector masih perlu banyak belajar. Bel menyediakan cabaran itu – dan juga api asmara. Dominic West juga pernah membintangi The Devil’s Whore (sebuah penerbitan bersama HBO di Channel 4), dan berlakon di samping Gerard Butler sebagai Theron dalam 300.
ROMOLA GARAI – Diangkat sebagai bintang baru yang sedang meningkat naik oleh The Sunday Times.
Romola Garai membawakan watak Bel Rowley yang cekal dan bercita-cita tinggi, yang berhadapan cabaran paling getir dalam hidupnya – menerbitkan The Hour. Mampukah keghairahannya dalam mencari kebenaran mengatasi tekanan politik yang hadir bersama kerjanya – dan mampukah persahabatannya dengan Freddie mengatasi tarikan yang tidak dapat dibendung lagi terhadap teraju utama iaitu Hector? Romola pertama kali dicalonkan untuk Golden Globe di atas lakonannya yang berkesan dalam Emma (2007), dan disenaraikan oleh BAFTA untuk peranan pembantunya dalam Atonement pada tahun 2009 di samping Keira Knightly. Beliau menerima pencalonan Golden Globe kedua dalam tahun 2012 bagi The Hour (Persembahan Terbaik oleh Pelakon dalam Siri Mini atau Wayang Gambar untuk Televisyen).
BEN WISHAW – Diangkat oleh ramai pengkritik sebagai pelakon muda terbaik generasinya, dan merupakan pemenang antarabangsa anugerah Emmy (Pelakon Terbaik, Criminal Justice, 2009)
Ben Wishaw membawakan watak Freddie Lyon, seorang wartawan yang pintar dan berani berhujah dan keghairahannya sentiasa menyebabkan beliau berhadapan masalah. Mencungkil kebenaran sesuatu berita boleh jadi sesuatu yang berisiko dan merbahaya, dan beliau sentiasa diselamatkan Bel, rakan sekerja dan sahabat baik yang sentiasa ada di sisinya. Buat Freddie, Bel adalah lebih daripada itu – dan beliau mengharapkan dirinya berani menyatakan perkara itu kepada Bel. Ben Wishaw sebelum ini juga membintangi Bright Star (2009), Perfume: The Story of a Murderer (2006), Layer Cake (2004) dan Skyfall (2012).