in , ,

Sinopsis Drama SIAPA JAGA MAK Papar Inspirasi Kisah Benar Dari Singapura

Sebuah lagi kisah kekeluargaan yang sarat dengan emosi dan penuh iktibar di Slot Tiara Astro Prima mulai 5 Ogos ini

Drama bersiri ‘Siapa Jaga Mak’ merupakan sebuah naskhah kekeluargaan yang diinspirasikan daripada kisah benar yang berlaku kepada masyarakat di Singapura. Drama 13 episod yang sarat dengan emosi dan iktibar ini berkisarkan tentang tanggungjawab dan konflik yang dihadapi oleh empat buah keluarga dengan latar belakang yang berbeza dalam memberikan penjagaan yang sempurna untuk ibu tercinta. 

Drama ‘Siapa Jaga Mak’ terbitan syarikat produksi yang berpangkalan di Singapura, DV Studio Pte Ltd ini turut menampilkan dua pengarah handalan dari negara seberang Tambak. Episod 1 hingga 6 diarahkan oleh Vishali Panch. Manakala episod 7 hingga 13 pula diarahkan oleh Zulanan Ahmad.4

Ia turut dibintangi oleh Aishah Ahmad, Fauziah Zie, Suhaillah Salam dan Fadilah Samsudin selaku teraju utama di samping barisan pelakon seperti Hasif Nasir, Den Sabari, Fauzah Mohd Noor, Freda Mel, Iskandar Ismail, Johan Jaafar, Julia Tari, Khairudin Samsudin serta ramai lagi.

Drama ‘Siapa Jaga Mak’ bakal bersiaran menerusi slot Tiara secara eksklusif pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 5 Ogos 2021 di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sinopsis Drama SIAPA JAGA MAK Papar Inspirasi Kisah Benar Dari Singapura

Norzeha Mohd Salleh, Pengurus Saluran Astro Prima berkata:

“Selaras dengan usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai destinasi utama kandungan drama Melayu di Malaysia, kami amat terbuka dan mengalu-alukan naskhah berkualiti dari dalam dan luar negara khususnya negara serumpun asalkan pengisian tersebut cukup ramuan penting untuk disajikan kepada audiens.

Tema dan garapan jalan cerita merupakan antara percaturan utama yang menentukan kejayaan sesebuah naskhah. Untuk menyentuh emosi sekaligus memikat cita rasa ramai, kedua-dua daya tarikan tersebut perlu berkait rapat dan dekat dengan kehidupan harian masyarakat yang menonton.

Menerusi taruhan terbaharu ‘Siapa Jaga Mak’, kami bawakan sebuah lagi drama kekeluargaan yang diilhamkan daripada kisah benar di kalangan masyarakat. Mesej utama yang dapat dijadikan iktibar penonton ialah betapa setiap keluarga menghadapi rintangan dan konflik yang berbeza apabila menggalas tanggungjawab untuk menjaga seorang ahli keluarga yang sudah berumur atau uzur.

Kami berharap kelainan penceritaan kisah kali ini yang dibawakan istimewa dari negara jiran di seberang Tambak dapat memberikan impak yang mendalam kepada emosi para peminat drama Melayu di slot Tiara. Semoga terhibur.”Norzeha Mohd Salleh

Sinopsis Drama SIAPA JAGA MAK Papar Inspirasi Kisah Benar Dari Singapura

Apa Kata Pengarah Drama SIAPA JAGA MAK

“Keunikan drama bersiri ‘Siapa Jaga Mak’ ialah daripada segi penceritaannya yang bersifat universal kerana ia berkisarkan tentang tanggungjawab seorang anak, kasih ibu dan kisah keluarga. Penonton di Malaysia pasti jatuh cinta dengan plot cerita dan pembinaan watak setiap karakter yang sarat dengan emosi kerana kisah tersebut boleh dan mungkin pernah berlaku kepada sesiapa sahaja.

Apa yang ingin disampaikan menerusi drama ini ialah kita semua tidak dapat meramalkan apa yang bakal berlaku dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlu sentiasa mengamalkan sikap bertolak ansur terutamanya dalam urusan keluarga dan menyayangi satu sama lain walau sesukar mana atau dalam apa jua keadaan sekalipun.

Semoga pengisian drama ini diterima baik oleh penonton di Malaysia sekaligus meletakkan penanda aras yang tinggi untuk drama Melayu terbitan produksi Singapura untuk pasaran nusantara khususnya. Saya juga berharap dapat meneruskan lagi kerjasama dengan pihak Astro Malaysia untuk pengisian kandungan akan datang.”

Vishali Panch, Pengarah ‘Siapa Jaga Mak’

Pecahan Watak Drama SIAPA JAGA MAK

AISHAH AHMAD sebagai Norliza

SUHAILLAH SALAM sebagai Mariam

FADILAH SAMSUDIN sebagai Hasanah

HASIF NASIR sebagai Danial

FAUZIAH ZIE sebagai Rosmah

DEN SABARI sebagai Adam

FAUZAH MOHD NOOR sebagai Umi

FREDA MEL sebagai Ani

ISKANDAR ISMAIL sebagai Norman

JOHAN JAAFAR sebagai Ramli

JULIA TARI sebagai Jamilah

KHAIRUDIN SAMSUDIN sebagai Nordin

MD NIK AQIMI HASHIM sebagai Syafiq

MISHALL KIARA sebagai Syiqin

NARAIN sebagai Zain

NATASHA MEL sebagai Ana

NURUL AKHMAR sebagai Nora

RAHMAN RAHIM sebagai Abah

SUFIAN AHMAD sebagai Hamid

YAYA HAMID sebagai Rita

Sinopsis Drama SIAPA JAGA MAK Papar Inspirasi Kisah Benar Dari Singapura

Sinopsis Episod Drama SIAPA JAGA MAK

Siapa Jaga Mak – Episodic synopsis 

Episode 1: Setelah Mak dibenarkan keluar dari hospital selepas menerima rawatan barah, anak-anaknya harus membuat keputusan siapa yang menjaga beliau. Keluarga Mariam pula mengalami kegencotan apabila pakcik dan makciknya yang cedera berpindah ke rumahnya; dan Hasanah agak resah akan kesihatan ibunya.

Episode 2: Masalah meningkat apabila setiap keluarga mula menyesuaikan dan mengubah cara hidup mereka. Mariam harus memastikan keselamatan Umi dan Abah, Norliza bersusah payah untuk menyenangkan hati ibunya, Danial mempelajari tentang kesukaran menjaga orang tua, dan kesihatan ibu Hasanah semakin merosot.

Episode 3: Seperti yang diinginkan ibunya, Hasanah berjanji untuk menjaga Ramli hingga selamanya. Abah berasa sukar untuk menyesuaikan diri di rumah Mariam. Jamilah mengabaikan nasihat Danial mengenai kesihatannya. Norliza berbelah bagi antara tanggungjawabnya sebagai anak kepada Rosmah dan ibu kepada Rita.

Episode 4: Setiap keluarga menghadapi cabaran-cabaran dengan pengasuhan apabila mereka cuba mengatasinya. Danial bersusah payah antara kerja rumah dan sekolah, Norliza terlalu sakit untuk menjaga Maknya, perhubungan Abah dengan Umi dan keluarga Mariam semakin renggang, dan demensia Ramli semakin merosot.

Episode 5: Cabaran menentukan sama ada sebuah keluarga boleh bekerjasama atau tidak. Apabila Ramli terhilang, keluarganya harus bekerjasama untuk membawanya pulang. Adam dan Mariam membincangkan cara untuk menyenangkan hati Abah. Dan kesabaran anak-anak Rosmah semakin kurang apabila mereka bertegang urat.

Episode 6: Perubahan boleh bantu sebuah keluarga, tetapi tidak semua akan setuju. Mariam tertanya-tanya jika pulangan Umi dan Abah ke rumah mereka memang terbaik. Hasanah mengambil langkah untuk pastikan keselamatan ayahnya, tetapi ia tidak mudah. Nordin mengupah seorang pembantu tetapi Rosmah tidak bersetuju.

Episode 7: Amanah seseorang mudah dihilangkan dan sukar dipulihkan. Nora rasa kedua-dua pembantu amat curiga. Ana & Ani mula menentang Mariam, tetapi Adam yang disalahkan. Semasa Norliza menyembunyikan darah tingginya dari keluarganya, Jamilah juga menyembunyikan kecederaannya dari cucunya.

Episode 8: Kesangsian dalam keluarga masing-masing bertambah teruk. Anak-anak Rosmah buat spekulasi ke kehilangan Yanti. Danial berdepan dengan Jamilah mengenai kecederaannya, tetapi dia tegaskan keputusan agar tidak melawat doktor. Keharmonian keluarga Mariam berpecah-belah, dan Abah mahu balik ke rumahnya.

Episode 9: Niat baik seseorang boleh bawa padah dari kebaikan. Umi beritahu Mariam agar jangan khuatir tentang Abah, tetapi dia kesal tinggal sendirian. Rita rasa kecewa kerana ibunya rahsiakan kesihatannya. Zain berhasrat untuk dekati Hasanah tetapi, dia harus jaga Ramli. Dan Jamilah malu terhadap dirinya.

Episode 10: Norliza terjatuh sakit dan Rosmah rasa kesal kerana dia menolak pertolongan dari anak-anaknya yang lain walaupun dia selalu berada dalam kesakitan. Hasanah bertentangan dengan pinangan Zain – bagaimana pula dengan ayahnya? Kemurungan Jamilah melebihi. Dan keluarga Mariam menyambung semula.

Episode 11: Zain berbelah bagi antara Hasanah dan tawaran pekerjaan baru di UK. Abah ingin mengobarkan semula cintanya kepada Umi pada hari ulang tahun mereka. Rosmah merancang untuk meninggalkan lebih banyak duit untuk Norliza tetapi adik-beradiknya tidak puas hati. Kemurungan Jamilah semakin menolak Danial.

Episode 12:  Danial menebus kemarahannya terhadap Jamilah kerana dia tidak mahu putus asa denganya. Abah ingin Umi pulang ke rumah mereka, tetapi Umi rasa dia akan berbalik semula. Hasanah menolak pinangan Zain dan Hamid menyalahkan Nora. Rosmah dan Norliza tiba-tiba dimasukkan ke hospital pada masa yang sama.

Episode 13: Apabila doktor menasihati Rosmah untuk menjalani pembedahan, anak-anaknya membuat keputusan untuk mengikuti kata Mak. Adakah Umi akan pulang ke rumahnya dan berdamai dengan Abah? Mariam tidak sabar menunggu rumahnya kembali ke keamanan! Hamid mendedahkan mengapa Hasanah menolak pinangan Zain.

Sinopsis Drama ‘SIAPA JAGA MAK’

Menceritakan tentang empat keluarga yang menghadapi pelbagai emosi dalam penjagaan orang tua. Dapatkah konflik keluarga, masalah kewangan dan peranan berbeza dapat dileraikan dan menyatukan keluarga ini atau sebaliknya?

Norliza – seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya kerana adik-beradik yang lain sibuk. Dia terpaksa berhenti kerja walaupun baru dinaikkan pangkat. Anaknya yang baru saja bersalin juga tidak diberi perhatian. Manakala ibunya pula tidak berapa sukakannya. 

Mariam – seorang pensyarah yang ingin menjaga ibunya kerana ingin mengelak perkara buruk daripada berlaku. Tersepit dalam pergaduhan/hubungan di antara kedua-dua ibu bapanya. Pada masa yang sama, anak-anaknya tidak serasi dengan suami barunya.

Hasanah – seorang wanita bekerjaya yang sibuk menjaga kedua ibu bapa sehingga melupakan kehidupan sendiri. Dia juga tidak ada menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa dalam hidupnya dan lebih rela menjaga orang tuanya kerana mahu kejarkan pahala.

Danial – seorang belia yang sibuk dengan kerja sekolah dan masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang cucu untuk menjaga neneknya kerana kedua-dua ibu bapanya sudah bercerai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

12.8 Juta Kadar Tontonan Rasmi Dan Penyampaian Hadiah Kuiz Terkumpul Salam Baitullah 2021

Ini Cara Tersendiri TV AlHijrah Sambut Ulang Tahun Ke-11