Sinopsis Drama Saiful Nita. ‘SAIFUL NITA’ PENUHI SLOT SAMARINDA
Pada zaman serba moden ini, perkahwinan yang diaturkan oleh kedua ibu bapa mungkin sudah jarang dipraktikkan oleh generasi masa kini. Namun tidak dinafikan masih ada segelintir pihak keluarga yang masih mahu mengatur kebahagian anak-anak mereka. Dan itulah yang berlaku kepada Saiful dan Nita. Hayati kisah percintaan Saiful dan Nita yang mulanya benci tetapi bertukar menjadi sayang.
Menyusuli 7 RAMADAN, saksikan buah tangan terbaru daripada pengarah berbakat besar, Amy Maziah menerusi drama bersiri SAIFUL NITA di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 4 Spetember 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.
Drama bersiri 25 episod terbitan Pena Creative yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem membariskan pelakon hebat seperti Aidil Aziz, Kilafairy, Linda Hashim, Arash Mohd, Mariah Faridah, Dato’ Jalaludin Hassan, Hamidah Wahab, Fauzi Nawawi dan Syura.
Kisah ‘Saiful Nita’ bermula apabila Saiful (Aidil Aiziz) disatukan oleh bapanya dengan anak perempuan Tan Sri Sulaiman, Nita (Kilafairy) yang mempunyai sikap suka memberontak dan berfoya-foya. Tujuan bapa Saiful, Datuk Mahmud menyatukan Saiful dan Nita kerana dia ingin mengambil kesempatan di atas kekayaan yang dimilik oleh keluarga Tan Sri Sulaiman.
Setelah genap sebulan bertunang, Nita mula menuntut agar Saiful memutuskan pertunangan mereka. Bagaimanapun Saiful enggan memutuskan tali pertunangan mereka sehinggalah Saiful bertemu dengan seorang wanita yang baik hati bernama Netty.
Sementara itu, Nita yang sedang menjalinkan hubungan dengan Doktor Effendi, telah mendapat satu tamparan hebat apabila dia ditinggalkan oleh kekasihnya. Nita juga mengalami gangguan jiwa dan sering bertindak di luar kawalan. Sebagai ‘tunang’, Saiful bersimpati dengan nasib Nita dan sering berada di sisi Nita. Saiful sanggup melakukan apa sahaja untuk menggembirakan Nita.
Nita mula sedar bahawa Saiful merupakan seorang lelaki yang baik dan dia tidak seharusnya melepaskan lelaki sebaik itu. Nita mula menyukai Saiful. Akan tetapi di dalam hati Saiful kini sudah ada nama wanita lain iaitu Netty. Masih wujudkah lagi perasaan sayang Saiful terhadap Nita? Siapakah menjadi pilihan hati Saiful? Adakah Nita wanita yang pernah meranapkan perasaannya atau Netty wanita yang memahaminya?
Untuk mengetahui kisah percintaan tiga segi ini, jangan lupa saksikan SAIFUL NITA yang akan disiarkan mulai 4 September 2012, setiap hari Selasa dan Rabu pada jam 10.30 malam manakala pada hari Khamis pada jam 9.30 malam.
Penonton yang terlepas menyaksikan SAIFUL NITA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Sinopsis Drama Saiful Nita.