in ,

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu TV3

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu di TV3

Zehra – Hanya Pada Mu (13 episod)
Setiap Jumaat, 9.00 – 10.00 malam, mulai 28 Disember 2012

Penerbit: Filmscape Sdn Bhd
Pengarah: Faisal Ishak
Penulis Skrip : Maizurah Mohd Ederis &
Nurull Halawati Harun

Pelakon:
Nazeera Sardi (Adawiyah)
Beto Kusyairy (Arman)
Zahiril Adzim (Bukhari)
Emelda Rosmila (Laila)
adik Khayrisyah Kemal (Liliana)
Kay Maria (Sabariah)
Rahim Omar (Ungku Isa)

[dropcap]D[/dropcap]rama ini diarahkan oleh sutradara Faisal Ishak manakala nukilan skripnya oleh Maizurah Mohd Ederis dan Nurull Halawati Harun. Hanya Padamu mengisahkan perit liku seorang gadis berhadapan qada’ dan qadar yang telah ditentukan Maha Esa namun masih cekal sebelum dilanda dilema perasaan. Kisah bermula apabila seorang kanak-kanak bernama Adawiyah, anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu dan bapa saudaranya iaitu Sabariah dan Omar. Namun dia dibenci oleh ibu saudaranya, Sabariah atas sebab yang tidak diketahui.


Suatu hari, Omar diserang strok dan tidak lama kemudian, dia meninggal dunia. Sejak itu, Sabariah menyeksa Adawiyah dan juga memberhentikan Adawiyah dari sekolah. Cikgu kecewa kerana Adawiyah merupakan antara pelajar terbaik dan calon harapan sekolah untuk mendapat 5A. Anak Sabariah, Bukhari cuba menegur sikap ibunya tetapi tidak diendahkan oleh Sabariah. Pada masa yang sama, Bukhari mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dua tahun kemudian, Bukhari berangkat ke Jepun untuk melanjutkan pelajarannya. Selepas pemergian Bukhari, Sabariah menghantar Adawiyah ke Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Di sana, Adawiyah dibuli oleh Sari yang dengki terhadapnya. Bukan itu sahaja, Adawiyah turut diugut oleh seorang pekerja kantin di rumah berkenaan. Sejak itu, Adawiyah hidup dalam ketakutan.

Lapan tahun kemudian, Arman, berusia 35 tahun, kelihatan sangat tertekan dan tidak terurus wajahnya bertembung dengan Adawiyah, yang sudah berusia 21 tahun, kelihatan ayu, sopan, lembut di tepi pantai. Adawiyah kemudiannya ke sebuah banglo untuk memulakan hari pertama sebagai guru kepada anak tuan punya banglo. Sebaik sahaja tiba, Adawiyah terkejut melihat Arman, tuan rumah di banglo tersebut.

Pada mulanya, Arman tidak yakin akan kemampuan Adawiyah untuk mendidik anaknya, Liliyana, sehinggalah Arman melihat sendiri perubahan pada anaknya yang sukar menerima orang baharu sebagai guru. Arman kemudiannya teringat, dia pernah menghadiahkan gelang kayu tasbih kepada kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Sinar Harapan. Gelang itu masih dipakai oleh Adawiyah sehingga kini. Maka, terjalinlah hubungan antara Adawiyah dan Arman demi Liliyana.

Bukhari yang sudah pulang ke kampung halaman sedang berbual bersama Adawiyah melalui panggilan telefon. Tiba-tiba, muncul seseorang menjerut leher Adawiyah. Di kampung, Bukhari mendengar kekecohan itu melalui telefon, dia yakin Adawiyah dalam bahaya. Apakah yang berlaku kepada Adawiyah? Siapa pula yang menyerang Adawiyah di rumah banglo milik Arman? Ada sesuatu yang masih tidak diceritakan oleh Arman kepada Adawiyah dan benarkah hubungan Arman dengan Adawiyah hanya kerana Liliyana?

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu

Sinopsis Drama Hanya Pada Mu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar & Sinopsis Drama Cinta Qaseh

Sinopsis Drama Bersiri Ruby