Cinta tak boleh dipaksa… Oleh kerana terdesak, Chinta menerima tawaran kontrak untuk membantu Arjuna yang dipaksa kahwin oleh keluarganya. Chinta yakin ikatan perkahwinan ini hanya sementara dan hati Arjuna tidak akan terluka. Namun, situasi menjadi rumit apabila Arjuna mempunyai perasaan sayang kepada isterinya.
Terbaharu di slot Sakura, “Chinta Arjuna’ lakonan Fadlan Hazim dan Riena Diana sedang rancak disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang dan strim secara langsung di www.tonton.com.my mulai 13 Disember 2022.
Drama bersiri 20 episod terbitan Tanah Beris Film Production Sdn Bhd ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dengan nukilan skrip oleh Zyza Backy dan menampilkan barisan pelakon popular seperti Fadlan Hazim, Riena Diana, Syarafi Sudarmaji, Azizah Mahzan, Shweta Sekhon, Nadia Brian, Sahronizam Noor, Chomell Fana dan ramai lagi.
Mengisahkan tentang Arjuna (Fadlan Hazim) yang terlalu fokus untuk mengembangkan perniagaan peninggalan arwah ayahnya dan tidak mempunyai masa untuk bercinta. Arjuna yang sudah memasuki usia 30-an mula digosip di internet dimana dia tidak berminat dengan perempuan. Hal ini telah menimbulkan kerisauan neneknya (Azizah Mahzan). Calon – calon gadis yang diperkenalkan oleh Nenda semuanya ditolak oleh Arjuna.
Justeru, Nenda ingin mencari calon isteri untuk Arjuna supaya dapat menutup gosip liar tersebut. Nenda mensasarkan Chinta (Riena Diana), seorang pelajar kolej di tahun akhir. Nenda mengenakan syarat bahawa Chinta perlu merahsiakan kontrak ini daripada pengetahuan Arjuna.
Oleh kerana terdesak untuk mendapatkan duit membiayai kos pembedahan ayahnya, Chinta menerima tawaran itu. Apatah lagi, Chinta yakin Arjuna tidak akan sentuhnya kerana dia tidak suka pada perempuan.
Setelah berkahwin, Chinta mendapati Arjuna bukanlah individu yang digambarkan malahan Arjuna ingin menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan menyayangi Chinta dengan sepenuh hati. Chinta mula panik dan tidak mahu rahsianya terbongkar.
Pelbagai helah dan cara digunakan oleh Chinta untuk mengelakkan diri didekati Arjuna. Malahan, Chinta juga membuat provokasi dan mencabar seorang perempuan untuk memikat Arjuna. Chinta berharap dia boleh terlepas dari kontrak Nenda tanpa bayar penalti seterusnya keluar dari perkahwinannya dengan Arjuna. Namun, Arjuna tetap cintakan Chinta.
Apakah akan berlaku sekiranya rahsia Chinta dan Nenda terbongkar? Adakah Arjuna dapat memaafkan Chinta? Jangan terlepas untuk menyaksikan Chinta Arjuna menerusi slot Sakura setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang di TV3 dan anda juga boleh strim secara langsung di www.tonton.com.my.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, dan Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.