in ,

Sinopsis Drama Bukan Aku Tapi Dia

Baru-baru ini, Budiey dikhabarkan pasal TV1 katanya bakal menyiarkan sebuah drama Melayu menerusi slot NURANI bertajuk Bukan Aku Tapi Dia, pada 4 Oktober 2013, Jumaat , 10.30 Pagi. Drama mengisahkan dugaan dan seruan hidup yang dilalui oleh seorang lelaki yang bernama Iskandar lakonan Shahronizam Noor yang mempunyai sejarah hitam yang menjadikannya seorang lelaki yang telah berdosa kepada perempuan iaitu telah menyebabkan seorang wanita mati bersama anak luar nikahnya. Bukan Aku Tapi Dia turut membariskan para pelakon seperti Sharisa Chong, Mama Yati, Hisham Ahmad dan Zuraini Kassim.

Sinopsis Drama Bukan Aku Tapi Dia

[pullquote align=”right”]Slot NURANI Papar Konflik Pesakit HIV Menerusi Drama “Bukan Aku Tapi Dia” di TV1[/pullquote]

Kisah bermula sejak Iskandar dipertemukan dengan seorang pelacur bernama Sharina yang secara kebetulan dia telah menyelamatkan Sharina dari kemalangan. Sharina seorang pelacur kelas 2 yang terjebak akibat terpaksa melangsaikan hutang ayahnya dari Ah Long. Beliau juga telah kehilangan kedua ibu bapanya kerana di bunuh oleh Ah Long. Dari perkenalan itu hati Iskandar terasa tersentuh untuk membantu Sharina. Iskandar telah melangsaikan hutang Sharina dan dengan syarat mereka harus berkahwin.

Namun, setelah berkahwin Sharina tetap dengan perangai sosialnya. Ini telah menggugat kesabaran Iskandar tatepi dia tetap bersabar dan kuat dengan niatnya untuk membentuk Sharisa menjadi manusia biasa yang baik.

Mereka telah dikurniakan zuriat. Nasib malang menimpa Iskandar kerana terpaksa menghadapi dugaan hebat. Sharina telah menghidapi penyakit HIV. Iskandar tetap tabah menghadapi segala cabaran dan tetap menjaga Sharina dan anak mereka. Tuhan maha berkuasa, anak perempuan mereka terselamat dari jangkitan HIV. Sharina telah meninggal dunia. Namun setelah 5 tahun kematian isterinya Iskandar telah didatangi oleh seorang wanita mirip arwah isterinya Sharina.

Sharisa merupakan adik kembar Sharina yang baru sahaja tamat pengajian di luar negara.

Perkenalan diantara Sharisa dan Iskandar telah menimbulkan rasa cemburu oleh teman lelakinya Fahmie. sehingga bertindak ingin memukul Iskandar. Keadaan amat memilukan apabila anaknya terlantar sakit. Sharisa yang menyimpan hati terhadap Iskandar tidak sanggup melihat keadaan mereka. Pelbagai dugaan dan rintangan terpaksa dihadapi.

Adakah Iskandar dapat menyelamatkan nyawa anaknya yang tenat ? Apakah cinta Shahrisa mampu membuka pintu hati Iskandar ? Ikuti konflik serta suka duka drama Bukan Aku Tapi Dia, 4 Oktober 2013, 10.30 Pagi menerusi slot NURANI, jumaat di TV1.

Bukan Aku Tapi Dia TV1 - Sharisa Chong

Bukan Aku Tapi Dia_Shahronizam TV1

Sharisa Chong_Bukan Aku Tapu Dia TV1

Bukan Aku Tapi Dia TV1

shahronizam noor TV1

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Saiful Apek Dibebaskan Buat Kali Kedua

Program Muhammadku Ganti Al-Kulliyyah