in , ,

Sinopsis Drama Bersiri Romantik Arahan Osman Ali MASIH ADA RINDU Lakonan Farid Kamil & Mimi Lana

Insan yang dicintai dengan sepenuh hati, jiwa dan raganya hanya meninggalkan memori indah dalam hidup gadis muda ini. Mereka telah disatukan dalam ikatan yang sah tetapi dipisahkan dengan kematian. Apabila sinar bahagia kembali hadir dalam hidupnya, bersediakah dia membuka lembaran baharu?

Terbaharu di slot Akasia, drama bersiri ‘Masih Ada Rindu’ gandingan Farid Kamil dan Mimi Lana akan bersua dengan penonton TV3 bermula pada hari ini (2 Jun 2021), setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam. 

Akasia: Masih Ada Rindu diterbitkan oleh Nuansa Sdn. Bhd. merupakan adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie. Drama bersiri 16 episod ini diarahkan oleh Osman Ali menampilkan barisan pelakon tanah air hebat seperti Mimi Lana, Farid Kamil, Dayang Areeda, Halim Radzi, Aishah Ilias, Fahmy Reza, Aleza Shadan, Rahim Jailani dan Kuna. 

Mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang disatukan tetapi masih dibayangi dengan hubungan yang lepas, apatah lagi isterinya hidup dalam memori indah bersama arwah suaminya. Bagaimanakah Hadi dan Syafika mengharungi dugaan dalam melayari bahtera perkahwinan itu?

MASIH ADA RINDU

Hakim melamar Syafika pada hari graduasinya. Ibu Syafika, Zaleha tidak bersetuju kerana tidak mahu apa yang berlaku padanya dahulu, berlaku pada anaknya pula. Ayahnya Saifuddin merestui tetapi Zaleha memutuskan hubungan dengan Syafika. Hakim memberitahu berita perkahwinannya kepada abangnya Hadi. Melihat pada Syafika, Hadi merasakan ada sesuatu yang istimewa. 

Syafika dan Hakim berbulan madu. Hakim menunjukkan sisi romantiknya untuk sambutan hari lahir Syafika yang ke-21. Malangnya, Hakim diserang asma dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital. Syafika berada dalam kesedihan yang amat besar atas kematian Hakim. Ibu Hakim, Hajjah Noraini menjaga Syafika dengan baik. Syafika sering salah anggap bahawa Hadi adalah Hakim. 

Hadi semakin tertarik dengan peribadi Syafika. Suatu hari Syafika yang kepenatan pengsan. Hadi menghantar Syafika ke hospital dan doktor memberitahu Syafika sudah mengandung. Syafika mula merasakan Hadi sudah jatuh hati padanya. Syafika cuba untuk melawan perasaan itu kerana masih rindukan Hakim. Hajjah Noraini merestukan, akhirnya Syafika membuka pintu hatinya untuk Hadi. Sudah bersediakah Syafika ‘melepaskan’ Hakim? Bagaimanakah Hadi membuktikan cintanya kepada Syafika?

Lebih istimewa, lagu “Cinta” yang dicipta oleh Hang Nadim dan Bunga Cantik iaitu Akim dan Stacy, nyanyian oleh Marsha Milan Londoh akan menjadi salah satu lagu soundtrack bagi drama Akasia: Masih Ada Rindu.

MASIH ADA RINDU

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama-drama popular di TV3 dan www.tonton.com.my Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, danInstagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RUMAH NO. 107 Berjaya Tambat Hati Penonton, Kini Kembali Dengan Musim Yang Kedua

JOOX Malaysia Berkolaborasi Bersama Naim Daniel Lancar Lagu Remix BELIEVERS Alan Walker