Fasakh adalah perceraian atau pembubaran perkahwinan yang dibuat oleh mahkamah syariah yang kebiasaannya atas permohonan isteri. Daripada pengalaman serta hasil penyelidikan pada 2003, perceraian melalui fasakh mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan. Ini kerana ia perlukan pembuktian yang jelas dan meyakinkan.
Perkahwinan hanya akan dibubarkan atau difasakhkan jika mahkamah berpuashati bahawa pihak yang memohon dapat membuktikan dakwaannya. Pada kebiasaannya, isteri yang memohon untuk difasakh. Mengetengahkan plot kisah sama, Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan drama bersiri terbaharu, “Lara Ameena†mulai 27 April, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 7.00 petang di TV1.
Menampilkan pelakon Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin, Zarynn Min, Zaidi Omar, Sheila Mambo, Nisha Dirr, Reen Rahim, Zamarul Hisham dan Ezany Nizarif, drama terbitan Nur TV Productions Sdn Bhd ini mengisahkan mempertembungkan yang haq dan batil juga pertembungkan kehidupan jahiliyah dan menegakkan hukum.
Kisah perjalanan hidup seorang eksekutif, Amena yang menuntut fasakh terhadap suaminya Fauzan. Amena sudah tidak sanggup lagi hidup bersama Fauzan yang suka mendera fizikal dan mental. Fauzan bukan saja tidak mahu insaf dari hidup yang terkeluar dari landasan islam malah menghalang niat Ameena untuk menjadi pengamal Islam yang ikhlas. Menyedari haknya dari segi syarak, Amena membuat tuntutan fasakh.
Fauzan tercabar bila Amena berani membuat tuntutan fasakh. Dia rasa haknya sebagai suami dicabuli, maruahnya sebagai lelaki dan suami tercemar. Dia tidak rela dan memaksa Ameena gugurkan tuntutan. Ameena tidak menoleh ke belakang lagi dan atas sokongan rakannya Salbiah, dia teruskan tuntutan. Menegakkan hukum syarak menjadi prinsip.
Fauzan bertindak agresif terhadap Ameena. Ameena terpaksa mendapat perlindungan polis. Fauzan ditahan dan dibebaskan atas jaminan polis. Namun begitu Fauzan tidak insaf, tidak serik, dia terus ancam dan menggugut Ameena.
Ameena semakin beroleh kekuatan untuk hidup dalam landasan islamik apabila dia mengkagumi seorang mualaf, Fatini. Kebahgiaan keluarga Fatini amat dicemburui kerana Fatini masih baru mendalami cara hidup islam. Ameena bersama Fatini terus bergerak dalam organisasi NGO bagi tujuan amal maarof.
Apabila kes perbicaraan dimahkamah, maka terbongkarlah seluruh cara hidup Ameena dan Fauzan sejak mula. Mereka berkahwin atas cinta sama cinta dan sama-sama hanyut dalam cara hidup yang jauh dari landasan syarak. Amena malu dengan pembongkaran cara hidupnya. Tetapi tidak dapat dihalang kerana Fauzan rakus membongkarkan keburukan cara hidup bagi membuktikan Amena bukan perempuan baik. Malah Fauzan menceritakan dengan tokok tambah bagi menimbulkan kenyataannya Ameena curang dan mendurhakai suami.
Amena terpaksa membongkarkan kisah kezaliman Fauzan terhadapnya. Ketika dia insaf dan bertaubat, Fauzan semakin rakus menodai nilai Islam. Fauzan telah menghalang Ameena mengerjakan solat dan sebaliknya memaksa Ameena memenuhi desakan nafsu. Malah Fauzan pernah membakar telekung Amena.
Ameena terpaksa bongkarkan rahsia bagaimana dia dipaksa memenuhi nafsu buas Fauzan sehingga dia terpaksa mendapat rawatan hospital. Fizikal dan mentalnya didera.
Keluarga Ameena amat malu dan terasa ghaib dengan pendedahan cara hidup Ameena sehingga ayahnya mahu perkara tersebut diselesaikan diluar mahkamah. Tetapi Ameena sudah nekad dengan prinsipnya. Malah ketika dia mahami kehidupan Islam yang syumul, dia sendiri mempertikaikan cara hidup ayahnya. Ayahnya marah.
Ameena berkenalan dengan Azizi, salah seorang penggerak organisasi NGO. Dia amat senang dengan kesederhanann dan gaya hidup islamik Azizi. Hatinya terbuka untuk menerima Azizi tetapi Azizi terhalang oleh sifat rendah dirinya.
Sally, rakan baik Ameena semasa sosial liar suatu ketika dulu semakin rapat dengan Fauzan. Sally memujuk Fauzan ceraikan Ameena tetapi gagal. Sally hanyut dalam nafsu Fauzan. Sally meminta Fauzan bertanggungjawab.
Ketika tekanan yang tidak terbendung, Fauzan cuba bertindak untuk membunuh Ameena tetapi gagal. Ameena melarikan diri dan bersembunyi di rumah Salbiah. Fauzan cuba ugut Amena untuk keluarkan gambar bogel dan separuh bogel Amena di laman sosial. Ameena tertekan dan beruaha menceroboh rumah Fauzan bagi mendapatkan gambar tersebut tetapi gagal dan hampir meragut nyawanya. Dia menggunakan staff pejabat Fauzan untuk membuang gambarnya yang mungkin tersimpan dalam telefon Fauzan.
Sebagai bukti fakta, Peguam Ameena berjaya mendapat rakaman gambar dan video dari seorang remaja, Johan yang tinggal di hadapan rumah Fauzan. Hobi Johan ialah mengintai dengan teropong dan kameranya pada setiap kejadian di sekitar rumah jirannya. Sejak semasa hidup bebas Fauzan dan Ameena, Johan tidak terlepas peluang merakamkan adaegan panas, keganasan Fauzan dan pelbagai pergerakan.
Apabila Fauzan terhidu Johan banyak menyimpan bahan kes, Johan menjadi mangsa Fauzan. Mahkamah akhirnya memihak pada Ameena dan Fauzan tidak ada pilihan meskipun dia berlembut dan merayu pada Ameena. Ameena meneruskan kehidupan – dia menenangkan detik hitam dengan membawanya kepada suatu perjalanan yang panjang.